• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / Tips mudah berhenti merokok

Tips mudah berhenti merokok

Zik · Jul 6, 2015 · 7 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot
berhenti merokok, tips berhenti merokok,
Quit smoking

Ingat senang ker nak berhenti merokok. Ini berdasarkan pengalaman, memang susah beb. Cuba korang cakap dekat aku wahai perokok tegar, berapa kali kau berjanji dengan diri sendiri nak berhenti rokok?? Kawan sebelah kau dengar pun dah meluat. Bulan puasa boleh pulak tahan rokok pagi sampai maghrib. Ada yang dah berhenti hisap rokok, bila clash dengan makwe start hisap rokok balik. Ah sudah perginya. Itu belum lagi ajakan rakan kau yang kuat menganjing suruh kau hisap kembali ikut jejak mereka kembali. Sabor jerla. Hehe.

Tetapi kalau kau betul-betul ada niat nak berhenti, cuma masih tercari-cari apa formula yang betul-betul berkesan dengan bagaimana nak berhenti hisap rokok yang tegar ini.

Nak senangnya, start dibulan ramadhan. Bulan lain pun boleh jugak. Tapi bila dah start bulan puasa nih, kita punya disiplin dan dorongan untuk tidak merokok motivasinya cukup kuat. Hehe. Tapi bila dan berbuka tuh, harapnya tak payah hisap lagilah. Huhu

Misi utama.

Ia berkenaan dengan misi dan visi yang lebih jelas untuk masa hadapan apabila kita mula mahu berhenti merokok.Itu nak kena setkan minda kita. Tujuan utama nak berhenti merokok kenapa, mesti jerla. Sebabnya kewangan, sekarang barang semua naik tahun demi tahun, rokok pun naik setiap tahun. Sebab rokok ini dikatakan sumber pendapatan negara yang paling banyak percentnya dari segi cukai tuh ha.

Kewangan.

Iaitu berkenaan penjimatan yang bakal akan dikecapi apabila kita tidak menggunakan duit kita itu untuk membeli rokok. Bila kita simpan, dalam jangka masa yang tertentu, untuk melihat hasilnya. Fuuuhhh wahlau. Boleh buat pergi melancong ke, beli motor ke, pendidikan anak-anak manalah tahu kan. Tabung kecemasan pun boleh juga.

Kesihatan.

Mengapa saya harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

  1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
  3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
    • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
    • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
    • Mendapat asma

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Ini sangast penting, kita tahu dengan membuat keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

  • Panjang umur – Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Kehidupan yang lebih sihat – Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain – bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
  • Meningkatkan deria bau dan rasa
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  • Menjimatkan wang – Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Melindungi alam sekitar – Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap ‘kelakian’

Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti, kena set betul-betul tarikh bila kita nak berhenti merokok.
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan (self reminder). Nak lagi senang, buat tulis dekat kertas mahjong besar-besar. Saya mahu berhenti merokok. Tulis tarikh bila start.
  • Katakan pada diri anda “saya bukan perokok”
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan, dari orang yang rapat dengan kita. Boleh jadi isteri kita, atau kawan yang rapat, ataupn dari keluarga terdekat kita.
  • Gunakan terapi penganti nikotin, cara ini mungkin kena keluar duit pulak ya. On cost nih. Takpelah cuba sikit-sikit mana yang mampu.
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok

Teknik berhenti merokok yang mudah untuk kita ikuti.

Tip Berhenti Merokok 12 M :

    1. Melengah-lengahkan
      • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
    2. Menarik nafas panjan.
    3. Minum air
      • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
    4. Menyibukkan diri
      • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
    5. Menjauhkan diri
        • Daripada orang yang merokok
    6. Mengelakkan diri
        • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
    7. Mengunyah sesuatu
        • Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
    8. Membasuh tangan selalu
    9. Mandi dengan kerap
    10. Meregangkan otot
        • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

11. Meditasi

12. Memohon doa

  • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Nak lagi banyak tips boleh di click dibanner bawah ini. Walaupun ianya berbayar, tetapi ia punyai plan dan beberapa langkah yang dilihat lebih sistematik untuk kita lebih berdisiplin berhenti merokok. Jangan lah sayang duit untuk kepentingan yang lebih baik dimasa hadapan kita ini. Sekurang-kurang kita akan melakukan penjimatan dan juga masalah kesihatan kita dapat mengurangkan kadar risiko untuk jatuh sakit.

Tips berhenti merokok versi berbayar ebooks. Boleh dapatkan dibawah ini.

Beberapa point yang penting perlu dititik beratkan dalam ebook ini ialah:

  • 2 Perkara Utama Yang Membuatkan Anda Terus Merokok.
    Anda perlu sedar mengenai 2 perkara ini, jika tidak, sampai bila-bila pun anda akan terus merokok.

  • 5 Sebab Utama Kenapa Susah Untuk Berhenti Merokok.
    Ramai orang yang gagal berhenti merokok, tidak tahu sebab mengapa mereka gagal untuk berhenti. Disebabkan itu, mereka akhirnya menjadi pasrah dan tidak mahu lagi berusaha

  • 4 Kelebihan Utama Berhenti Merokok.
    Jika anda ingin berhenti merokok, anda mesti tahu, mengapa anda mesti berhenti merokok? 4 Kelebihan ini akan memberikan anda sebab yang kukuh, mengapa anda perlu berhenti merokok sekarang!

  • Langkah-langkah Mudah Berhenti Rokok.
    Disinilah rahsia terbesar bagaimana anda boleh berhenti merokok dengan mudah dan berkesan. Apa yang perlu anda lakukan, hanya baca, fahami dan lakukan setiap langkah yang diajarkan dengan penuh tekad.

  • Tempoh Pantang Merokok.
    Berapa lamakah anda harus berpantang dari menghisap rokok untuk membolehkan anda kekal berhenti merokok selamanya? Semua itu dikupas di dalam bab ini.

  • Sebab Utama Kenapa Gagal & Kembali Merokok.
    Selepas anda berjaya melepasi tempoh pantang merokok, masih ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda kembali merokok, ketahui apa perkara tersebut dan pastikan anda mengelakkan dari melakukannya.

  • Rokok Terakhir .
    Bagaimana menghadapi saat-saat terakhir anda bersama rokok. Ianya amat penting dan kritikal.

  • Amaran Terakhir.
    Jika terasa ingin merokok semula, ingatilah amaran ini.

Tetapi ianya ada kesan yang teruk juga jika kita dah lama merokok, kemungkinan besar jatuh sakit seperti demam, sakit lenguh badan-badan sengal ubi kayu. Ini adalah kesan nikotin dalam badan kita. Lebih kurang macam dadah nih. Apepun, aku ucapkan selamat berjaya. JOm dapatkan panduan jom berhenti merokok veri berbayar yang lebih sistematik, dapatkan disini.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kesihatan 10 tips berhenti merokok, berhenti merokok di bulan ramadhan, berhenti merokok dibulan ramadhan, bila masa sesuai berhenti hisap rokok, cara untuk berhenti hisap rokok, panduan berhenti merokok, teknik mudah berhenti hisap rokok, tips berhenti merokok dibulan puasa, tips smart berhenti merokok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Index Apk says

    July 7, 2015 at 12:32 am

    saya dari dulu pengen berhenti merokok, tapi selalu tidak bisa

    Reply
  2. titan says

    July 8, 2015 at 3:22 am

    tak susah sebenarnya nak berhenti.

    dari diri aje sebenarnya.

    biasanya yang tak dapat tu..diri tu tak kuat lagi nak berhenti.

    Reply
  3. Ammar says

    July 8, 2015 at 10:53 pm

    Kalau dah ketagih sangat-sangat susah nak berhenti..

    Reply
  4. syasya says

    July 15, 2015 at 9:35 pm

    Artikel yg sgt menarik….mohon share ye….

    Reply
    • Zik says

      December 24, 2015 at 6:47 pm

      boleh jer takda masalah..hehe

      Reply
  5. SUapk says

    December 24, 2015 at 2:38 pm

    Sudah 3 tahun saya berhasil berhenti merokok. sehat pula ni saya punya badan

    Reply
    • Zik says

      December 24, 2015 at 6:47 pm

      bagus tuh… satu perkembangan yang cukup positif…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021
  • Percubaan gutenberg editor
  • Live score badminton thailand open badminton 22.1.2021
  • Fakta menarik Presiden AS ke-46, Joe Biden yang jarang diketahui umum

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kesihatan

Petua merahkan bibir yang hitam,

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG  Madu salah satu petua untuk memerahkan …

Kesihatan

4 bahan kimia dalam makanan penyebab ketagihan

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGAssalamulaikan dan dalam sejahtera. Bayangkan,…

Kesihatan

Kepentingan makanan berkhasiat.

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Amalkan pemakanan yang seimbang Salam semua. …

%d bloggers like this: