Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / AFC / Senarai penuh 26 pemain kempen kelayakkan piala dunia pusingan 1

Senarai penuh 26 pemain kempen kelayakkan piala dunia pusingan 1

Zik · May 17, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

harimau malaya, harimau,

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe membuat kejutan apabila menggugurkan 11 pemain termasuk kapten, Zaquan Adha daripada menyertai kem latihan sebagai persediaan menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan media berkata jurulatih berusia 51 tahun itu mengekalkan 14 daripada 25 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat sebelum ini, bagi menghadapi Piala AIRMARINE 2019.

Selain penyerang Kedah itu, tiga lagi pemain skuad naib juara Piala AFF 2018 iaitu penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United), Nazirul Naim Che Hashim (Perak) dan Ahmad Hazwan Bakri (Johor Darul Ta’zim) turut digugurkan.

Tujuh lagi pemain yang digugurkan adalah Rizal Ghazali (Kedah), Abdul Latiff Suhaimi (Selangor), Hadin Azman (Felda United), S. Kumaahran (JDT II), Hafiz Ramdan (PKNP FC), Firdaus Saiyadi (Perak) dan Nicholas Swirad (PKNS FC).

Berikut senarai nama 26 pemain dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 27 Mei 2019.

Johor DT – 9 Pemain
Pahang FA – 5 Pemain
Selangor FA – 4 Pemain
Perak FA – 4 Pemain
PKNS FC – 2 Pemain
Kedah,KL – 1 Pemain

Persiapan menghadapi :-

Malaysia v Nepal(2/6/2019)
Perlawanan persahabatan antarabangsa

Malaysia v Timor Leste (7/6/2019 dan 11/6/ 2019)
Pusingan 1Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023

senarai pemain harimau malaya

Sebagai ganti, Cheng Hoe memanggil enam pemain yang terlibat dalam kempen Kelayakan Kejuaraan Bawah 23 (B-23) AFC 2020, Mac lepas iaitu empat pemain JDT – Safawi Rasid, Akhyar Rasid, Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan serta Syahmi Safari (Selangor) dan Faisal Abdul Halim (Pahang).

Turut disenaraikan kembali selepas tiada dalam skuad Piala Airmarine 2019 adalah penjaga gol Farizal Marlias, Adam Nor Azlin dan Syafiq Ahmad (JDT) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak).

Dua muka baharu dipanggil bagi melengkapkan senarai 26 pemain ke kem latihan pusat yang akan bermula 27 Mei ini, ialah pemain berdarah campuran dari JDT iaitu La’Vere Corbin-Ong dan Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC).

Selepas itu coach Tan Cheng Hoe akan menyenaraikan 23 pemain terakhir dipilih bagi kelayakan Piala Dunia #WCQ dan #AsianCup2023. Siapa pemain pilihan anda? ?? #KamiTeamMalaysia

senarai pemain dan posisi

 

Skuad Harimau Malaya yang menduduki ranking ke-168 dunia akan menentang Nepal (161) dalam satu aksi persahabatan pada 2 Jun, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 malam.

Daripada perlawanan itu, tiga pemain akan digugurkan bagi memuktamadkan senarai akhir 23 pemain yang akan menghadapi Timor Leste pada 7 Jun dan aksi tempat lawan pada 11 Jun.

Kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sepak mula kedua-dua perlawanan pada 8.45 malam.

Jika berjaya mengatasi Timor Leste, skuad Harimau Malaya akan layak ke Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 membabitkan 40 pasukan terbaik Asia, yang dibahagikan kepada lapan kumpulan (lima pasukan setiap kumpulan) dan akan berlangsung selama sembilan bulan untuk 10 hari perlawanan dari 5 September 2019 hingga 9 Jun 2020.

– Bernama

Share this on WhatsApp

AFC, AFC CUP, Sukan senarai 26 yang dipanggil untuk skuad kebangsaan kelayakkan piala dunia 2022, Senarai penuh 26 pemain kempen kelayakkan piala dunia pusingan 1

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.