Satu lagi perkembangan positif buat bola sepak Malaysia apabila negara berjaya melonjak ke kedudukan kesembilan Asia dalam ranking MA Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Berdasarkan kemas kini terbaharu yang dilaporkan oleh Footy Rankings pada 30 Oktober 2026, Malaysia kini mengumpul sebanyak 44.462 mata, sekali gus naik satu anak tangga dan memintas Uzbekistan untuk berada dalam kelompok 10 negara terbaik di Asia.
Peningkatan ini pastinya menjadi perkembangan membanggakan buat bola sepak negara, terutama dengan kehadiran wakil Malaysia yang sedang bersaing dalam kejohanan peringkat kelab Asia musim 2026/27.
Ketika ini, Malaysia mempunyai dua wakil yang membawa cabaran negara di pentas Asia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan Kuching City FC dalam Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL2). [Read more…] about MALAYSIA LONJAK KE TANGGA KE-9 ASIA, KINI DALAM KELOMPOK 10 TERBAIK AFC!


