Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA DUNIA / Cheng Hoe gembira pemain kerja keras sehingga ke akhir perlawanan- kelayakan piala dunia 2022

Cheng Hoe gembira pemain kerja keras sehingga ke akhir perlawanan- kelayakan piala dunia 2022

Zik · Jun 17, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

tan cheng ho,

Biarpun kita dah tidak layak untuk mara, tetapi game yang last ini penting untuk semua untuk naikkan semula morale semua pemain dan juga jurulatih untuk meneruskan kemaraan dalam pusingan ketiga dalam kempen piala asia 2023, china sebagai tuan rumah.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe gembira, atas kerja keras dan kemenangan 1-0 anak buahnya ke atas Thailand dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, pada Selasa Malam (awal pagi Rabu di Malaysia).

Cheng Hoe memuji prestasi baik dan komitmen pemainnya atas kejayaan mendapat tiga mata dalam perlawanan hidup atau mati menentang pasukan Thailand itu, sekali gus memastikan pasukan negara mendapat tempat dalam pusingan selanjutnya pada Kelayakan Piala Asia 2023.

“Ia tentunya satu perlawanan yang sukar untuk kami, pemain berusaha bermatian bagi mengelakkan Thailand menjaringkan gol sehingga ke saat pengadil meniupkan wisel (penamat),” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Dubai seperti yang dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Muhammad Safawi Rasid yang masuk pada separuh masa kedua menjadi wira Harimau Malaya, apabila beliau menjaringkan satu-satunya gol, menerusi sepakan penalti pada minit ke-52.

Gembira tetapi peluang terhidang gagal dapat gol , harapkan jenalti.

Namun walaupun menang, jurulatih berusia 53 tahun itu agak kecewa kerana beberapa peluang yang terbuka, gagal disempurnakan pemainnya bagi mendapatkan permainan lebih selesa terhadap pasukan dibimbing Akira Nishino itu.

Kemenangan ini merupakan yang kedua bagi Cheng Hoe ke atas Thailand, dan menjadikan perlawanan tanpa kalah terhadap Gajah Perang kepada empat perlawanan, sejak mengambil alih tugasnya pada Disember 2017.

Dalam masa yang sama, Cheng Hoe percaya yang pemainnya dapat pengalaman berguna dan belajar berikutan kegagalan mereka untuk layak ke Piala Dunia 2022, namun bekas jurulatih Kedah itu berazam untuk kembali dengan lebih kuat, bagi menghadapi cabaran pusingan selanjutnya kelayakan Piala Asia 2023.

Sementara itu Muhammad Safawi amat gembira melihat usaha rakan sepasukannya dengan bermain sepenuh mati bagi memastikan Harimau Malaya mengaum semula, dan menghidupkan semula impian Piala Asia 2023 mereka.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan G, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menamatkan musim tanpa kalah Vietnam, selepas mereka menang ke atas pasukan itu 3-2 di Stadium Zabeel. Pada perlawanan pusingan pertama, UAE mendapat tempat ke 4, naik tempat kedua, last game terus ke tempat pertama beb.

Malaysia menamatkan kempen kelayakan dalam Kumpulan G di tempat ketiga dengan 12 mata, dengan UAE teratas dengan 18 mata dan Vietnam kedua (17 mata). Thailand di tempat keempat dengan sembilan mata, manakala Indonesia yang hanya memperolehi satu mata, menduduki tempat tercorot.

credit to bernama.

 

Share this on WhatsApp

PIALA DUNIA, Sukan Cheng Hoe gembira pemain kerja keras sehingga ke akhir perlawanan- kelayakan piala dunia 2022

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.