• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Skim khas bantu belia miliki rumah- bajet 2015

Skim khas bantu belia miliki rumah- bajet 2015

Zik · Oct 10, 2014 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

image

Dalam teks ucapannya, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan Skim Perumahan Belia sebagai usaha untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan belia di negara ini.
Skim itu menawarkan pemilikan rumah pertama yang bernilai tidak lebih RM500,000 kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak lebih RM10,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum, 35 tahun.

Beliau berkata sebanyak 20,000 unit rumah akan dibina untuk skim itu yang ditawarkan berdasarkan konsep ‘siapa dulu dia dapat’. First come first serve lah lebih kurang macam tuh.

“Bila mengupas mengenai belia, pemilikan rumah adalah satu isu besar khususnya soal harga rumah dan kebolehanbiayaan,” katanya ketika membentangkan “Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat, petang tasi duk semua tepuk-tepuk meja tadi.

Beliau berkata skim itu diwujudkan secara perkongsian pintar antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Cagamas.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah skim itu, kerajaan akan memberi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh dua tahun pertama bagi mengurangkan beban ansuran bulanan pinjaman perumahan selain pengecualian sebanyak 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman.

Najib menarik perhatian apabila berkata kerajaan turut menyediakan jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus bagi membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh termasuk kos insurans.

“Peminjam juga boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 KWSP mereka untuk menampung pembayaran ansuran bulanan dan kos lain yang berkaitan,” katanya.

Penubuhan skim perumahan itu terkandung dalam strategi keenam Bajet 2015 iaitu ‘Membangun Program Transformasi Belia Negara’.

Di bawah strategi itu juga, Najib berkata kerajaan akan mewujudkan Bandar Belia 1Malaysia dengan peruntukan RM100 juta bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Ini bagi mewujudkan satu ekosistem komprehensif yang disertai belia untuk meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan serta dapat menikmati kemudahan perumahan dan rekreasi,” jelas Najib.

Cr to bharian.com.my

Share this on WhatsApp

Ekonomi, Isu semasa miliki rumah mampu milik bajet 2015, Skim khas bantu belia miliki rumah bajet 2015, syarat skim rumah mampu milik bajet 2015

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    October 11, 2014 at 9:26 pm

    Peluang yang diambil untuk mendapat rumah pertama.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss