Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahukah anda, tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan kumbuhan. Bayangkan jika anda cuma minum seliter sehari!
Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?
Contoh kalau kita lihat di sekolah kolej atau univerisity, anak siapa yang selalu menjinjing botol air? Dan anak siapa yang selalunya bijak? Cuba anda fikir-fikirkan.
Otot kita 75% air
Tulang kita 22% air
Darah kita 83% air
Diantara kepentingan air untuk tubuh badan kita.
- Air menstabilkan suhu badan
- Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
- Air melembabkan udara dalam paru-paru
- Air meningkatkan kadar metabolisma
- Air melindungi organ-organ
- Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
- Air melindungi dan melembabkan rawan
Apakah kesan negatif yang akan berlaku sekiranya kita kekurangan air?
Tubuh selalu kepenatan. Memang dapat dirasakan, tubuh akan cepat terasa sangat letih. Buat kerja pun jadi lambat, tak berapa nak produktiviti.
Kesan-kesan lain.
- Sakit kepala yang kerap atau migrain.
- Sembelit. Yela, bila dah air dah kurang.
- Ketegangan otot
- Tekanan darah yang tidak seimbang
- Masalah buah pinggang
- Kulit kering
- Risiko Kematian
*p/s: setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter. Contoh: Berat 50kg, perlukan 2 liter air.
Oleh yang demikian, marilah kita semua mengamalkan gaya hidup yang sihat, serta jangan lupa minum air kosong yang banyak (bergantung kepada individu) kerana ia bagus untuk sistem perkumuhan dan juga sistem peralihan darah dalam badan kita.
Dedoku says
yep2..aku selalu minum air banyak2..
takut sembelit kalo air kurang dlm badan..ha3 :biggrin:
Zik says
lagi2 time raya nie kan..huhu… sbau jelah..
wazy says
memang betul tu
kalau tak ada air
sistem perkumuhan di dalam badan boleh jadi tak seimbang
Zik says
jadi lemah jer…huhu
fahmi ibrahim says
Betul2… air penting woo..
Zik says
air kosong… huhu
Blinkky says
Kalau boleh, kena sentisa bawa air dalam botol =)
Zik says
hurm betul tuh…
Norizwan says
Air memang penting….perasan kita selalu mengantuk selepas makan? bukannya disebabkan kurang tidur. Sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air.
Zik says
erm betul tuh…
aktechpage.com says
Org tua2 kata, minum air suam 2 gelas di waktu pagi apbl sahaja bgn adalah amat bagus utk kesihatan dan juga untuk menguatkan tenaga batin, betul ke??? 😛
sunglasses says
betul tu aku pun dengar tok aku cakap macam tu juga…baik untuk tenaga batin
aktechpage.com says
Apa lagi, jom amalkan untuk kesejahteraan masa depan, heheheh
botak says
air ade 70% dlm perut bumi..
air mmg penting..
jom minum air!
Zik says
air kosong yer…hehe
Affan says
kalau sjuk2, takleh minum air byk sgt. nanti rasa nak buang air je pulak. hehe
Zik says
hehe… betul jugak tuh bro…
adlynn says
mohon share sikit
biela says
yang penting ialah air yang tidak dimasak kerana lebih banyak oksigen macam air yang ditapis jangan pula air pili banyak bahan lain yg memudhoratkan pula walaupun dicampur perasa. maklumat dari guru sains. wat kajian dengan murid rendam paku dlm air masak lambat karat pase kurang oksigen berbanding dlm air mineral. banyakkan minum air…
Achik says
tp kalau minum air masak banyak.. berat 50kg tp minum air mineral sehari 4 botol besar.. pasa tu asyik nak kencing je………..
Zik says
yer betul tuh… kalau hari panas.. kuranglah sikit nak kencingnya…