• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / EURO / England mara ke FINAL, hantar pulang Denmark 2-1 ke masa tambahan

England mara ke FINAL, hantar pulang Denmark 2-1 ke masa tambahan

Zik · Jul 8, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

jaringan hary kane
 

LONDON: Gol pada tambahan masa Harry Kane memberikan England kemenangan 2-1 mengatasi Denmark sebentar tadi seterusnya membawa mereka ke final Euro 2020 untuk berdepan Itali 12 haribulan 7 isnin pagi nanti.

KEPUTUSAN PENUH

ENGLAND 2-1 DENMARK

Jaringan oleh
  • Mikkel Damsgaard 30′
  • Simon Kjaer GS 39′, (Own goal)
  • Harry Kane 104′

Denmark gol terlebih dahulu. 

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi pantas sebaik wisel permulaan dengan menyaksikan beberapa percubaan dilakukan dalam usaha membuka jaringan. Namun, Denmark yang dulu membuka jaringan hasil sepakan percuma cantik Mikkel Damsgaard pada minit ke-30 yang sama sekali menewaskan penjaga gol England, Jordan Pickford.

Tersentak dengan gol itu, England mula bangkit mengatur asakan ke gawang Denmark dalam usaha menjaringkan gol penyamaan dan usaha mereka berhasil apabila menyaksikan kapten Denmark, Simon Kjaer tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba mengekang lorongan Bukayo Saka pada minit ke-39.

Gol itu dilihat semakin menyemarakkan semangat skuad The Three Lions untuk terus mengasak hebat ke gawang Denmark bagi menambah jaringan, namun berjaya dikekang benteng pertahanan Denmark hingga tamat babak pertama.

Separuh masa kedua, England gandakan asakan!! 

Babak kedua menyaksikan England semakin menggandakan asakan dan hampir menjaringkan gol kedua menerusi tandukan Harry Maguire pada minit ke-55, namun berjaya diselamatkan penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel.

Skuad The Three Lions itu kemudiannya dilihat semakin hebat mengasak ke gawang Denmark sehingga ke penghujung babak kedua, namun tetap gagal menembusi benteng pertahanan bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.

England kemudiannya menjaringkan gol kedua pada minit ke-104 menerusi sepakan penalti kapten, Harry Kane setelah Raheem Sterling didakwa dikasari pertahanan Denmark. Ini yang menjadi pertikaian sebenarnya. Entahla kenapa VAR tak digunakan dalam hal ini?

tiada penalty

Gol berkenaan dilihat semakin menyemarakkan semangat skuad The Three Lions itu untuk terus mendominasi perlawanan selain turut melancarkan asakan ke gawang Denmark dalam usaha menambah jaringan.

hary kane sepak penalti tak gol

Sepakan Penalti Hary Kane dapat diselamatkan , tetapi bola muntah, dia terus shoot sebelah kanan. Tak sempat keeper nak ambil balik bola itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan dan menyaksikan kedudukan 2-1 kekal hingga ke wisel penamat.

Ia adalah final kejohanan utama pertama buat England sejak Piala Dunia 1966. Hampir 55 tahun dah lama England tak mara ke final. Kane meledak selepas Kasper Schmeichel menyelamatkan penalti kontroversinya yang diberikan pada minit ke-104 di depan hampir 65,000 penyokong di Wembley.

Mikkel Damsgaard memberikan Denmark gol pendahuluan pada minit ke-30 menerusi sepakan percuma yang menarik.

Bagaimanapun gol sendiri Simon Kjaer memberikan gol penyamaan buat England sebelum tamat babak pertama. – AFP

statistik england vs denmark 8.7.2021

Statistik perlawanan England vs Denmark

 

pasukan england celebrate

Pemain england meraikan kemenangan mereka setelah mara ke final euro 2020 setelah hampir 55 tahun tidak beraksi.

 

 

FINAL EURO 12.7.2021

final euro 2020

 

 

Share this on WhatsApp

EURO, Sukan England mara ke FINAL, hantar pulang Denmark 2-1 ke masa tambahan, keputusan england vs denmark 8.7.2021

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss