Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Sajak merdeka 2015, Sehati sejiwa

Sajak merdeka 2015, Sehati sejiwa

Zik · Aug 6, 2015 · 3 Comments

Share this on WhatsApp

logo merdeka 2015, sehati sejiwa, logo merdeka sehati sejiwa 2015,Sejak merdeka kembali lagi untuk tahun 2015. Tema merdeka tahun ini ialah sehati sejiwa. Agak sukar sebenarnya untuk membuat sajak untuk tema sebegini. Maksud sehati sejiwa itu tampak terlalu abstrak untuk kita kembangkan menjadi satu baris ayat yang cukup bermakna untuk para pengkritik mencari apa maksud tersirat dan tersurat yang cuba penulis menyampaikannya.

Sejati sejiwa.

Kita menikmati erti kemerdekaan selama58 tahun ini, kita semua sepakat mengakui inilah kemerdekaan yang kita ucapkan, kita banggakan,

tetapi kita tidak tahu maksud sebenar apa itu kemerdekaan ?? Merdekah kita??

Sehati sejiwa

Kita bersama rasa, seia sekata, sependapat, saling menyayangi antara dua insan,

susah sama diharungi, manis sama dikecapi dan pahit maung sama dirasai.

Kita menghayati erti kemerdekaan mengharungi hari-hari mendatang tanpa kita sedari kita lupakan perjuangan nenek moyang kita…

Sehati sejiwa…

Ku lontarkan pertanyaan ini kepada diri ku sendiri..

Dimana bangsaku, dimana kedudukan ku, dimana agama ku, di mana rakan ku??

Aku yang berpijak di bumi malaysia seperti aku yang asing di bumi ini..

Laungan satu malaysia yang ku dengari selama ini.. adakah ianya benar-benar tercapai??

Sehati sejiwa…

Lautan api sanggup direnangi genggam bara sampai jadi abu, berpantang ajal sebelum maut, itulah nenek moyang kita yang sudah pun berkorban demi anak cucu kita..

Kitalah yang menikmati bersama-sama … ibarat menanam pokok durian yang bertahun-tahun menunggu hasil nya…

Sehati sejiwa…

Biarpun kita tidak sama fahaman, ideologi, agama, bangsa dan tidak satu tanah. Namun, kita semenanjung sabah dan sarawak mengakui inilah malaysia kita yang dibanggakan. 

Kita memerlukan diantara satu sama lain..

Kita tidak racist, kita tidak pilih kasih, kita sehati sejiwa…

Sehati sejiwa…

Janganlah kita robohkan kota kemerdekaan yang dibina selama ini… bersatu hatilah memacu perpaduan ekonomi negara kita…

Bersatulah kita semua mengembling tenaga, jangan biarkan anasir luar menjajah kembali negara kita.

Cukuplah kita semua dijajah oleh pemikiran dan fahaman luar yang kita tidak akan dapat merdekakan ianya kembali…

Sehati sejiwa…

Akhirnya aku mengalah… inilah negara kita, tidak mampu bertahan lagi…. kerana anak bangsa ku sendiri yang merobohkan sendiri istana kemerdekaan… 

S Suci
E Emosional
H Harum
A Amanah
T Tulus
I Ikhlas
D Dinamik
A Alim
N Naif
S Setia
E Egoistik
J Jujur
I Idealistik
W Warak
A Abadi

Kalau mahu aku buat lagi yang lain, kena share banyak-banyak entri nih. Cukup 100 baru aku buat. Huhu

Share this on WhatsApp

Akademik, Ekonomi, Motivasi contoh sajak merdeka sehati sejiwa, koleksi sajak merdeka, sajak merdeka, sajak merdeka 2015, sajak merdeka kreatif 2015, sajak merdeka sehati sejiwa, sajak merdeka tajuk sehati sejiwa, sajak merdeka zikri husaini

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Uncle Zuan says

    August 9, 2015 at 11:38 am

    yeahhh merdeka dah dekat

    Reply
  2. CINDY CHUA JIA XUAN says

    August 26, 2015 at 11:09 am

    bagusnya,sehati sejiwa!™

    Reply
  3. Azwans says

    October 5, 2015 at 8:38 pm

    Selamat Hari Merdeka. Salam Sehati Sejiwa.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.