Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Sukan / EURO

EURO

KEPUTUSAN TERKINI TURKEY VS PORTUGAL 23.6.2024

Zik · Jun 23, 2024 · Leave a Comment

TURKEY VS PORTUGAL

Masing-masing mengejar tiga mata penuh dalam pertembungan piala EURO peringkat kumpulan. Hanya Germany (tuan rumah), Spain yang sudah tempah tiket ke pusingan 16 terbaik setakat ini. Jika portugal menang atau Turkey , satu slot sudah ditempah.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN F : [Read more…] about KEPUTUSAN TERKINI TURKEY VS PORTUGAL 23.6.2024

Habuan lumayan menanti Azzurri- JUARA EURO 2020

Zik · Jul 14, 2021 · Leave a Comment

italy vs england

Biarpun dah habis pun EURO 2020 beberapa hari yang lepas. Bahangnya masih kita rasa lagi. Pemain Itali akan menerima 250,000 euro (RM1.24 juta) setiap seorang daripada wang kemenangan hasil kejayaan merangkul Kejohanan Eropah (Euro) 2020

Selaku juara, Azzurri menerima 10 juta euro (RM49.69 juta), namun secara keseluruhan mereka menikmati 30 juta euro (RM149.07 juta) kerana tidak kalah dalam semua perlawanan bermula dari peringkat kumpulan.

Menurut beberapa laporan di Itali, Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) akan menikmati 99.25 juta euro (RM493.17 juta) keseluruhan termasuk bonus, jumlah yang juga akan diagihkan kepada pemain serta barisan kejurulatihan.

Akhbar La Gazzetta dello Sport turut me­laporkan, selaku naib juara pemain England akan menerima 200,000 (RM994,000) setiap seorang dan pasukan itu meraih 7 juta euro (RM34.78 juta).

NAIB JUARA, ENGLAND 29.75 JUTA 

Three Lions yang juga tidak kalah dalam semua perlawanan sebelum tumpas 2-3 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Itali di final akan menikmati hadiah ke­seluruhan 29.75 juta euro (RM147.83 juta).

Sementara itu, selepas hampir dibatalkan kerana kebimbangan terhadap penula­ran Covid-19, perarakan bas membawa pasukan Itali akhirnya dite­ruskan di Rom bagi meraikan kejayaan bersejarah mereka me­rangkul kejuaraan Eropah pertama dalam tempoh 53 tahun.

Perdana Menteri dan Presiden mengadakan majlis sambutan buat Azzurri sebaik saja mereka tiba di tanah air semalam, sebelum bas yang membawa pasukan berarak di sepanjang jalan di bandar utama bagi membawa trofi di depan ribuan penyokong.

italy julang piala euro2020 italy naik bas

Tonggak pertahanan Itali yang menjaringkan gol penyamaan ketika mengikat England 1-1, Leo­nardo Bonucci mendedahkan, perarakan menaiki bas dua tingkat itu diteruskan selepas mereka ‘memenangi’ siri rundingan.

“Azzurri telah melakukan perjalanan indah dari Quirinale ke Palazzo Chigi dan mahu memperagakan trofi kepada semua orang. Emosi yang tidak dapat digambarkan.

“Kami berhutang kejayaan ini kepada peminat. Kami memenangi rundingan untuk melakukan perarakan buat penyokong kami. Piala ini milik mereka,” katanya.

PENANTIAN 50 TAHUN LEBIH TAK BERGELAR JUARA. 

Ini kali kedua Itali dinobat sebagai juara Eropah, namun yang pertama sejak 1968 iaitu 53 tahun yang lalu.

Kemenangan dirai penuh emosi kerana bola sepak negara itu sudah keluar dari zaman ‘kegelapan’ selepas gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

“Ini kebangkitan semula untuk bola sepak Itali,” kata Bonucci penuh emosi sambil berdiri megah di depan ribuan penyokong yang membanjiri Rom untuk melihat wira-wira mereka dari dekat.

Ramai menganggap kemenangan itu bukan sekadar kebangkitan bola sepak Itali, malah menyatukan negara tersebut yang pernah dibadai wabak Covid-19 hingga berdepan perintah berkurung selama 16 bulan, selain mencatat lebih 127,000 kematian.

HADIAH KEMENANGAN EURO
(Tidak termasuk bonus). 

  • JUARA – 10 JUTA EURO ( RM 49.69 JUTA)
  • NAIB JUARA – 7 JUTA EURO (RM 34.78 JUTA)
  • SEPARUH AKHIR – 5 JUTA EURO ( RM 24.84 JUTA)
  • SUKU AKHIR – 3.25 JUTA EURO ( RM 16.15 JUTA)
  • PUSINGAN 16 TERBAIK- 2 JUTA EURO ( RM 9.94 JUTA)

 

Video goal highlights Italy 2-1 England , penentuan penalti final euro 12.7.2021

Zik · Jul 12, 2021 · Leave a Comment

ITALY JUARA EURO 2021

Game yang sengit, apepun tahniah diucapkan buat pasukan Italy yang merangkul kejuaraan Piala EURO 2020 mengheret ke penentuan penalti, setelah terikat 1-1. Bila dah sampia ke penentuan penalti, ia adalah 50-50 dan juga bergantung kepada pengalaman pasukan itu sendiri dan strategi siapa yang akan mengambil sepakan penalti itu nanti. Ini penting, jika tersalah ambil pemain yang kurang yakin atau kurang pengalaman ambil penalti, pasti akan memberi kesan kepada pasukan.

Ini yang terjadi pada awal pagi tadi. Memasukkan Saka, , sancho  dan Rashford tidak benar-benar membantu pasukan England dalam penentuan penalti.

ITALY 2-1 ENGLAND

[Read more…] about Video goal highlights Italy 2-1 England , penentuan penalti final euro 12.7.2021

  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Interim pages omitted …
  • Page 27
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.