• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
You are here: Home / Akademik / Pengadilan Nuremberg : Simbolik Kejatuhan Kerajaan Nazi

Pengadilan Nuremberg : Simbolik Kejatuhan Kerajaan Nazi

November 30, 2020 by Zik Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

hitler mati, kejatuhan nazi,

Siapa sangka selepas 5 tahun Perang Dunia 2 berlangsung (1939-1943),Kerajaan Nazi  Jerman hanya berada di hujung tanduk sahaja selepas gagal dalam Operasi Barbarossa pada tahun 1941.

Pasukan Bersukutu berjaya buat ‘counter attack’ selepas kalah dengan pasukan Nazi dalam beberapa siri peperangan dari tahun 1940.

Hanya dalam masa 2 bulan sahaja,Tentera Soviet Union berjaya menjatuhkan bandar Berlin(HQ Nazi) pada tahun 1945.Maka dengan itu berakhirlah pemerintahan Rejim Hitler selama 13 tahun sebagai diktaktor Jerman.

Perang Dunia 2 telah memusnahkan hampir seluruh populasi negara Eropah.Angka kematian sebanyak 64 juta adalah satu mimpi ngeri dan tidak boleh diterima oleh pemimpin kuasa besar pasukan Bersukutu seperti Winston Churchil (Perdana Menteri Britain).

Pengandilan Nuremberg adalah salah satu cara yang telah difikirkan oleh Para pemimpin kuasa besar pasukan bersekutu untuk membawa jenayah perang Nazi ke muka pengadilan.Pengadilan Nuremberg juga merupakan permulaan kepada penubuhan mahkamah antarabangsa yang tetap(sebelum Perang Dunia 2 tak wujud pun mahkamah antarabangsa).

Semua pegawai Nazi yang berpangkat tinggi termasuklah para doktor dan peguam Nazi akan dibicarakan di Istana Nuremberg.

Ada 13 perbicaraan sepanjang Pengadilan Nuremberg dilaksanakan.Ironinya,Adolf Hitler sebagai pemimpin Nazi tak sempat diadili sebab awal awal lagi beliau dah suicide(bunuh diri) masa dekat bunker.Bila Tentera Soviet serbu bunker Hitler,mayatnya dah terlentang bersama dengan perempuan simpanannya Eva Braun.

Bila Joseph Stalin(Pemimpin Soviet Union) dengar jer yang Hitler dah mati,dia memang tak puas hati sampai tuduh Amerika dan Britain bersubahat dalam pembunuhan Hitler.

Adolf Hitler lepas naik jadi kanselor Jerman tahun 1933,dia dan ahli tertinggi Nazi dah buat rancangan untuk menghampuskan semua Bangsa Yahudi.Peristiwa Holocaust menjadi saksi seramai 6 juta orang yahudi dan juga 4 juta orang bukan yahudi mati ditembak secara beramai ramai oleh tentera Nazi.

Sebab itu Sarjan John Woods(salah seorang panel hakim) berasa bangga bila dapat putuskan( hanya dalam masa 1 jam sahaja)  hukuman gantung kepada 10 ahli tertinggi tentera Jerman.

Pada Disemeber 1942 Para pemimpin bersekutu(Britain,Amerika dan Soviet Union)mengeluarkan Deklarasi Pertama Bersama(First Joint Declaration).Deklarasi ini menuntut supaya pihak Nazi bertanggungjawab penuh atas segala keganasan yang berlaku terhadap penduduk awam.

Dalam deklarasi ini ,Joseph Stalin telah memberi cadangan untuk membicarakan seramai 50 hingga 100 ribu pegawai kakitangan Nazi.Winston Churchil pulak kata nak buat summary execution(pelaksanaan hukuman tanpa perbicaraan).Tapi Amerika berjaya pujuk Winston Churchil supaya ‘relax’ dan terima untuk mengadili para pesalah di Nuremberg.

Pada pagi 20 November 1945,bermulalah Trial Of Major War di Istana Nuremberg.

Disebabkan ini merupakan kes Antarabangsa yang melibatkan 4 buah Negara,Pihak bersekutu telah sebulat suara untuk menjadikan undang undang Britain(London Charter Of International Militatry Tribunal)sebagai rujukan dalam perbicaraan.

Dalam perbicaraan,hukuman boleh dijatuhkan oleh panel hakim(seperti Sarjan John Woods) walaupun Hakim tunggal atau juri yang paling atas dalam hierarki mahkamah.

