Filem tujuh ini penuh dengan mistik sebelum pembikinannya. Kos yang dianggarkan lebih kurang 1.8 juta ringgit untuk membuat filem ini.
Tempat penggambaran pun misteri juga tuh. Vila mana diambil shoot tuh? Itu yang menjadi persoalannya. Buat filem nih terperap tujuh tahun juga tuh. Katanya shoot rumah ini diambil di Bukit Larut, perak. Vila yang sudah lama ditinggal orang. Rumah dah siap, tapi ownernya tak tahu siapa?? Jeng-jeng.
7 Sekawan. 7 Dosa. 7 Dendam: Seram Wei Tengok Trailer Filem TUJUH
Berlatar Belakangkan Tahun 1977.
Pada tahun 70an, tujuh rakan sedang dalam cuti semester telah bercuti di sebuah banglo mewah yang terletak di pedalaman, yang mana ia dijaga oleh ketua kampung dan anak perempuannya Suri. Mereka telah mengadakan parti dan meminta Suri untuk tinggal membantu mereka membersihkan rumah tetapi parti itu bertukar menjadi liar dan Suri telah dirogol. Dia kemudian telah membunuh diri dan menyumpah mereka yang dia akan menghantui mereka. Mereka pada mula tidak hairan, namun apabila mereka terperangkap di rumah itu dan seorang demi seorang mati, mereka perlu mencari jalan untuk melarikan diri dari sumpahan itu. Sesiapa yang tertidor, dia akan ganggu dan KO!
Sinopsis Filem Tujuh
Mengisahkan sekumpulan remaja Sam, Mus, Ray, Ilyas, Yasmin, Tina dan Emma yang menghabiskan semester break mereka dengan mengadakan parti di rumah persinggahan keluarga Ilyas di atas sebuah bukit.
Rumah persinggahan tersebut dijaga seminggu sekali oleh Tok Batin dan anaknya Suri. Sam meminta Suri berada di situ semasa parti untuk membantunya serve tetamu yang datang.
Parti liar menjadi tidak terkawal apabila salah seorang dari mereka bertujuh merogol Suri ketika parti berlangsung. Sebaik sahaja parti berakhir Suri bersemuka dengan Sam dan rakan-rakannya dan bersumpah akan membalas dendam dengan membunuh mereka menerusi mimpi. Suri kemudian terjun membunuh diri.
Amaran yang dirasakan gurauan menjadi benar apabila Yasmin dijumpai mati tergantung keesokkan harinya.
Malah satu-satu daripada mereka hilang secara misteri. Dapatkah mereka yang tinggal melarikan diri daripada sumpahan Suri? Adakah semua selamat, atau semua habis mati?? Yang itu korang kena tengok sendiri dipawagam ok.
TAJUK : TUJUH (Working Title)
KATEGORI : FILEM
DURASI : 90 MINIT
GENRE : Action, Thriller, Horror
BAHASA : BAHASA MALAYSIA
PENULIS SKRIP : ELLYNA AHMAD
PARA PELAKON
1. Johan As’ari
2. Pekin Ibrahim
3. Syahrul Ridzwan
4. Aeril Zafril
5. Aaron Aziz
6. Wan Hanafisu
7. Marsha Milan
8. Cristina Suzanne
9. Siti Saleha
10. 10.Dee Dee Nash
LOGLINE : ‘Apabila maut menjemput didalam mimpi‘
Raja Mukhriz Berdebar Menantikan Tayangan Filem TUJUH
Melihat kepada gelombang industri perfileman yang kini sedang mengalami perubahan positif apabila ramai peminat mula membanjiri pawagam untuk menyokong karya tempatan, Raja Mukhriz mempunyai keyakinan naskhahnya itu mampu mendapat tempat di hati penonton.
“Saya berdebar kerana itu perkara normal bagi semua pengarah atau penerbit apabila karyanya akan ditayangkan. Namun, dalam masa sama, saya gembira kerana Tujuh bakal ditayangkan pada saat industri sudah mulai berubah ke arah positif yang menyaksikan lebih ramai masyarakat mahu datang ke wayang untuk menonton filem tempatan. Saya berharap mood atau semangat ini tidak hanya terhenti untuk filem Munafik 2 dan Hantu Kak Limah sahaja, malah berterusan sampai bila-bila.”
“Sebenarnya saya tidak suka cerita seram tetapi inspirasi filem Tujuh ini datang daripada pengalaman saya sendiri sewaktu kecil dahulu. Sejak dahulu, saya memang suka menghasilkan filem yang bersifat lokal atau tempatan kerana ia lebih dekat dengan masyarakat kita.
Meskipun filem Tujuh ini bukan kisah hantu tradisional seperti langsuir atau pontianak, namun ia mempunyai mesej tersendiri. Ia sebuah kisah seram tempatan tetapi memiliki ciri-ciri antarabangsa. Itu kelebihan filem Tujuh.” – Raja Mukhriz
Banyak perkara mistik berlaku ketika penggambaran.
PENGARAH Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin mengakui ganguan mistik ketika pengambaran filem Tujuh menjadi antara faktor ia lewat ditayangkan.
Meskipun kurang mempercayai perkara-perkara misteri, Raja Mukhriz berkata ia dapat dirasai oleh para pelakon dan kru.
“Bukan sahaja isu teknikal menyebakan filem ini lambat (ditayangkan), tapi memang ada perkara-perkara yang menyeramkan berlaku.
“Artis banyak alami…mereka nampak macam ada ‘benda’,” katanya kepada mStar Online.
Tujuh merupakan antara filem pertama arahan Raja Mukriz
Raja Mukhriz ditemui pada malam gala filem tersebut yang turut yang berlangsung baru-baru ini.
Leave a Reply