• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Cara nak buat rayuan pengurangan bayaran Pinjaman Pelajaran MARA

Cara nak buat rayuan pengurangan bayaran Pinjaman Pelajaran MARA

Zik · Mar 13, 2018 · 61 Comments

Share this on WhatsApp

mara, logo mara,

Kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang sudah menamatkan pengajian terutamanya yang pinjam menggunakan medium badan kerajaan dari Majlis Amanah Rakyat iaitu (MARA), korang semua jangan lupa untuk bayar pinjaman pelajaran MARA , dan memohon kadar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran Mara. Permohonan tersebut adalah penting untuk mengurangkan kadar pinjaman pelajaran MARA anda.

Kita patut bersyukur bagi yang membuat dengan pinjaman mara, satu-satunya institusi yang boleh kita memohon pengurangan mara secara online dan manual kepada badan MARA ini. Ini sudah tentunya dapat mengurangkan beban hutang, dan juga beban hutang yang akan datang macam rumah, kereta dan sebagainya jika sudah berkeluarga nanti.

Tak bayar, itu hal lain. nanti kena blacklist, nak beli kereta ke, rumah ke, nak keluar negara pun nanti ada masalah. Tapi yang penting untungnya siapa yang [injam dengan mara, korang boleh buat pengurangan pinjaman pelajaran mara. 

Berikut adalah pointer(diploma/ijazah) bagi pengurangan kadar bayaran balik pinjaman pelajaran MARA.

3.50-4.00 : biasiswa

3.00-3.49 : bayaran balik 10%

2.50-2.99 : bayaran balik 25%

2.00-2.49 : bayaran balik 50% 

(Nota: Kadar Pengurangan adalah berubah dari semasa ke semasa dan tertakhluk pada pihak MARA). Ikutlah syarat-sayarat yang telah ditetapkan oleh Badan MARA itu sendiri.

**Update 4.82018

Kadar baru :

kadar pengurangan pinjaman mara,

Syarat untuk memohon pengurangan bayaran balik pinjaman MARA:

Ada tiga sahaja, tak susah pun. Yang penting korang lulus habis belajar lah. berapa pointer tuh ikut korang lah kan. Lagi tinggi pointer, lagilah sikit. macam penulis nih, tak berapa nak pandai kan. So bayar 50 percent. Haha. Sabar jerla. Janji ada dapat buat pengurangan bro. Oklah dari pinjaman dekat 60 ribu lebih, bila buat pengurangan, dapatlah kena bayar rm 30 ribu lebih.

Sekarang tinggal lagi 20 ribu lebih lagi. Ada lagi hutang tuh. Panjang lagi masa. So untuk akan datang aku akan buat cara nak bayar duit mara/ptptn guna KSWP. Itu tengoklah kalau aku rajin. Haha.

Syarat utama.

i) Surat tawaran pinjaman bertarikh antara Januari 1985 dan ke atas
(Tidak termasuk tajaan mulai 01/01/1998 di peringkat Sarjana/PHD di dalam negara)

ii) Lulus Pengajian dalam tempoh tajaan MARA. Kenalah habis belajar, tak habis belajar muka tak malu nak mintak diskaun pulak, haha.

iii) Permohonan perlu disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut (yang telah disahkan benar, chop sign majikan/ketua kampung/yb/PM (haha) :

  • Transkip Penuh
  • Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/Profesional dan sebagainya (yang berkaitan)

1. Kelayakan Memohon :
a) Pelajar lulus pengajian yang diikuti di bawah Tajaan MARA.

2. Dokumen yang perlukan untuk permohonan :
a) Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd (disahkan benar)
b) Salinan transkrip rasmi penuh (disahkan benar)

Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd disahkan benar oleh Pegawai  Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan Penghulu/Pengerusi  Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai Dalam Perkhidmatan Perundangan &  Kehakiman seperti Majistret/Peguam.

Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

3. Pemohon perlu membuat bayaran komitmen RM300 atas akaun Pinjaman  Pelajaran MARA (bukti pembayaran perlu disertakan).  So kena buat bayaran dulu dekat mara sekurang-kurangnya rm 300.00 ok!

4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

5. Sebarang pembayaran yang telah dibuat sebelum Pengurangan Pinjaman  Pelajaran diluluskan tidak akan dikembalikan (bagi peminjam yang tidak memohon
Pengurangan dalam tempoh yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada Surat
Tawaran Pinjaman Pelajaran MARA).

6. Kelulusan Rasmi Permohonan Pengurangan boleh disemak melalui sistem e baki

Cara Buat Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA

1. Untuk membuat permohonan secara online, sila layari e-conversion MARA

2. Pelajar perlu mengisi maklumat dan hantar maklumat anda secara online.

3. Print (Cetak) Borang Permohonan dan Sertakan kepilkan sekali seperti dibawah ini iaitu:

i. Borang Permohonan.
ii. Sijil Diploma/ Ijazah/ Sarjana/ PhD/ Profesional dan lain-lain (yang berkaitan)
iii. Transkrip rasmi (yang official punya ha).

Sila hantar dokumen anda dalam tempoh 30 hari permohonan ke:

Bahagian Kawalan Kredit
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.

Biasa korang dah pergi sana tuh nanti. Isi borang dulu, dalam dua muka kalau tak silap. Kerja apa, gaji lebih kurang lah dia suruh tulis tuh. Dia akan check korang punya sijil tuh dengan tengok-tengok apa yang patutlah.  Dia tengok sijil tuh ori ke tak. Dia ada alat check bukan mesin, entah apa benda entah aku pun dah lupa. Dengan dia rasa dah ok, dia akan cakap permohonan anda diterima. Korang tunggulah dia cakap apa-apa tuh. Suruh bayar hutang mara tuh. huhu

Keputusan pengurangan mara, ianya ambil masa . dalam 2,3 bulan gitulah. So korang kena tunggu dan bersabar. Kalau korang tengok jumlah pengurangan masih sama macam biasa. Boleh hubungi no atas tuh, dapatkan kepastian diaorang tuh kenapa masih lagi tak kurang Semua benda masih boleh bincang lagi ok.

Laman web ebaki.

So dekat laman web e baki tuh nanti bila dah diluluskan pinjaman pelajaran mara korang tuh , boleh tengok dekat ebaki.

Hutang banyak lagi. Tapi memang ada bayarlah setiap bulan ok. Hutang kena bayar, kalau tak hidup tak tenteram dan juga kita tak masuk syurga bro..

Untuk entri akan datang aku akan buat cara nak bayar hutang mara ke, atau , tips nak habis bayar hutang belajar dengan cepat. Tapi benda tuh amik masa dan perlukan testimonial yang baik dari aku. AKu pun belum habis bayar, so masih pending lah entri itu.

Mungkin tips untuk bayar hutang mara tanpa kita sedari. Direct debit ke, atau guna kwsp atau gunakan duit bonus kita ke. Dan cara-cara nak elakkan lupa nak bayar duit pinjaman.

baki pinjaman mara,

Untuk yang masih bujang, aku nasihatkan bayar hutang belajar ini dengan konsisten dan juga kalau ada duit lebih , bayar jer dulu. Sebabnya kotmitmen masa bujang memang tak berapa sangat kecuali kalau dah beli kereta itu jahanam lah jawabnya. Lagi-lagi beli kereta hutang. Memang payahla.

Hutang rumah tuh oklah diterima. Tapi jarang kita tengok orang bujang beli rumah waktu muda, umur dalam 20 an gitu. Kecuali yang gajinya besar dan ada banyak duit terpijak , dengan tak tahu nak buat apa duit banyk-banyak nih.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik cara nak buat permohonan pengurangan pinjaman pelajaran tajaan mara, Cara nak buat rayuan pengurangan bayaran Pinjaman Pelajaran MARA, cara nak mintak kurang pinjaman mara, cara-cara nak buat pengurangan pinjaman pelajaran mara, mara, permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran mara, step cara nak mohon pengurangan mara secara online, tips buat pengurangan mara secara manual

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. MUHAMMAD EZZAT BIN MOHD NORDIN says

    March 26, 2018 at 2:06 am

    As salam…. x paham laa cara nak bayar 300 ti

    Reply
    • Zik says

      March 26, 2018 at 9:03 am

      300 ratus apa tuh??

