#BOLLYGOOD – Rustom seorang tentera laut berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh Vikram yang menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya, Cynthia. Vikram sengaja menggoda Cynthia yang sering kesunyian untuk membalas dendam terhadap Rustom. Setelah menembak mati Vikram, Rustom menyerah diri kepada pihak berkuasa untuk dibicarakan. Apakah yang terjadi kepada Rustom seterusnya? Saksikan lakonan Arjan Bajwa, Esha Gupta, Ileana D’cruz, Pawan Malhotra dan Akshay Kumar dalam #Rustom Rabu (24 Julai 2019) pukul 9.30 malam di TV2.
Ulasan cerita ini.
Filem ini mengangkat kejadian yang berlaku pada tahun 1959 di Mumbai, India. India ketika itu kecoh dengan kes pembunuhan seorang jutawan yang bernama Vikram. Vikram juga sebenarnya adalah rakan Commander Rustom.
Lebih mengejutkan apabila sang hero India iaitu Commander Rustom mengaku bertanggungjawab ke atas pembunuhan tersebut.
Semua orang India ketika itu kenal dengan Commander Rustom. Beliau seorang yang sangat telus dan baik. Bila sang commander mengaku membunuh, pastilah rakyat India bersamanya.
Mereka tetap menganggap kalau Commander Rustom membunuh sekalipun, pasti ada sebabnya.
Tetapi benarkah Commander Rustom membunuh dengan sebab yang kuat? Atau kerana cemburu?
Dalam filem ini, isteri Commander Rustom bermain kayu tiga dengan si mati. Kejadian berlaku ketika Commander Rustom ada tugasan khas di London selama 6 bulan.
Dalam tempoh 6 bulan, Vikram sedaya upaya cuba mengurat isteri Commander Rustom iaitu Cynthia. Usahanya berjaya.
Tetapi, adakah benar Commander Rustom membunuh Vikram kerana cemburu atau ada tugasan khas?
Sebenarnya filem ini penuh dengan plot twist yang sangat menarik. Hingga ke hujung filem sendiri, plot twist berlaku.
Lakonan Akshay Kumar dalam filem ini tidak perlu dipersoalkan. Memang dia sangat menghayati wataknya sebagai seorang commander, sehingga beliau memenangi anugerah pelakon terbaik dalam filem ini.
Kalau anda minat filem plot twist yang power, memang filem ini cukup power untuk anda.
Dia mengenai rustom yang sudah tahu pihak atasan dan vikram (ada memmpunyai rekod plan kapal yang ingin dibeli oleh pihak india ada banyak masalah. Bocor sana sini. So kira orang tengah vikram dia kata suruh Rustom tutup mulut, go on dengan plan dan rustom akan diberikan 1juta.
Namun Rustom sudah tahu dari awal lagi ini rancangan dia sebab rasuah yang mengancam diri dia dan negara. Ingatkan bila jumpa pegawai atasan orang nak backup Rustom. sekali orang atas jugak pun makan rasuah Rasuah melanda bukan sahaja di pertengahan kelas bawah, tetapi atas paling tinggi pun berlaku. Ianya sama juga macam di negara kita.
Game yang disudah diplan oleh Vikram, apabila isterinya pula dijadikan mangsa dalam rumah tangga mengatakan isterinya main kayu tiga dengan vikram.
Namun, ada beberapa unsur yang sudah dirangka dan diplan oleh vikram sudah lama dihidu. Dan pembunuhan itu sudah dirancang oleh Rustom. Bagaimana Ruston mempertahankan diri di sebagai orang yang dibicara , (peguam diri sendiri). Hujah yang dia lakukan, bukti-bukti yang nyata. Soalan-soalan yang diberikan kepada saksi-saksi adalah diluar jangkaan. Fuh macam-macamlah, kalau korang peguam korang tahulah pusing-pusing soalan untuk mengelirukan saksi hingga tersalah cakap. Deyy!
Rating: 7.0/10
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply