Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Business Products & Services / Skim perumahan belia (spb) Bank BSN,terhad 20ribu yang layak sahaja!! 

Skim perumahan belia (spb) Bank BSN,terhad 20ribu yang layak sahaja!! 

Zik · Dec 23, 2017 ·

Share this on WhatsApp

Berita baik buat mereka yang layak , dan belum ada rumah, tapi rasa macam tak cukup. BSN nak tolong nih. Jom kita tengok apa benda nih,

Ramai dikalangan anak muda hari ini sukar untuk membeli rumah. Ini adalah kerana, kos pembelian rumah yang agak tinggi.  Tahukah anda, untuk membeli rumah, kos yang perlu disediakan adalah sekitar 15% (10% untuk deposit & 5% untuk kos guaman dan lain-lain). Atas kekangan ini,kerajaan dalam BAJET2015 dengan kerjasama BSN telah pon memperkenalkan Skim Pinjaman Perumahan Belia.

BSN tolong bayarkan RM200 sebulan untuk duit ansuran rumah di bawah Skim Perumahan Belia (SPB). Jom mohon, terhad kepada 20 ribu pemohon yang layak saja. BSN MyHome-i (Skim Perumahan Belia) direka untuk membantu belia yang bujang atau sudah berkahwin untuk memiliki rumah pertama mereka dengan mudah.

*Skim ini akan tamat pada 31 Disember 2017.

Dah tak lama nih ,,, tinggal beberapa hari jer..

Konsep Syariah

Berdasarkan kontrak Tawarruq. Kontrak Tawarruq merujuk pada transaksi jual beli bagi pembiayaan sesuatu aset berdasarkan bayaran tertunda dan ansuran dengan tempoh pembayaran yang dipersetujui lebih awal. Harga jualan akan termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Ciri-ciri

  • Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subpembelian.
  • 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000.
  • Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual.

Harga Hartanah

  • Minimum: RM 100,000
  • Maksimum: RM 500,000

Margin Pembiayaan

  • Hartanah: Sehingga 100% harga belian/ harga pasaran (mengikut mana yang lebih rendah)
  • MRTT: Sehingga 5% harga belian/ harga pasaran (mengikut mana yang lebih rendah)

Tempoh Pembiayaan

  •  Minimum : 5 tahun
  •  Maksimum : 35 tahun (tertakluk pada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan).

Kadar Keuntungan
» Julat harga antara KA+0.60% sehingga KA+3.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
» Bagi amaun pembiayaan RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pembiayaan 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar keuntungan indikatif adalah BR + 0.80%*. (terpakai hanya untuk pakej NZEC).
»
Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 3.95% ( berkuatkuasa mulai 21 Julai 2016) .
*Tertakluk kepada terma dan syarat

Syarat-syarat Kelayakan untuk memohon.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 45 tahun (tertakluk pada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan)
  •  Bujang atau berkahwin.
  • Pendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM10,000 sebulan.
  • Pembeli Pertama Kali.
  • Pembiayaan Individu / Bersama.
  • Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i.
  • Bukti pembelian.

Dokumen yang Diperlukan

Borang permohonan BSN

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Sijil Perkahwinan yang sah
  • Pemohon Bekerja Tetap / Pemohon bersama (pasangan sahaja)
    -Slip Gaji 3 bulan terkini
    Nota: Jika bukan pemohon bersama, pasangan kepada pemohon hendaklah mengemukakan 1 salinan slip gaji terkini.
  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Slip Gaji dan penyata bank untuk tempoh 6 bulan terkini (pendapatan lain)
  • penyata KWSP
  • Surat Pengesahan Majikan

** Pemohon Bekerja Sendiri/ Pemohon Bersama (pasangan sahaja)

  • Pendaftaran Syarikat (SSM)
  • Borang B/BE + Resit LHDN
  • Penyata Kewangan Syarikat
    – penyata bank syarikat 6 bulan
    – Dokumen lain, iaitu laporan lawatan tapak, dsb.
  • Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah (S&P), yang telah dimatikan setem. Jika S&P belum selesai, resit deposit / pesanan pembelian pro forma boleh diterima bagi tujuan kelulusan permohonan.
  • Salinan laporan penilaian (untuk pembelian hartanah siap daripada individu / bukan pemaju) daripada panel penilai BSN
    » Salinan Geran Induk / Individu (jika ada)
    » Akuan berkanun bagi memastikan hanya yang layak untuk pembelian rumah pertama dan kegunaan sendiri sahaja yang layak untuk skim ini dan perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.
    (Nota: Akuan berkanun perlu ditandatangani oleh pemohon dan pemohon bersama/ pasangan (jika bukan pemohon bersama)

Maklumat lanjut sila ke cawangan BSN berhampiran anda segera..

Apa lagi jom mohon sekarang!! Layari mybsn.com.my untuk info lanjut.

Share this on WhatsApp

Business Products & Services, Pengumuman borang permohonan skim perumahan belia bank bsn, cara nak memohon pinjaman perumahan beli sbp bsn 2017/18, muat turun borang skim pinjaman perumahan belia bsn 2017, pinjaman perumahan bsn, sbp bsn 2017/18, skim peumahan beli bsn 2017/18., syarat minumum skim pinjaman perumahan belia 2017/18

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.