      Reply
  2. Khairil says

    March 26, 2018 at 8:14 pm

    Assalamualaikum bang, saya punya keputusan pengurangan dekat eBaki dah diluluskan hampir sebulan tapi sampai sekarang saya tak dapat apa2 respon samada email atau surat dari MARA mengenai jumlah pengurangan saya. Agak2 ambil masa berapa lama untuk tahu ye?

    Reply
    • Zik says

      March 26, 2018 at 9:29 pm

      Wsalam. dah cuba tengok dekat laman web mara ebaki lum>??? http://apps.mara.gov.my/ebakiv2/_signIneBaki.aspx id pengguna, no ic kita, katalaluan… dekat email kalau tak silap.

      Reply
      • Fiza says

        July 15, 2019 at 7:45 am

        Assalamualaikum bang. Dah habis ke bayar mara? Abg punya mara dah bertahun pun xhabis bayar lg inikan pula kitorg yg baru nak merangkak nak bayar ? member ckp mara dah xde pengurangan. Betul ke bang betul ke ?? mohon reply bang ?

        Reply
        • Zik says

          July 15, 2019 at 8:50 am

          Walaikumusalam. Saya pun tak pasti. Ini dapat dari info mana ya?? sebab saya grade tahun 2011, kena tengok perjanjian mara yang masa sign tuh. kalau dia tulis ada . Memang kita patut dapat pengurangan mara tuh. Kalau takda , itu kita tak boleh nak buat apalah .

          Reply
          • Fiza says

            July 15, 2019 at 12:16 pm

            Sy tak pasti tp dia cakap kalau google ada la. Tp mcm tak logik pulak kalau takde pengurangan. Perjanjian yang masa first kita buat pinjaman tu ke ?

            Reply
          • Fiza says

            July 15, 2019 at 12:22 pm

            Kenapa dia cakap duplicate comment hmm saya tak pasti tapi dia cakap kalau google ada la. Tapi macam tak logik pulak kalau takde pengurangan. Perjanjian yang masa first kita buat pinjaman tu ke ? Rasanya takde pulak dia mention dalam perjanjian tu pasal pengurangan pinjaman kita ni boleh kurang atau tak.

            Reply
  3. Nurul says

    May 14, 2018 at 2:17 am

    Untuk master boleh pun sama jugak ke pengurangan tu? Contoh cgpa 3.6 so blh dpt biasiswa ke?

    Reply
    • Zik says

      May 14, 2018 at 8:30 am

      Sama juga, bolehlah lepas untuk biasiswa terus.

      Reply
  4. thira says

    May 15, 2018 at 9:04 am

    “Pemohon perlu membuat bayaran komitmen RM300 atas akaun Pinjaman Pelajaran MARA (bukti pembayaran perlu disertakan). So kena buat bayaran dulu dekat mara sekurang-kurangnya rm 300.00 ok!:

    Ni maksudnya kena pergi bayar dekat bank pastu kt nama penerima tu tulis akaun pinjaman pelajaran mara ke?

    Reply
    • Zik says

      May 15, 2018 at 9:56 am

      bayar dekat pejabat pos boleh cimbclicks boleh, maybank2u pun boleh, masukkan nama dan no ic.. dengan no akaun mara..

      Reply
      • Unknown says

        August 29, 2018 at 3:34 pm

        Bayaran komitmen ni kalau bayar guna cimb clicks, step dia sama macam bayar pinjaman tiap2 bulan tu ke? Slip/bukti pembayaran yang perlu diupload macamana pula? Upload yang screenshot sahaja boleh ke?

        Reply
        • Zik says

          August 29, 2018 at 5:00 pm

          Step dia sama jer.. cari majlis amanah rakyat, masukkan no mara dengan no ic kita.. slip bukti boleh print , screen shot tak berapa nak formal sangat..

          Reply
          • Khairul says

            September 23, 2018 at 6:49 pm

            Hi, ada update terkini tk tentang rate terkini pengurangan pinjam boleh ubah tu. Terima kasih

            Reply
  5. SULIZA says

    May 26, 2018 at 10:36 am

    Wajib kena buat permohonan online ke ?sebab saya baru hantar dokumen guna pos je.mcm mana ye?

    Reply
    • Zik says

      May 26, 2018 at 10:40 am

      tak wajib.. boleh jer hantar pos.. online untuk memudahkan proses, dan jimat kos sebenarnya..

