Salam sejahtera. Lagi beberapa hari sahaja lagi. Kita akan menyambut bulan kemerdekaan. Disini ada sebuah sajak hasil dari nulkilan sendiri. Semoga kemerdekaan tahun ini dan seterusnya lebih bermakna buat kita semua.
Apa ertinya merdeka.
Merdeka, merdeka, merdeka!!
Adakah hanya dengan sekadar laungan kita merdeka?
Hari ini, pemikiran anak-anak muda masih dijajah,
Penampilan, sosial , ekonomi, pemikiran, agama,
Walaupun kita sudah merdeka pada lahirnya,
Namun pada zahirnya tidak sama sekali,
Kes buang anak sana sini, main mercun sampai putus jari, terkorban nyawa, itu merdeka namanya? apa kejadahnya?
Siapa yang harus dipersalahkan?
Ibu bapa, guru, ustaz, ataupun pemimpin?
Sedarlah wahai anak bangsaku, masih belum terlambat untuk kita melakukan sesuatu
Ingatlah jasa pejuang orang terdahulu bergadai nyawa demi kesenangan generasi hari ini
Bersyukurlah nikmat keamananan yang kita kecapi,
Mampukah kita mereliasisasikan Wawasan 2020?
Perjalanan ini masih terlalu jauh…
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
eyra says
sama lak tajuk entri hahaha
Zik says
erm betul tuh… takpe.. isi lain.. .tapi motif sama… hehe
zulkbo says
salam zik..
ermmm..rasanya kemerdekaan
dalam realiti diri yang sebenar
jauh lagi..kita lihat lah kesepakatan
antara kita bangsa melayu pun jauh
menyimpang..berpuak2..kau ,aku..
aku,kau… :sick:
Zik says
banyak perkara harus dilakukan…
syahrilhafiz says
errk bro..
aku rasa tahun ni tak bape meriah ar merdeka..
macam lebih kurang je nak sambutnya..entah lah kenapa???
Zik says
puasa kot… hehe..
kulanz says
kadang tu boleh nampak jelas yang merdeka cuma negara (tanah dan air) yang tak tahu apa2.. tapi pemikiran masih lagi tak merdeka..
Zik says
yup pemikiran yang masih ditakuk lama…
khairolghani says
entahla zik..tak tahu nak kata dah merdeka ke belum..negara je merdeka,orang2nya belum merdeka..
Zik says
orang2 nya merdeka sekadar laungan je bro..huhu
RasaHatiku says
Salam Kemerdekaan.
Usia kemerdekaan kita baru satahun jagong.
Kita begitu cepat ‘menyerap’ budaya luar yang tidak menampakkan kemerdekaan yang kita kecapi.
Gejala sosial yang berleluasa begitu membimbangkan, bimbang tiada pelapis yang akan mempertahankan kemerdekaan kita ini. Negara kita juga nampaknya begitu mudah diperlekehkan oleh segelintir rakyat asing.
Moga kemerdekaan ini berkekalan…
TQ
Zik says
nampak selaku orang muda..insyallah akan mengambil tugas2 mereka apabila sudah tiba masanya…
zoul says
Kalau dulu kita merdeka cuma pada zahirnya sahaja tapi kini… batin dan zahir kita pun tak merdeka… hrmmmm
Zik says
macam2 hal dah berlaku… batin pun dah tak merdeka…
etomyam says
dah dekat sangat rasanya tu tahun 2020… kalau tengokkan situasi semasa ni..hmm
Zik says
agak susah juga nak archive target wawasan 2020 tuh… tinggal harapan lah jawabnya??
ishak says
salam merdeka zik..merdekanya kita harus zahir dan batin..semuanyalah harus merdeka…
Zik says
yeah betul tuh bro…. semakin sukar untuk kita mengejar erti kemerdekaan sekarang nie… semacam hanya sekadar laungan…
tehr says
datuk nenek bergadai nyawa nak bagi senang anak cucu
anak cucu pula bergadai nyawa nak bagi susah hati mak bapak
…hanya tahu sebut merdeka tapi tak tahu nak mengejanya!
[merdekanya budak2 sekarang bila jauh dari pandangan ibu bapa]
Zik says
huh betul ….. budak2 nie merdeka bila ibu bapa takda..sama jugak ..bila cikgu tak masuk kelas…. riuh rendah..hehe
hyprobulksms says
Pada saya kita sudah merdeka, kalau ada yang rasakan kita belum merdeka… sebenarnya dirinya yang masih belum merdeka.
