• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Cara nak memohon MRSM Tingkatan 1 2012, lepasan UPSR 2011

Cara nak memohon MRSM Tingkatan 1 2012, lepasan UPSR 2011

Zik · Nov 18, 2011 · 7 Comments

Share this on WhatsApp

mara, mrsm 2012, kemasukkan mrsm tahun 2012, mrsm tingkatan 1 2012,

Tahniah buat pelajar UPSR yang mendapat kecemerlangan tahun ini. Yang kurang berjaya, jangan putus ada. Berita gembira buat mereka yang cemerlang , ingin belajar di MRSM (maktab rendah sains mara). Anda boleh memohon secara online. (senang sekarang nih, semua online jer! )

Bagi pelajar yang berminat hendaklah mendapatkan No Pin (kata laluan)  dari Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan SECARA PERCUMA.

Syarat-Syarat utama kalau nak dapat tempat di MRSM.

1.  Warganegara Malaysia
2.  Ibu dan Bapa Warganegara Malaysia
3.  Pelajar yang bersekolah: 

  • Bumiputera – Pelajar tahun Enam
  • Bukan Bumiputera – Pelajar yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan

4. Keputusan UPSR 2011

  • Semenanjung Malaysia : 5A
  • Sabah dan Sarawak : 3A 2B  (sekurang-kurangnya) 

5. Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 12 hingga 16 Disember 2011 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia. So, korang kena bersedia lah yer. (untuk semenanjung jer)

Download borang iklan :

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA TINGKATAN SATU TAHUN 2012 SEMENANJUNG MALAYSIA.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA TINGKATAN SATU TAHUN 2012 SABAH DAN SARAWAK

Syarat-syarat yang lain.

  1. Anda semestinya seorang yang aktif dalam kokurikulum dan juga akademik.
  2. Beberapa aspek lain yang akan diambil kira nanti ada dijadikan penilaian sebagai markah.
  3. Standby sijil-sijil penyertaan anda sepanjang sekolah dulu.

Untuk maklumat lanjut boleh lah ke laman utama MARA. Terima kasih mara, sponsor belajar diploma dan degree. Bayar jer belum habis lagi.

Tarikh tutup permohonan:

Tarikh tutup ialah 30 November 2011 dan due date tarikh nak kena hantar document, borang semua dan apa-apa sokongan dokumen yang berkaitan pada 5 December 2011. Selepas tarikh itu, surat menyurat tidak akan dilayan. Lu fikir lah sendiri !!

Kalau tak berjaya, untuk belajar di MRSM, jangan kecil hati dan berputus asa. Sekolah harian dan sekolah biasa tak juga kurang hebatnya. Ia adalah berkaitan dengan diri sendiri. Nak atau tidak belajar, itu jer.

Cikgu, hanya memberi tunjuk ajar, yang selebihnya usaha , kerjasaama antara rakan (study group) dan akhir sekali ialah tawakal. Insyallah.

Sumber mara.gov.my

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik borang masuk mrsm tingkatan 1 2012, borang MRSM lepasan UPSR 2011, borang nak masuk mrsm 2012, Cara nak memohon MRSM 2012, kemasukkan mrsm 2012, kemasukkan mrsm tahun 2012, lepasan UPSR 2011, mara, MRSM, mrsm 2012, mrsm tingkatan 1 2012, perkara asas yang perlu ada dalam mrsm, Permohonan kemasukan sekolah berasrama penuh MRSM 2012, syarat-syarat utama nak masuk mrsm 2012

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. yahya says

    November 18, 2011 at 5:08 pm

    Salam perkenalan,nanti boleh forward kat anak saudara maklumat mrsm

    Reply
  2. tehr says

    November 18, 2011 at 10:01 pm

    minggu pertama cuti ni aku perlu urus pulak budak2 yang mahu ke sekolah pilihan khas dan kelas rancangan khas
    yang ni tiada permohonan online

    Reply
    • Zik says

      November 19, 2011 at 1:36 am

      owh permohonan manual lah…

      Reply
  3. b3njy says

    November 19, 2011 at 12:12 am

    Semoga adik2 yang lulus cemerlang dapat memasuki MRSM … betul tu Zik sungguh mudah hanya on-line je …

    Reply
  4. titan says

    November 19, 2011 at 12:55 am

    budak-budak upsr kena download nih..hehe..

    Reply
    • Zik says

      November 19, 2011 at 1:35 am

      budak2 sekarang dah pandai… apa2 semua online.. ada juga mak bapak yang carikan

      Reply
  5. MDHAFiZ.NET says

    November 19, 2011 at 4:49 pm

    Semoga berjaya kpd semua yg apply nih… 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: