Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / EURO / England hantar Germany pulang awal , menang 2-0 EURO 2020

England hantar Germany pulang awal , menang 2-0 EURO 2020

Zik · Jun 30, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

sterling

London: Raheem Sterling dan Harry Kane menjaringkan dua gol pada babak kedua bagi membantu England menewaskan musuh lama, Jerman 2-0 di Wembley, hari  ini, sekali gus mara ke suku akhir Euro 2020.

Skuad the Three Lions itu akan menentang pemenang perlawanan antara Sweden dan Ukraine di suku akhir.

ENGLAND menempah tempat ke saingan suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Jerman 2-0 dalam pusingan 16 pasukan terakhir di Stadium Wembley pada awal pagi Rabu.

Sterling dan Harry Kane pemusnah GERMANY 

Raheem Sterling dan Harry Kane menjadi pemusnah dengan kedua-dua pemain itu meledak gol pada separuh masa kedua sekali gus menamatkan badi kemenangan England ke atas Jerman dalam semua kejohanan utama sejak 1966.

Aksi separuh masa pertama berlangsung seimbang apabila kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol dengan percubaan terbaik buat Jerman hadir pada minit ke-33 selepas Timo Werner menerima lorongan cantik daripada Kai Havertz.Namun, penyerang Chelsea itu gagal menyudahkan peluang tersebut selepas percubaan leretnya bijak dibaca oleh penjaga gol England, Jordan Pickford.

Manakala, peluang terbaik England pula muncul di penghujung babak pertama selepas Sterling memintas hantaran kebelakang oleh pemain tengah Jerman, Thomas Muller sebelum melorongkan bola kepada Kane.

Bagaimanapun, sentuhan pertama Kane terlalu jauh dan sempat dikeluarkan oleh pertahanan Jerman Mats Hummels pada ketika penjaga gol skuad Die Mannschaft, Manuel Neuer sudah tertewas.

Gol yang dinanti-nantikan oleh England muncul jua melalui jaringan Sterling yang tenang menyudahkan hantaran Luke Shaw pada minit ke-75.

sterling skor

THOMAS MULLER CUBA IKAT KEDUDUKAN. 

Jerman cuba bangkit dan hampir menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-81 selepas hantaran lemah Sterling dipintas oleh Havertz sebelum melorongkan bola kepada Muller, namun percubaan pemain Bayern Munich itu tersasar ke sebelah kiri gawang gol England. Mungki ndia terlalu emosi, sepatutnya dia lebih tenang dan sepakan itu boleh masuk ke gawang England.

thomas muller

Kane yang terus diberikan kepercayaan untuk mengemudi jentera serangan The Three Lions itu akhirnya menamatkan kemarau jaringan apabila meledak gol kedua England, menanduk dengan kepala tanpa ada challenge dari pemain germany selepas memanfaatkan hantaran pemain gantian, Jack Grealish pada minit ke-86.  Ia adalah kemenangan kedua England di pusingan kalah mati di Kejuaraan Eropah.

 

hary kane header

Tandukkan Harry Kane yang menjaringkan gol kedua buat England kemenangan yang cukup indah.

STATISTIK PERLAWANAN ENGLAND VS GERMANY

Share this on WhatsApp

EURO, Sukan England hantar Germany pulang awal, England tewaskan germany 2-0 euro 2021, keputusan england vs germany 30.6.2021, menang 2-0 EURO 2020, ulasan england vs germany 30.6.2021

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.