      Reply
  6. Fenner says

    June 2, 2018 at 1:14 pm

    Bang..boleh bg no fon kt email sy..sy betul2 nk mintak pengurangan bayaran balik ni..

    Reply
    • Fenner says

      June 4, 2018 at 4:35 pm

      Lupe la nk tanye lg..mmg lpas buat online..kne hantar borang dkat mara plak ke??

      Reply
      • Zik says

        June 7, 2018 at 10:44 am

        ya kena hantar dekat mara.. E conversion dah tak boleh buat lagi dah..

        Reply
        • EMN says

          June 8, 2018 at 4:13 pm

          Ha saya baru nk tanya. Bulan 1 haritu saya gi pej mara utk pengurangan die kata tak terima manual dah. Semua dah kene buat online kat e-conversion punye website, katanya. Masalahnya drpd Jan sampai skrg tak up lg website nya. So mcmana eh? Ke skrg dah boleh balik hantar manual kat mara utk pengurangan.

          Reply
          • Zik says

            June 8, 2018 at 4:31 pm

            Ini adalah laman baru dia ok.. sorry saya salah letak link..saya akan update..

            http://online06.mara.gov.my/econversion/index.php?mtd=signin

            Reply
            • EMN says

              June 12, 2018 at 10:43 am

              Ya Allah terima kasih sgt sbb bagi tau. Ramadhan kareem n selamat hari raya!!

              Reply
        • Zik says

          June 8, 2018 at 4:49 pm

          sorry saya baru dapat maklumat baru.. borang tak payah hantar kalau dah buat online punya.. http://online06.mara.gov.my/econversion/index.php?mtd=signin

          Reply
  7. HAZIQAH says

    June 20, 2018 at 8:41 pm

    Tumpang tanya, kalau dah isi online then dokumen2 yang dah disahkan tu boleh hantar by pos je tak? Atau kena walk in jugak untuk hantar dokumen tersebut?

    Reply
    • Zik says

      June 20, 2018 at 8:44 pm

      boleh jer.. saya dulu walk in. sebab nak kasi dia tengok dan dia chop sendiri sahkan…

      Reply
  8. HAZIQAH BINTI MOHD ARIFFIN says

    June 20, 2018 at 9:17 pm

    Okay terima kasih. Selain itu, saya nak tanya berkaitan pengesahan dokumen.

    Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A DAN Penghulu/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai Dalam Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman seperti Majistret/Peguam.

    Kiranya dokumen tersebut perlu 2 pengesahan lah ye? Dari Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A DAN penghulu atau selain dari yang dinyatakan.

    Reply
    • Zik says

      June 20, 2018 at 9:26 pm

      tak silap saya satu sahaja..kalau penghulu, penghulu jer.. kalau pegawai kerajaan kumpulan A, itu satu jer.. dulu saya buat pengesahan chop cuma satu sahaja.letak dua macam lagi serabut jer.. SATU SAHAJA

      Reply
  9. HAZIQAH BINTI MOHD ARIFFIN says

    June 20, 2018 at 9:25 pm

    ouhh okay terima kasih, lagi satu saya nak tanya tentang pengesahan dokumen. Kiranya dokumen tersebut perlu ada 2 pengesahan lah ye ?

    Reply
  10. Khairul says

    July 20, 2018 at 2:31 pm

    Macam mna nk mohon mara dkt ipta??

    Reply
    • Zik says

      July 20, 2018 at 9:26 pm

      maksudnya?? nak mohon loan mara ke macam mana???

      Reply
      • khairul says

        July 23, 2018 at 5:58 pm

        ya.. utk mintak pinjaman mara

        Reply
      • khairul says

        July 23, 2018 at 6:04 pm

        mcm mna awak tau yg 3.50 keatas free???

        Reply
  11. syuk says

    July 21, 2018 at 1:51 am

    Salam, boleh tak kita apply pengurangan bayaran balik mara walaupun dah habis belajar setahun dua? masih boleh diterima tak?
    Bayaran setiap bulan memang dah bayar, mcm mana dengan bayaran yg lepas telah dibuat, adakah masuk dalam pengurangan kalau borang pengurangan diterima nanti, atau perlu bayar baharu? Contoh kita dah bayar rm2000, selepas permohonan pengurangan selesai, byaran balik cuma dalam rm1500. so tak perlu bayar lagi? acaner tu?