Seperti dalam entri bro, siapa yang patut dipersalahkan? Ibu bapa, guru, ustaz, ataupun pemimpin?
Kita ambil yang majoriti dulu.. guru dan ustaz itu adalah minority,.. kurang kesalahan dari mereka.
Yang paling salah adalah bukan dari senarai di atas, terus terang saya katakan agen hiburan yang paling membimbangkan. TV3 contohnya,. terlalu sedikit kebaikkan dan faedah yang diberi jika nak banding dengan dakyah dan kesesatan yang mereka taburkan. Tak percaya?
Selagi mata kita disajikan dengan aurat yang terdedah sana sini, selagi itu pergaulan bebas berleluasa. Orang TV3 memang tak senang dengan statement ni. School Attack yang diterbitkan TV3, sudah menyuntik pergaulan bebas dikalangan murid kecil. Siapa nak sangkal?
Sebenarnya liberalism yang ditanam oleh pelopor media massa yang masih menjajah diri kita. Nak Malaysia lebih baik dari sekarang? Bukan politik penyebab utama. Hiburan yang menjadi puncanya.
Saya salahkan media! walaupun tak elok menuding jari.. “kata orang “wajib” lihat diri sendiri dulu baru kata orang lain” tetapi saya tetap nak menyalahkan media. khususnya program-program yang mengajar pergaulan bebas secara tidak lansung.
Harap comment ni approve ya bro Zik, saja nak lepas perasaan geram ni 😎
Zik says
ok mesti aprrove punya… komen yang cukup bagus nie bro..
Zam Alkangsari says
Merdeka kita hanya pada nama
Yang nyata, kita terjajah dan terus terpenjara di minda
Dengan ideologi dan pengaruh negara berkuasa
Demi memastikan kita terus lena
Agar mereka dapat terus meletakkan kita dalam penjara…
Negara merdeka adalah apabila kita dapat melaksanakan kuasa dengan cara kita sendiri
Tetapi lihatlah, kita masih mengikut cara mereka
‘Pecah dan Perintah’
Itulah yang dapat aku perhatikan dalam merdekanya Malaysia
Zik says
kira macam hamba diaorang juga… still follow kehidupan dan cara hidup orang barat…
Sir Marcello says
aku masih belum lagi tergerak nak menulis pasal kemerdekaan…cam malas jer…hohoho
Zik says
take time bro…
mijie says
setiap tahun kita akan berjumpa hari kemerdekaan tapi adakah ada perubahan yang berlaku setiap tahun?
bebaskan diri menjadi orang yang merdeka
Zik says
tak berapa pasti apa perubahan yang kita nampak secara zahirnya…
Wan says
negara merdeka tapi minda masih terjajah
lihatlah gelagat generasi muda sekarang. merdeka jadi cam pesta plak
Zik says
definasi merdeka memang lain tuh…
zezebel says
Merdeka bagi budak-budak sekarang adalah bertemu pada malam 31 ogos sambil mengira detik2 merdeka. Selepas itu boleh enjoy lupa dunia. Itulah 31 ogos yang di ertikan sekarang.
Zik says
biasala budak2 muda…semua fikir pasal keseronokkan jerk…
Zik says
ok…mari kita semua berfikir..huhu
suri says
salam..
nama shja nrka tapi kbyakan dri kita mereka pd pkra yang lain..
khdupan smkin moden harga diri mkin kebwah..
lama-lama hbislah kita jika kita tdk bjak mggunakan masa dgn sbaik yang blh tkut nnti harta pusaka ngra tercinta mjdi milik yg lain pula..
MERDEKA!! :heart: MERDEKA!! :heart: MERDEKA!! :heart:
hafidz says
Bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan.
Dan bukan sukar untuk dijajah kembali.
Fahamilah erti kemerdekaan~
mancai says
selamat menyambut hari merdeka… memerdekakan diri bukan untuk negara tapi diri sendiri juga perlu… sekadar pendapat
wazy says
walaupun sambutan tahun ni di bulan puasa
mesti terasa bahangnya kan
merdeka!!! merdeka!!! merdeka!!!
ibnujusup says
macam biase je dengar ayat apekejadahnye… 🙂
aku tengok sekarang ni name je merdeka, tapi jiwa masih dipenjara…masih terkial2 mencari identiti…bukan nak menyalahkan sesiapa mahupun media, jatidiri haruslah kuat dan untuk menguatkannya haruslah dimulakan dirumah… ibu bapalah yang bakal mencetak pejuang2 masa hadapan… dengan menyayangi anak anda bererti anda menyayangi negara. moga masih ada harapan untuk wawasan 2020……