Kepada yang tak tahu, kerajaan telah perkenalkan sistem MyDeposit. Tujuannya untuk membantu golongan M40 iaitu golongan isi rumah yang berpendapatan RM3,000-RM9,000 dengan membiayai deposit rumah pertama mereka. Skim ini sebenarnya dah ada, cuma akan dibuka semula pada november 2017. Setelah diumumkan ada peruntukkan dalam bajet 2018 oleh Ds Najib tun Razak.
Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah. Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.
Syarat-syarat:
1) Pemohon berumur 21 tahun ke atas
2) Pembelian rumah pertama
3) Hartanah di bawah RM500,000
Kalau anda menepati kesemua syarat ini, anda dah boleh mulakan misi mencari rumah. Tidak kira sama ada rumah ‘undercon’ atau ‘subsale’. Pastikan harganya bawah RM500,000 ya.
Bila dah jumpa rumah idaman:
- Isi borang permohonan
Permohonan akan dibuka pada tahun hadapan. Borang ini penting untuk semakan Jabatan Penilaian Permohonan.
Bila permohonan dah lulus:
- Anda akan terima Surat Tawaran Bersyarat Skim MyDeposit
Surat Tawaran inilah yang akan jadi ‘cagaran’ untuk biaya deposit 10% rumah anda. - Cari, semak dan mohon pinjaman perumahan
Pinjaman perumahan perlu disemak dan dimohon sebelum tanda tangan Perjanjian Jual Beli (S&P). Kebiasaannya pinjaman perumahan akan turut meliputi kos insuran dan kos guaman bagi pinjaman. - Tanda tangan S&P
Selepas pemohanan pinjaman perumahan berjaya, anda boleh tandatangan perjanjian S&P.
Jika rumah yang dibeli berstatus ‘undercon’ atau sedang dibina, pemaju selalunya akan ‘serap’ kos guaman bagi S&P. - Tanda tangan Surat Tawaran Pinjaman
Anda akan terima ‘Offer Letter’ dari bank jika pinjaman anda diluluskan.
Kelayakkan yang lain :
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan
- Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah
- Pendapatan kasar dari RM3,000 sehingga RM10,000. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain)
- Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan; dan
- Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli
?KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN
Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :
- Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale)
- Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
- Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan
DOKUMEN SOKONGAN
Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Sistem MyDeposit :
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
- Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
- Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
- Salinan surat pengesahan majikan
- Salinan penyata gaji terbaru
- Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
- Salinan surat pencen( Jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
- Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual
- Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan
?HUBUNGI/ Pertanyaan
- Melalui emel
– Pertanyaan Skim MyDeposit: mydeposit@kpkt.gov.my– Masalah Aplikasi: ict_jpn@kpkt.gov.my
- Melalui emel
Bila dah selesai tanda tangan surat tawaran:
- Penjual atau Pemaju akan membuat tuntutan deposit 10% tadi kepada kerajaan menggunakan surat Tawaran Bersyarat MyDeposit tadi.
- Kerajaan akan membayar deposit tersebut dan akan melakukan pemantauan projek.
Ambil perhatian:
- Ada ‘setback’ tentang skim ini dimana anda tidak boleh menjual hartanah tersebut dalam masa 10 tahun
- Skim MyDeposit juga tidak terpakai bagi projek-projek perumahan kerajaan seperti PR1MA, PPA1M, RUMAWIP dan PPR.
Walaubagaimanapun, skim ini amat membantu golongan isi rumah untuk memiliki rumah pertama pada ‘zero-entry cost’. Maklumlah, deposit rumah kerajaan bayarkan, kos S&P kebiasaannya pemaju bayarkan. Kos insurans rumah dan guaman juga boleh dimasukkan dalam pinjaman.
Skim MyDeposit 2018 hanya mempunyai kuota sebanyak 2,000 slot sahaja. Maknanya siapa cepat dia dapat.
credit to hartabumi.com
Kepada yang nak daftar boleh pergi ke laman web dia disini
Tetapi belum dibuka, ianya akan dibuka pada 15 november 2017. So jangan lupa tuh, dan kena cepat-cepat dan alert. huhu
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.