Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / EURO / The three Lion, hantar Ukraine pulang ke kampung menang besar 4-0

The three Lion, hantar Ukraine pulang ke kampung menang besar 4-0

Zik · Jul 4, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hary kane gol

Pasukan yang diberi jolokan the three lions, England mara ke separuh akhir EURO 2020 setelah menewaskan pasukan Ukraine dengan mudah 4-0. Separuh masa pertama england dapat satu gol seawal minit ke 4 oleh Harry Kane.

Pasukan England mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menempah tiket ke pentas separuh akhir Euro 2020 selepas membelasah Ukraine 4-0 di Stadio Olimpico sebentar tadi.

Pada aksi suku akhir itu, pengendali Three Lions, Gareth Southgate membuat rombakan dalam kesebelasan utama dengan meletakkan Jadon Sancho dan Mason Mount untuk digandingkan bersama Raheem Sterling dan Harry Kane di jentera serangan.

Tersentak dengan itu, Ukraine yang dibimbing oleh Andriy Shevchenko memperkemaskan benteng dengan menghadkan serangan yang dilakukan oleh pasukan yang menduduki ranking ke-4 dunia itu.

Peluang terbaik England untuk menambah jaringan hadir menerusi rembatan jarak jauh yang dilakukan oleh Declan Rice tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung pada babak kedua, England terus mempamerkan corak serangan pantas dan kali ini giliran pemain pertahanan, Harry Maguire menjaringkan gol selepas menanduk hantaran set piece yang dilakukan oleh Luke Shaw pada minit ke-46.

Shaw yang beraksi di bek kiri sekali lagi menjadi ancaman utama buat Ukraine apabila umpanan yang dilakukannya berjaya ditanduk oleh Kane untuk menjadikan kedudukan 3-0 berselang empat minit kemudian.

Pemain gantian, Jordan Henderson memastikan penjaga gol Ukraine, Heorhiy Bushchan tewas kali keempat dengan menjaringkan gol menerusi tandukan hasil sepakan penjuru yang diambil oleh Mount pada minit ke-63.

Selepas itu, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari gol tetapi keputusan 4-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Kemenangan tersebut menyaksikan England akan menentang Denmark yang terlebih dahulu mara dengan meraih kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech di Stadium Wembley pada awal pagi Khamis depan.

SEMI-FINAL, ENGLAND VS DENMARK

MASA 03:00 PAGI

TARIKH : 8 JULAI 2021,

Share this on WhatsApp

EURO, Sukan England mengamuk belasah Ukraine 4-0, hantar Ukraine pulang ke kampung menang besar 4-0, The three Lion

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.