Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / JDT perlu bertanggungjawab prestasi hambar Safawi

JDT perlu bertanggungjawab prestasi hambar Safawi

Zik · Jun 29, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

datuk jamal nasir

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail mengatakan dengan tegas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan skuad Harimau Malaya tidak wajar dipersalahkan susulan kemerosotan prestasi Safawi Rasid.

Oleh yang demikian, Jamal tidak bersetuju dengan kenyataan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa prestasi Safawi merudum kerana latihan intensiti rendah bersama skuad kebangsaan ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebelum ini.

Sebaliknya, bekas pemain kebangsaan itu menjelaskan semua kelab, bukan sahaja JDT perlu menyalahkan diri sendiri sekiranya pemain mereka yang dipanggil mewakili skuad kebangsaan gagal mempamerkan persembahan cemerlang.

“Tugas FAM adalah membentuk pasukan untuk bertanding di peringkat antarabangsa, bukan tugas mereka membuat latihan yang intensiti rendah atau tinggi. Saya bercakap berdasarkan pengalaman sebagai bekas pemain, pengurus pasukan dan pengurusan dalam persatuan bola sepak.

Untuk persefahaman pemain dan bagi kelayakan Piala Dunia baru-baru ini Harimau Malaya tidak cukup masa terutama kerana COVID-19.

“Saya tak menyalahkan FAM kerana mereka hanya memilih pemain terbaik dari kelab untuk mewakili negara. Jadi, kalau pemain bermain tak bagus, jangan salahkan bahawa latihan FAM tak betul.

“Lahirnya seseorang pemain adalah dari kelab bukan FAM. Saya cakap fakta, saya tak cakap suka-suka. Bukan saya tak suka TMJ (Tunku Ismail) atau JDT, tidak. Saya komen dari segi kenyataan, yang mesti kita terima hakikat,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Selain itu, Jamal menganggap punca utama kemerosotan prestasi Safawi adalah disebabkan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu tidak mendapat minit permainan yang kompetitif mencukupi.

Beliau turut menyifatkan tindakan JDT meminjamkan Safawi ke kelab Portimonense sebelum ini juga sebagai satu kerugian selepas dia tidak beraksi sebarang perlawanan dalam Liga Portugal.

“Bola sepak memerlukan minit permainan dan perlawanan kompetitif. Kalau setakat pergi (ke Portugal) untuk berlatih tiada guna, ia memberi kesan (kepada persembahan pemain) kerana bola sepak ini seni.

“Safawi merosot bukan sebab siapa-siapa, dia merosot sebab tak cukup permainan kompetitif. Kalau kerana kecederaan, kita sudah ada doktor dan fisioterapi pasukan untuk memastikan sama ada dia layak atau tidak untuk dibawa (bersama pasukan),” katanya.

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan JDT perlu bertanggungjawab prestasi hambar Safawi

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.