Huh, kalau ditanya pencipta facebook confirm semua boleh jawab punya. Mark Zuckerberg yang sudah tidak asing lagi dalam dunia maya ini. Yelah, minggu ini (mungkin bulan ini) masih lagi orang memperkatakan tentang gadget terkini iaitu Iphone 5 yang baru sahaja di lancarkan beberapa hari yang lepas.
Siapa Jack Dorsey?
Jom kita kenali lebih rapat lagi mengenai owner twitter.
- Dia merupakan seorang jurutera perisian komputer dan ahli perniagaan terkenal.
- Jack juga merupakan pengarah eksekutif kepada sebuah syarikat telekomunikasi pra-bayar yang dikenali sebagai Square.
- Jack dilahirkan pada 19 November 1976. Beliau membesar di St. Louis, Missouri. Semenjak berusia 13 tahun, Jack mempunyai minat mendalam terhadap teknologi perkongsian maklumat.
- Graduan dari New York University ini mula mendapat idea untuk mencipta laman Twitter hasil inspirasi dari teman sesawang, blog, Live Journal dan perisian perbualan, AOL Instant Messenger. Dia menghasilkannya supaya pengguna mampu berkongsi mesej pendek dengan orang ramai secara serentak.
Inilah bagaimana, satu gambaran awal yang terlintas di kepala Jack Dorsey ketika baru nak draft sebelum dibuat twitter ini. Nampak lain, draft pertama pada tahun 2000.
Sejarah penubuhan twitter.com.
Twitter ini mula beroperasi secara rasminya pada tahun 2006. Takdalah lama sangat kan? dan juga pernah mengalami jatuh bangun dalam menaikkan jenama twitter ini. Sebenarnya bukan jenama twitter yang menaikkan nama twitter ini, ada applikasi lain membantu twitter untuk memaksimukan penggunannya. Kiranya twitter menjadi alat penghubung terpantas melalui pesanan yang ringkas ( 140 chacracter dalam satu tweet).
Yang menjadi penolongnya ialah link2 pendek, Twitter pic, Twitter Fan Wiki, Twitdom, Twapps, Twitstat, and TwitTown. Dan macam-macam lagilah, memang sekarang nie dah banyak applikasi twitter nih.
Sebelum dipanggil twittter, ia dipanggil “twttr” lebih ringkas namanya. Logonya bukan yang sekarang , lain, logonya warna hijau. Macam gambar dibawah tue.
Design pertama twitter.
Dibawah ini ialah bagaimana timeline dia punya first design ketika baru launch gitu.
Apa yang korang rasa kureng dengan twitter nih??
Mungkin character terlalu pendek dalam sekali tweet, tetapi ada sebab kenapa dia buat pendek jer. Disebabkan nak laju loading site, ringkas dan padat. Hargai space yang ada tue, jangan duk membazir, hehe.
Jangan lupa follow ceo twitter @jack, merajuk dia nanti. Aku pun sama , jangan lupa follow @zikrihusaini
Ada sesiapa faham, bila gambar nie keluar time korang main tweet2x nie??hehe
Sumber wikipedia, twitter jack, media bistro
Nice review Zik.
At least NG mula kenal dengan Jack Dorsey.
NG suka draft dia. Sebenarnya projek2 NG bermula dengan draft yang simple2.
Hahaha. faham dengan maksud gambar di atas. π
nanti NG ada projek baru cubalah upload kat blog.. manalah tahu boleh tercertus satu innovasi..
Saya suka mengunakan Twitter kerana mesej tweet nya pendek dan padat.
cepat dan pantas.. biasa guna shortform jer.. huhu
baru tau pasal ni. rupanya macam tu wajah asal twitter. patut ada movie pasal twitter yg sama mcm facebook π
pasal movies tue tak tahu lah pulak..hehe
twitter satu fenomena yang memajukan lagi sosial network
twitter lagi pantas dia punya notification..
memang menggila main twitter ni.. eh cam permainan pula
macam main games lah ek.. main gila2 sampai over limit…
gambar ikan paus kena dodoi kohkohkoh π
hehe.. dah lebih limit maknanya…
Tweet bila malas update status di Facebook π
dekat twitter takda member yang selalu connect.. sedey.. adapun kebetulan jer..
Artikel inspirasi. Pengajaran daripada artikel ini ialah sentiasa hasilkan sesuatu yang ringkas dan padat. π
betul tuh bro… ringkas tetapi padat
Pertama kali tahu siapa pencipta twitter ni… π
dapat tahu sikit2 pun ok dah…hehe
salam..
oooo..ini penciptanya ye..?
alahai,memang low profile
betul la dia..huhu..
saya sampai sekarang tak
tahu guna Twitter..tahu ping
je..lepas tu..buat dek je π
lebih kurang saya jer bang zul..huhu
Bagus juga bagi blogger yang banyak menggunakannya. Perkongsian info terbaik thks…
untuk traffic, dan juga boleh tahu apa2 info dengan lebih pantas dari fb..
gambar tu aku x faham, maksudnya apa yer
Gambar ikan paus tu akan keluar apabila twitter overloaded, terlalu banyak bebanan pada server atau rangkaian twitter sehingga tidak dapat menampung keperluan user yang ingin menulis status di twitter.
aku dah daftar twitter ni
tapi tak tahu nak guna dan tak tahu nak buat apa
haha
aku punya twitter pun buat ade2 je
info menarik…mereka ni kreatif betul mencipta sesuatu yg org akan suka
twitter lama x buka lupa password yahoo, bila reset password twitter, yahoo pula x boleh buka..
tak lama lagi dia pun akan terkenal macam CEO fb tu~
twitter dah ade 2 tahun tapi xpenah tweet ape2 pun..hehe..
Twitter!!!
Sy xreti guna sgt psl xde friends sgt pun kat situ haha
Sy guna utk dptkan news n updates je ekekekee~
lg plak ramai artists yg sy suka guna twitter walopun skrg sy wat dekkk je kat twitter
Xbes bila xde geng sgt~
Jack Dorsey HANDSOME! Huehueheu
Baru saya tahu twitter ni baru 6 tahun rupanya, ingat lama sudah. Tapi rasanya memang betul la. Twitter ni buat dia famous sebab application. orang tak berapa suka tweet guna web. Besa orang tweet guna smartphone. Yang penting twitter lagi best dari facebook.