Layan sajak di hari kemerdekaan untuk tahun 2012, Kui-kui.Kali ini aku dapat jugak idea selepas untuk tajuk sajak janji ditepati. Hayati setiap perkataan, setiap orang punyai maksud yang lain. Tersurat dan tersirat.
Merdekakah kita??
Jika kita hanya melaungkan ucapan kemerdekaan setiap tahun, merdeka, merdeka?? Tanpa kita meresapi, apakah maksud kemerdekaan yang kita inginkan??
Merdekakah kita..
Jika kita mampu hafal dan menyanyikan lagu kemerdekaan yang tiap-tiap tahun ada sahaja lagu baru dibuat, macam-macam lirik dan lagu. Sejauh mana kita menghayati dan mempraktikan kemerdekaan yang kita capai selama ini??
Merdekakah kita??
Apabila kita melihat banyak bangsa lain lebih menguasai ekonomi dari segi peluang, Mereka semua jadi boss, kita ?? Hanya mampu jadi kuli di bumi tanah malaysia kita ini sendiri, aku akui sekarang bekerja di bawah kaum bangsa lain di bumi ini. Yang mampu kita lakukan hanya minta bantuan kerajaan??? Sedarlah wahai anak bangsa ku…
Bangsa kita yang hanya berjaya dibanggakan menjadi artis, itu semua yang dipuja-puja, mahu dijadikan idola?? Apa kejadahnya semua ini??
Merdekakah kita??
Apabila banyak masalah sosial yang melanda di negara kita, kebanyakkannya adalah bangsa kita sendiri, di dada akhbar, blog-blog hiburan, semuanya tentang anak melayu itu sendiri?? Tidak malukah kita???
Merdekakah kita??
Apabila kita kononnya bangga menjadi pemimpin yang cemerlang, tetapi ambil hak rakyat, ambil rasuah, beri rasuah, tipu sana ,tipu sana, guna media massa sebagai alat untuk menipu rakyat. Sedarlah wahai pemimpin, rakyat tidak bodoh lagi…
Ingatlah, janji yang ditepati yang harus dipikul bersama, jangan bermegah-megah dengan kemewahan yang kita kecapi hari ini, sebaliknya bersatu berganding bahu , tidak mengira apa fhaman sekali pun dalam meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita..
Merdekakah kita??
Kita belum merdeka dan benar-benar menghayati erti merdeka jika hanya kita datang dan lihat menyambutnya setiap tanggal 31 ogos setiap tahun, menyambutnya dengan berpesta menonton konsert merdeka, melihat bunga api berterbangan di udara sana sini.
Doa, sujud syukur, sembahyang hajat, bukankah itu lagi bagus.???
Sedarlah Perjuangan ini masih terlalu jauh, kita belum cukup matang dalam mengatakan kita sudah merdeka, kita masih dijajah dari segi pemikiran, ekonomi, dan…….
bergantung pada seseorang lah. ko dah merdeka lom? hehe..
Banyak lagi perlu kita usahakan untuk memerdekakan diri.
Merdeka minda dlm erti kata sebenar.
Terbaik zik!
merdekakan diri kita dari penjajahan moden.
yup betul tuh bro.,
skrg mcm lagi dijajah ada π
Bangsa Melayu belum merdeka sepenuh nya..sedih2.. π
selamat menyambut hari merdeka
masih belum merdeka dalam erti kata yang sebenar..
sgt subjektif…merdeka atau tidak kita kena tentukan hala tuju kemerdekaan yang kita nak cam mana…