

Layan sajak pulak, hari jumaat nih.
Kota kemerdekaan...
Yang telah nenek moyang kita bina selama ini, adakah ia masih gah dan kukuh apabila anasir luar datang menerpa...
Apakah kita sudah lupa bagaimana nenek moyang kita bermati-matian demi kota kemerdekaan yang diidam-idamkan...
Kota kemerdekaan..
Sudah 54 tahun kita kecapi kemerdekaan, bersyukurlah dengan segala apa yang kita ada sekarang ini. Cari lagi batu bata, dan tanamlah tiang konkrit untuk perkukuhkan lagi kota ini.
Bebas dari fizikal, pemikiran,radikal dan segala macam bentuk penjajahan psikologi. Kota ini harus diperkukuhkan lagi, bukan diruntuhkan lagi.
Kota kemerdekaan....
Cabaran sebagai anak merdeka harus disambung dan tadah tangan doaku masih lagi ku buat demi agama, bangsa dan negara...
Namun, kota kemerdekaan dilihat semakin rapuh dan kian retak... kerana kesilapan sendiri, kealpaan, dan ketamakkan harta yang menggalak mata.
Kota kemerdekaan ini ...
Ikrar akan ku pertahankan biarpun nyawa ini harus ku pertaruhkan...
credit picture to : husin lampoyang
salam..
selamat menyambutnya dengan
penuh rasa bangga dan semangat
kemerdekaan..sayangi dan hargai
nilai kemerdekaan ini..
selamat hari kemerdekaan
sama2 kita jaga dan isi dengan bunga2 cinta suci
sajak yg mantop di tgh2 perdebatan yg panazz tentang siapa pejuang kemerdekaan yg sebenar..=)
mula rindui bait2 sastera masa bgku sekolah
selamat hari merdeka bro π
Terbaik Bro..
Merdeka pada lahirnya tapi pada mentalitinya masih ramai yang dijajah..
salam..
duhai merdeka satu perkataan yg mudah d lontarkan..
tapi tak mudha utk memerdekakan bumi malaysia..
harap anak2 bangsa kita bijk hargai merdeka itu sndri.
slgi hayat d kandung badan slgi tu kita msh pewaris ini
Bro, hantar majalah bro. Mana tahu disiarkan pula. Syaratnya, jangan publish di blog dulu sebelum publish di media π
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Bro..
Semoga kemerdekaan pada kali ini membawa tuah kemakmuran kepada negara yg tercinta ini..
dulu, teringin jadi askar..
Satu sajak deklamasi yang sangat bermanfaat bagi peringatan muda-mudi masa kini yang masih dijajah fikirannya
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Semgat ni ehhh... Tahun ni perayaan Hari Kemerdekaan pada 16hb Sept 2011.
Budak UPSR, abis exam terus jerit MERDEKA! π
Btw, boleh tahan sajak ehhh...
Eh jap, ak dah komen blum post ni
rasa mcam dah, tpi cek belum lagi
Xpelah komen sekali lagi π
Sajak ni mmg sedap dibaca
rasa lebih bersemangat utk berblog pula
wlupun seblum ni semangat merundum
belum lagi ... hari tuh delegasi jer.. yang ini sajak.. sebab nya aku letak gambar atas tuh sama...hehe
merdeka taun ni penuh dengan politik kotor..macam dah dijajah semula..
selamat hari kemerdekaan. Moga malaysia bertambah maju dan aman sejahtera.
Merdekakah diri kita yek????
Merdeka kah kita? Masih lagi bergantung barangan keluaran negara barat kerana barangan keluaran negara islam masih lagi kurang