    Reply
    • Zik says

      July 23, 2018 at 11:39 am

      Wsalam.
      1.boleh rasanya.. tapi dia memang ada bagi tempoh setahun atau dua tahun sudah lupa untuk buat pengurangan mara.
      2.hutang berapa pinjam dengan mara?? takkanlah kena bayar 2k jer. kelakar nih. lepas tuh buat pengurangan, dung dang kena bayr 1.5 k jer.. .. berapa kita dah bayar, dia akan tolaklah, bila dah buat pengurangan. contoh kita pinjam rm30k , kita dah bayar 5ribu, ada lagi 25 k, kita buat pengurangan dapat kena bayar 10k jer, so lagi 5k jerla kita kena bayar.

      Reply
  12. Syafika says

    July 26, 2018 at 11:06 pm

    Salam bang, tumpang tanya tau tak cemana nak bank in atas akaun mara peminjam tu in details?

    Reply
    • Zik says

      July 27, 2018 at 10:47 am

      nak bank pakai online ke pakai cash (pejabat pos). kalau online, kita kena letak nama kita dengan IC nombor, sama juga dekat pejabat pos. nama penuh kita dengan ic number sudah cukup…

      Reply
  13. jasmin ahmad says

    July 30, 2018 at 3:04 pm

    Hi, salam nak tanya, bayaran komitment tu kalau kita buat via online transfer, procedure sama macam kita buat bayaran balik ke? nanti just key in dekat reference duit komitment ke macam mana.

    Reply
    • Zik says

      July 30, 2018 at 3:30 pm

      WSALAM. awak nak bayar through online Cimbclicks atau maybank??? just key in, no ic kita dengan no akaun mara je.. pergi ke maybank2u.com.my contohnya, kemudian pergi ke all account, then pergi ke bill payment, then pergi Make a one-off payment, tekan, pergi View all payees by category, tekan all payees, cari list “majlis amanah rakyat” tekan. then masukkan no ic, no amaunt nak bayar, dengan no ic.. kemudian proceed macam biasa.. boleh jadikan save as favourite tak payah nak cari lagi lepas nih.. buat schedule payment pun boleh. ikut kita..

      Reply
      • jasmin ahmad says

        July 30, 2018 at 5:43 pm

        wahhhh complete step by step. terima kasih banyak banyakkk.

        Reply
  14. Faiz says

    August 4, 2018 at 10:46 am

    Salam, kadar diskaun mara tu abg dapat info dari mana ye….pasti ke CGPA 3.5 above dh dapat biasiswa??

    Reply
    • Zik says

      August 4, 2018 at 11:16 am

      saya dah dah tak update.. yang baru dia dah lain.. nanti saya update.. lepas tahun january 2011, dah tak biasiswa.. kena bayar dalam 10percent..

      Reply
  15. alia says

    August 28, 2018 at 9:57 am

    kalau ada tunggakan tapi boleh ke nak apply pengurangan? skrg sy tgh bayar bulan2 utk selesai tunggakan..haritu ada call mara diorang cakap setakat duabtahun selepas tamat pengajian je boleh buat pengurangan bayaran

    Reply
    • Zik says

      August 28, 2018 at 11:03 am

      kalau ada tunggakan boleh jer buat pengurangan, ini dah lebih dua tahun ke sejak habis belajar?? kalau dah tak dapat nak tolong…

      Reply
  16. Alin says

    October 22, 2018 at 2:17 am

    Salam,nak tanye..mcm sy amek dip n degree dkt U yg sama,then no acc mara pon sama.. So,sy nak kne upload slip utk dip n degree or dergee jek? Sbb dkt ebaki total dia dia dh include skli utk dip n degree..tq

    Reply
    • Zik says

      October 22, 2018 at 12:10 pm

      dua2 sekali..

      Reply
  17. ashraf says

    October 30, 2018 at 4:41 pm

    salam, nak tnya.. no account untuk bayar rm300 tu guna no acc mara yg ada dlm ebaki tu ke?? atau ada no akaun mara sendiri..??

    Reply
    • Zik says

      October 30, 2018 at 4:47 pm

      Wsalam, nak bayar melalui apa sekarang nih?? no akaun mara kita tuh kena masukkan bila nak bayar rm300 tuh , kalau bayar dekat pejabat pos , nama kita, no akaun mara, dan no ic , kalau online kena cari majlis amanah rakyat (mara), masukkan no ic dengan no akaun mara kita tuh..

      Reply
  18. ashraf says

    October 30, 2018 at 4:49 pm

    ty boss faham

    Reply
  19. kiekin says

    December 17, 2018 at 1:51 pm

    salamm..bang saya nak tanya..sekarang saya nk buat permohonan pengurangan bayaran blik pinjaman rm 300.. tapi skrg saya masih ada tunggakan dan belum bayar lagi..perlu ke saya bayar tunggakkan + rm 300 tu skali? atau bayar untuk pengurangan dulu..?

    Reply
    • Zik says

      December 17, 2018 at 1:59 pm

      Wsalam. total pinjaman berapa ya? sebelum dapat pengurangan better bayar jer dulu macam biasa.. nanti kalau dapat pengurangan.. dia tolak terus..setakat yang kita dah bayar berapa sekian2..

      Reply
  20. Ezat says

    February 21, 2019 at 11:08 pm

    Salam. Saya dh hbis belajar 1 tahun 3 bulan. Boleh lagi kah saya buat permohonan pengurangan ni?

    Reply
    • Zik says

      February 26, 2019 at 9:06 pm

      untuk maklumat lanjut boleh call mara hq.. cuba bincang baik2.

      Talian Utama: 03-26132000 / 03-261 39093 / 39094 / 32243 / 32247 / 35084 /
      35085 / 35086
      BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA
      03-261 32286 / 32399 / 32131 / 32288 / 32133 / 32178 / 32397

      Reply
  21. Nado says

    March 2, 2019 at 5:49 am

    Hi awak nak tanye. Saya sudah abes belajar tapi bile saya tgk dlm jadual bayaran balik mcm da dpt pengurangan dan dlm 7% jer bayar. Jadi perlu ker saya buat e conversion tu?

    Reply
    • Zik says

      March 2, 2019 at 3:52 pm

      Hi awak, tak perlu buat

      Reply
  22. Mike says

    November 25, 2019 at 1:14 am

    Salam nak tanya tempoh maksimum pembayaran balik pinjaman pendidikan mara berapa tahun ye dan jumlah bayaran bulanan selalunya berapa RM?

    Reply
    • Zik says

      November 25, 2019 at 1:29 am

      Wsalam, itu kena tengok dekat surat perjanjian mara ada sepatutnya… jumlah bayaran bulanan dia akan meningkat dari tahun ke tahun. 2 tahun pertama 100ringgit. kemudian 2 tahun berikutnya200 sebulan, boleh tengok jadual pembayaran di ebaki

      Reply
  23. Andy says

    May 1, 2020 at 12:18 am

    Assalam,
    Boleh Tanya ttg jadual bayaran balik “Tambah masa 50%? Adakah tambahan masa pengajian (tetapi tanggung sendiri) ataupun tambahan masa pengajian berserta dengan tambahan bayaran elaun dsb oleh pihak MARA. Thanks

    Reply
  24. Eyka says

    February 19, 2022 at 12:37 am

    Salam bang, sy baru jee habis belajar and saya dh buat pembayaran 300 dekat e-conversion .. adakah sy masih perlu hantar surat secara menual ke pejabat mara bagi pengurangan mara???

    Reply
    • Zik says

      February 19, 2022 at 2:59 pm

      Wsalam. sekarang saya tak pasti. tapi sekarang dah boleh online jer senang., lagi covid sekarang kan. yang penting ialah dokumen2 yang diperlukan tuh kena sediakan.

      Reply

Trackbacks

  1. Cadangan DS Najib Benarkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP Sehingga RM10,000 – Zikri Husaini says:
    October 28, 2020 at 8:41 pm

    […] Cadangan ini dilhamkan oleh DS Najib Tun Razak pada masa PKP tempoh hari. Cadangan ini diterima oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan. Minimum rm 100 kalau tak silap. (aku tak keluarkan duit akaun kedua, sebab dah habis bayar duit pinjaman mara. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: