
#BOLLYGOOD – Rustom seorang tentera laut berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh Vikram yang menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya, Cynthia. Vikram sengaja menggoda Cynthia yang sering kesunyian untuk membalas dendam terhadap Rustom. Setelah menembak mati Vikram, Rustom menyerah diri kepada pihak berkuasa untuk dibicarakan. Apakah yang terjadi kepada Rustom seterusnya? Saksikan lakonan Arjan Bajwa, Esha Gupta, Ileana D’cruz, Pawan Malhotra dan Akshay Kumar dalam #Rustom Rabu (24 Julai 2019) pukul 9.30 malam di TV2.
Ulasan cerita ini.
Filem ini mengangkat kejadian yang berlaku pada tahun 1959 di Mumbai, India. India ketika itu kecoh dengan kes pembunuhan seorang jutawan yang bernama Vikram. Vikram juga sebenarnya adalah rakan Commander Rustom.
Lebih mengejutkan apabila sang hero India iaitu Commander Rustom mengaku bertanggungjawab ke atas pembunuhan tersebut. [Read more…] about Sinopsis filem bollywood Rustom Akshay kumar