







2.0 (juga dikenali sebagai Enthiran 2) ialah filem cereka sains bahasa Taml-India yang akan datang dari India. Filem ini akan diarahkan oleh S.Shankar. Filem ini merupakan susulan filem Enthiran (2010). Filem ini menampilkan Rajinikanth kembali memainkan watak Dr. Vaseegaran dan Chitti. Filem ini turut dibintangi oleh Akshay Kumar dan Amy Jackson. Filem ini dihasilkan oleh Subaskaran Allirajah daripada Lyca Productions. Runut Bunyi filem ini akan digubah oleh A. R. Rahman. Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2018
Berkisarkan pasal robot di tahun millenium. Semua di dunia ketika itu sudah canggih, tetapi teknologi dari akshay kumar mengambil alih dunia dengan ambil telepon orang di seluruh dunia jadi robot helang untuk bertempur dengan 2.0. Apa yang akan terjadi nanti??
Sambutan menggalakkan di Malaysia!!
Sambutan terhadap '2.0', filem terbaru bintang filem Tamil tersohor Rajinikanth di negara ini melangkaui jangkaan apabila tiket untuk minggu pertama tayangan filem fiksyen sains itu di kebanyakan pawagam habis dijual.
Pengerusi DMY yang juga pengedar filem itu di Malaysia, Datuk Mohamed Yusoff berkata pawagam telah menambah kekerapan tayangan berikutan sambutan luar biasa dan permintaan tinggi peminat tempatan.
Beliau berkata filem Tamil 3D pertama yang ditayangkan dalam tiga bahasa iaitu Tamil, Telugu dan Hindi tersebut ditayangkan di 200 pawagam di seluruh negara iaitu 60 panggung dalam format 3D dan bakinya 2D.
“Kebanyakan panggung habis ditempah untuk beberapa hari menerusi jualan tiket dalam talian. Kami juga meningkatkan kekerapan tayangan berikutan permintaan yang tinggi, justeru orang ramai tidak perlu bimbang,” katanya.
Filem yang ditunggu-tunggu itu merupakan sekuel filem blockbuster Enthiran (Robot) yang dikeluarkan pada 2010. Filem tersebut yang ditayangkan bermula Khamis di seluruh dunia berkisar tentang seorang saintis membantu kerajaan menyiasat satu ancaman yang melangkaui pemikiran menggunakan robotnya.
Diarahkan oleh S. Shankar, filem yang menelan belanja AS$76 juta itu merupakan antara filem termahal di India dan dijangka mencipta ‘tsunami’ sebagai filem terlaris.
Mohamed juga yakin filem yang turut menampilkan bintang Bollywood, Akshay Kumar dan komposer muzik pemenang anugerah Oscar, AR Rahman sebagai pengarah muzik, akan menarik bukan sahaja peminat berketurunan India tetapi juga daripada kaum lain.
Beliau turut mendedahkan DMY akan menerbitkan lima filem tempatan Tamil lain dan Melayu pada tahun depan bagi menyokong bakat tempatan.
“Kami menerima banyak skrip dan anggota jawatankuasa penerbitan syarikat sedang berbincang mengenai skrip terbaik untuk diterbitkan,” katanya.
Pelakon dan Watak
- Rajinikanth sebagai Dr. Vaseegaran dan Chitti
- Akshay Kumar sebagai Dr. Richard
- Amy Jackson
Leave a Reply