Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Borang permohonan MRSM tingkatan 4, 2013

Borang permohonan MRSM tingkatan 4, 2013

Zik · Sep 24, 2012 · 10 Comments

Share this on WhatsApp

mrsm, masuk mrsm 2013, download borang mrsm tingkatan 4 2013,

Ahaa. Kembali kepada pendidikan sekolah.

Berita baik buat pelajar-pelajar yang cemerlang tue, kalau korang rasa masa percubaan PMR hari tue boleh tahan, atau superb, apa salahnya mohon MRSM (Maktab Rendah Sains Mara).  So, korang semua boleh isi Borang Permohonan Ke Maktab Rendah Sains Mara (MARA) boleh diisi secara Online dari 1 Oktober 2012 hingga 19 Oktober 2012.

Jangan last minit, baru nak mohon, kang internet jammed, server overloadlah, itulah inilah. Apepun take your time. Tak paham, tanya cikgu korang tue.

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2013

Syarat Minimum Kelayakan Masuk MRSM (akademik)

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E (tak lulus, baik lupakan jer) bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2012.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2012

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 26 hingga 30 Nov 2012.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.

PENTING!!

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan/ dilayan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.
  5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Permohonan MRSM Tingkatan 4, 2013  

  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 1 hingga 19 Oktober 2012. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh yang tertera di laman rasmi mara iaitu www.mara.gov.my.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2012, semasa mendapatkan kata laluan.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Tarikh Tutup Permohonan MRSM Tingkatan 4 2013 

  1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 19 Oktober 2012.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2012.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2013. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Baca penuh dibawah ini :

SYARAT KEMASUKAN KE MRSM

* Syarat Kemasukan Tingkatan Satu(1) MRSM Semenanjung.
* Syarat Kemasukan Tingkatan Satu(1) MRSM Sabah & Sarawak.
* Syarat Kemasukan Tingkatan Empat(4) MRSM Semenanjung.
* Syarat Kemasukan Tingkatan Empat(4) MRSM Sabah & Sarawak.

Ada apa kemuskilan, tanya jer. Atau tanya di cikgu kaunseling.

Share this on WhatsApp

Akademik dokumen untuk kemasukkan mrsm 2013, download borang mrsm 2013, download borang mrsm tingkatan 4 2013, kemasukkan mrsm 2013, masuk mrsm 2013, MRSM, mrsm 2014, muat turun borang mrsm 2013 tingkatan 4, permohonan mrsm 2013, permohonan mrsm tingkatan 4 2013/14, syarat kemasukkan mrsm 2013, syarat minimum masuk mrsm 2013

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Juan says

    September 24, 2012 at 9:01 pm

    budak pandai dan cerdas minda masuk sini

    Reply
  2. tehr says

    September 25, 2012 at 12:58 am

    harap adik2 kita pilih kerana minat
    bukan kerana ikut kawan

    Reply
    • Jebeng Otai™ says

      September 25, 2012 at 8:16 pm

      btul tu..kalo ikut kawan bila dh x ngam ssh lak nnt pelajrannya..

      Reply
  3. hatiputera says

    September 25, 2012 at 4:21 pm

    Mudah-mudahan pelajar dapat memilih berdasarkan minat dan kebolehan.

    Reply
  4. hety says

    September 25, 2012 at 9:57 pm

    nak pergi mrsm pastikan boleh duduk asrama.tkt2 sampai nangis pulak, menyusahkan nanti..

    Reply
  5. Naziman says

    September 28, 2012 at 2:26 pm

    Biasanya yang masuk form 4 ni kena buli. hahaha

    Reply
  6. azshukor says

    October 31, 2012 at 9:31 am

    Asskm.. Saya nk tanya bagi kemasukkan pelajar tingkatan 1 ke MRSM 2013 bila pin number boleh diperoleh dari pejabat mara???

    Reply
    • Zik says

      November 12, 2012 at 12:16 am

      w’salam.. boleh..

      Reply
  7. sofina says

    October 4, 2013 at 12:08 pm

    apa yang perlu dihantar untuk permohonan ke tingkatan 4 selain sijil-sijil ?

    Reply
  8. sofina says

    October 4, 2013 at 12:10 pm

    apa yang perlu dihantar sewaktu memohon ke mrsm tingkata 4 ?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.