Perbicaraan Nuremberg diketuai oleh Hakim Robert H Jackson(ketua pendakwa Amerika).Kalau bagi Soviet dan UK jadi ketua hakim,habis semua dia hukum gantung.

Setiap dari empat Negara bersekutu ada dua hakim utama dan pengganti Hakim (alternate judge).Defendan(mereka yang tertuduh) dibenarkan untuk memilih peguam mereka sendiri.

Actually, tentera bersekutu pun ada jugak buat ‘dosa’ masa Perang Dunia 2 berlangsung(Kekejaman Soviet Union terhadap tentera Jerman selepas berjaya menawan Berlin),tetapi proses perbicaraan Nuremberg adalah berasaskan Victor’s Justice (keadilan kepada pemenang).

Walaupun Soviet ada  berlaku kejam kepada tentera Jerman, tapi semua tuh dah tak valid sebab victor’s justice mengatakan bahawa “Pihak bersekutu akan berkeras terhadap kejahatan Jerman dan melonggarkan setiap kejahatan yang dilakukan oleh tentera bersekutu”.

Setelah 8 bulan proses perbicaraan berlangsung(20 November 1945 – 1 oktober 1946), akhirnya Mahkamah Antarabangsa menjatuhkan hukuman mati terhadap  12 individu (antaranya ialah Joachim von Ribbentrop ,Menteri Luar Negeri Nazi) yang akan dilaksanakan pada 16 oktober 1946.

Selebihnya iaitu lagi 12 individu dijatuhi hukuman penjara antara 10 tahun (seperti Albert Spike, Arkitek Nazi) dan ada yang dipenjarakan seumur hidup (seperti Rudolf Heiss, Timbalan Menteri Hitler).

Herman Goering(Ketua Turus Angkatan Udara Nazi),telah membunuh diri pada malam sebelum hukuman mati dilaksanakan dengan menelan pil sianida.

Antara Ahli Tertinggi Nazi yang tak sempat diadili ialah Joseph Goebels(Menteri Propaganda Nazi) dan Heinrich Himler(Ketua Turus Angkatan Tentera Darat Nazi) yang telah membunuh diri pada musim bunga 1945.

Perbicaraan Nuremberg merupakan simbolik bagi kejatuhan Empayar Nazi yang bertahan selama 13 tahun di bawah kepimpinan Adolf Hitler.

Semua  pengikut Hitler tak sangka yang pengakhiran mereka akan menjadi begitu sadis.Semasa perbicaraan,semua tak  nak mengaku bersalah dan mengatakan mereka berperang untuk Jerman bukan untuk Fuhrer(Hitler).

Sejarah mengajar kita supaya jangan terlalu taksub dengan satu ideologi yang tak pasti.

Nazi adalah contoh ideologi yang memakan diri.

Heil Hitler!

Sumber Rujukan :

https://www.history.com/this-day-in-history/nuremberg-trials-

https://www.youtube.com/watch?v=vywGZzb9O4M/NurembergTrial

https://lynn-library.libguides.com/c.php?g=592757&p=4099152

https://www.britannica.com/biography/Adolf-Hitler

https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_suicides_in_Nazi_Germany

Disclaimer :

Saya tidak copy & paste mana2 pihak.Ini memang asli penulisan saya sendiri yang diperolehi melalui pelbagai sumber rujukan seperti yang di atas.Sekiranya inginkan bukti boleh rujuk di lama facebook saya.Saya juga ada menulis artikel ini di situ.

https://www.facebook.com/khairul.ericks/

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Filed Under: Akademik, Sejarah Tagged With: kejatuhan nazi, kematian hitler, Pengadilan Nuremberg : Simbolik Kejatuhan Kerajaan Nazi

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

 

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Resepi Dalgona Coffee, Jom cuba
  • Keputusan terkini Liverpool vs Manchester united liga epl 18.1.2021
  • Live streaming badminton final beregu malaysia vs chinese taipei 17.12.2021
  • Jenis butter yang sesuai untuk digunakan!
  • PEMBAYARAN BPN 2.0 PADA 21 jANUARI 2021, semak di bpn.hasil.gov.my

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akademik

Jadual penuh peperiksaan UPSR 2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Jadual peperiksaan UPSR atau dikenali Ujian P…

Akademik

Keputusan peperiksaan online ptd m41 2014

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Ya, kepada mereka yang ingin membuat semakan …

Akademik Bahasa Malaysia Bijak Wang

Langkah-langkah mengurangkan bebanan Kos Sara Hidup

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG PADA permulaan tahun baru ini, setiap rakyat …

%d bloggers like this: