Berikut senarai nama 26 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Ahad ini, 3 November 2019.
Ia bagi persiapan menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Tajikistan pada 9 November 2019 (Sabtu) dan seterusnya dua aksi Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand pada 14 November 2019 (Khamis) dan menentang Indonesia pada 19 November 2019 (Selasa), ketiga-tiganya berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
MALAYSIA VS TAJIKISTAN 9 NOVEMBER 2019
MALAYSIA VS THAILAND 14 NOVEMBER 2019
MALAYSIA VS INDONESIA 19 NOVEMBER 2019
BIL | NAMA | UMUR | POSISI | PASUKAN |
1. | MOHD FARIZAL MARLIAS | 33 | PENJAGA GOL | JOHOR DARUL TA’ZIM |
2. | ADAM NOR AZLIN | 23 | PERTAHANAN | JOHOR DARUL TA’ZIM |
3. | MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK | 32 | PERTAHANAN | JOHOR DARUL TA’ZIM |
4. | LA’VERE CORBIN-ONG | 28 | PERTAHANAN | JOHOR DARUL TA’ZIM |
5. | MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA | 22 | TENGAH | JOHOR DARUL TA’ZIM |
6. | MUHAMMAD SAFAWI RASID | 22 | SAYAP | JOHOR DARUL TA’ZIM |
7. | MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID | 20 | SAYAP | JOHOR DARUL TA’ZIM |
8. | MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD | 24 | PENYERANG | JOHOR DARUL TA’ZIM |
9. | MOHD AFIQ FAZAIL | 25 | TENGAH | JOHOR DARUL TA’ZIM |
10. | MUHAMMAD SYAZWAN ANDIK MOHD ISHAK | 23 | SAYAP | JOHOR DARUL TA’ZIM |
11. | MATTHEW DAVIES | 24 | PERTAHANAN | PAHANG |
12. | MOHAMADOU SUMAREH | 25 | SAYAP | PAHANG |
13. | MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH | 24 | TENGAH | PAHANG |
14. | NORSHAHRUL IDLAN TALAHA | 33 | PENYERANG | PAHANG |
15. | SHAHRUL MOHD SAAD | 26 | PERTAHANAN | PERAK |
16. | NAZIRUL NAIM CHE HASHIM | 26 | PERTAHANAN | PERAK |
17. | BRENDAN GAN | 31 | TENGAH | PERAK |
18. | MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI | 25 | PENYERANG | PERAK |
19. | MOHD IFWAT AKMAL CHEK KASSIM | 23 | PENJAGA GOL | KEDAH |
20. | BADDROL BAKHTIAR | 31 | TENGAH | KEDAH |
21. | MUHAMMAD FARHAN ROSLAN | 23 | SAYAP | KEDAH |
22. | MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID | 30 | PENJAGA GOL | SELANGOR |
23. | MUHAMMAD SYAHMI SAFARI | 21 | PERTAHANAN | SELANGOR |
24. | DOMINIC TAN JUN JIN | 22 | PERTAHANAN | POLICE TERO FC |
25. | MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM | 22 | TENGAH | FELDA UNITED |
26. | MOHD AZZIZAN NORDIN | 25 | TENGAH | SABAH |
Kekal 19 pemain, 4 pemain digugurkan. 7 pemain senarai baru.
Daripada senarai di atas, Cheng Hoe mengekalkan 19 pemain dari skuad 23 pemain yang tewas 1-0 kepada Vietnam pada perlawanan ketiga Kumpulan G di Hanoi, 10 Oktober lalu.
Ia menyaksikan empat pemain digugurkan iaitu penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), pemain pertahanan, Irfan Zakaria (Kuala Lumpur) serta dua pemain tengah, Akram Mahinan (PKNS FC) dan Abdul Halim Saari (Selangor).
Bagi melengkapkan senarai 26 pemain kali ini, Cheng Hoe telah memanggil seramai tujuh pemain baharu termasuk Nor Azam Abdul Azih (Pahang) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak) yang sebelum ini tercicir daripada senarai akhir 23 pemain ke Hanoi kerana kecederaan.
Lima lagi pemain baharu yang lain terdiri daripada dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) – Afiq Fazail dan Syazwan Andik Ishak serta tiga pemain Kedah – Baddrol Bakhtiar, Farhan Roslan dan penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim.
Sementara itu, enam pemain diletakkan dalam senarai bersedia jika ada mana-mana dalam kalangan 26 pemain di atas disahkan mengalami kecederaan iaitu Irfan dan Akram serta penjaga gol, Haziq Nadzli (JDT), Rizal Ghazali (Kedah), J Partiban (Perak) dan Jafri Firdaus Chew (PKNS FC).
Para pemain akan melapor diri pada Ahad, 3 November 2019, kecuali pemain yang terlibat dengan Final Piala Malaysia 2019 pada Sabtu ini, 2 November 2019 hanya akan melapor diri pada Isnin, 4 November 2019.
Leave a Reply