Mamak Cupcake yang dibintangi oleh Shaheizy Sam,Siti Saleha, Maria Farida, Azad Jazmin dan ramai lagi baru-baru ini.
Dah lama tak tengok Shaheizy Samdi layar filem. Aku pun dah lama tak ke pawagam sebenarnya, hehe. Mungkinkah filem ini bakal menaikkan kembali aura populariti Sam yang dirampas oleh yeron ajiz?? Agaknya jerla huhu. Manalah kita tau, kan? Sama-sama kita tengok nanti. Dalam filem Mamak Cupcake ini,watak Shaheizy Sam ini bercinta dengan watak Siti Saleha.
Sinopsis:
Filem ini cerita belah utara sana naa, tentang seorang anak jati Penang berketurunan Mamak iaitu MJ yang dibintangi oleh(Shaheizy Sam) yang mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yangsangat berbeza dimana MJ amat meminati pembuatan kek cawan atau cupcake.
Malangnya, impian mj nih terhalang kerana terpaksa bertarung hasrat bapanya yang menginginkan beliau untuk mewarisi perniagaan tradisi keluarganya. MJ hampir berputus asa sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang gadis iaitu Juliana (Siti Saleha) yang mengembalikan semangat beliau. Itu yang dia punya semangat kasi up balik tuh. Tuh dia naa!!. Cerita nih ala-ala muzikal pun boleh jugak. Tapi tak banyaklah.
Jadi, yang mana satukah pilihan MJ? Adakah MJ akan terus meneruskan perjuangan beliau demi minat ataupun meneruskan tradisi turun temurun perniagaan keluarganya?
So dia kena fight dalam satu pertandingan buat cupcake so kat situlah unsur-unsur humor yang ditunjukkan memang kelakar. Haha. Apepun korang kena tengok sendirilah cerita nih. Sebelum dia masuk pertandingan macam-macam dugaan yang dia hadapi. Biasalah kan, hero kalah dulu. Himdunstan gitu. Chowww.
Nantikan kesudahan filem Mamak Cupcake yang bakal menemui andatidak lama lagi.
Hoho..
Kene tengok ni. Cam best je.
suak juga layan cerita melayu yang lawak ni heee
Lama jugak tak tengok cerita melayu. Asyik tengok crite org puteh je.
Cerita ni quite nice – tapi cupcake tu yg paling menarik hati! 😀