• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia 2

Faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia 2

Zik · Aug 3, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

perang dunia,

Kita inginkan kedamaian, tapi itulah apabila ada pihak yang tidak puas hati. Adalah berlakunya perang dunia kedua di dunia pada ketika itu.

Perang Dunia kedua berlaku selepas 20 tahun tamatnya perang dunia pertama. Perang ini berlaku antara tahun 1933 hingga tahun 1945. Perang dunia kedua melibatkan dua pakatan iaitu , pakatan berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat , Britain , Perancis dan Rusia . Pakatan yang lagi satu ialah pakatan paksi yang dianggotai oleh Jerman , Jepun dan Itali. Perang dunia kedua dilihat lebih menyeluruh berbanding perang dunia pertama dimana sewaktu perang dunia pertama hanya melibatkan negara-negara eropah , manakala dalam perang dunia kedua melibatkan negara Asia , Eropah , Afrika , dan Kepulauan Pasifik.

Faktor-faktor dan Kesan Perang Dunia Kedua 

Pengenalan : 

  • Perang Dunia Kedua (PD2) meletus pada tahun 1939 dan berlarutan sehingga tahun 1945. PD2 bukan hanya melibatkan negara-negara di Eropah sahaja malah melibatkan negara di Asia dan Kepulauan Pasifik. Perang yang melibatkan dua kuasa utama iaitu Kuasa Berikat dan Kuasa Paksi ini dikatakan lanjutan daripada PD1 yang tercetus pada tahun 1914-1918. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepad tercetusnya PD2.

Isi-Isi :

Perjanjian Versailles yang berat sebelah

Jerman yang kalah dalam PD1, menganggap syarat Perjanjian Versailles berat sebelah. Jerman menganggap perjanjian tersebut merupakan satu hinaan kepada mereka.

Oleh itu, setelah memerintah Jerman, Adolf Hitler telah mencabuli syarat Perjanjian Versailles. Beliau telah bertindak;

  1. Menubuhkan Tentera Udara Jerman
  2. Menghidupkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk pasukan tentera.

iii.        Menawan wilayah Rhineland dan Saar yang diserahkan kepada Perancis.

  1.       Memasukkan Austria ke dalam Jerman
  2.       Menyerang dan berjaya menakluki Czechoslovakia
  3.       Menyerang Poland

Tindakan Jerman menyerang Poland mendorong Perancis dan Britain   mengisytiharkan perang ke atas Jerman sekaligus mencetuskan PD2.

  1. Pertentangan Ideologi (Demokrasi vs Fasisme / Nazisme)
  • Kemunculan ideologi baru mencabar ideologi demokrasi yang diamalkan oleh negara2 di Eropah. Ideologi Fasisme dan Nazisme yang muncul sekitar tahun 1920-an telah menggugat kestabilan politik di Eropah.
  • Sebagai contoh, Benito Mussolini tidak menghiraukan kecaman antarabangsa dengan menakluki Habsyah. Malah beliau bercita-cita menguasai Albania dan tanah jajahan Perancis di Afrika Utara. Beliau menggunakan kekerasan dan senjata kimia bagi menghadapi tentangan penduduk tempatan
  1. Kemelesetan Ekonomi Dunia :

 

  • Peluang keemasan ini digunakan oleh Jerman untuk mengukuhkan kedudukannya   sebagai sebuah negara yang kuat di Eropah. Situasi ini dan juga dasar agresif yang dilaksanakan oleh Jerman merupakan ancaman kepada negara lain terutama Britain.
  1. Dasar / Pendirian Negara Terlibat
  • Dasar atau pendirian negara pada ketika itu banyak mendorong kepada tercetusnya PD2. Pada ketika itu, setiap negara cuba menonjolkan diri @ bersaing untuk mengatasi satu sama lain sama ada dari segi ekonomi mahupun politik. Situasi ini secara tidak langsung mencetuskan suasana tegang di antara negara terbabit.
  1. Gerakan Nasionalisme Yang Melampau Di Jepun
  • Kita Ikki merupakan seorang pelampau yang mempelopori aliran baharu nasionalisme di Jepun. Beliau berpendapat pembentukan semula negara Jepun oleh tentera atas nama maharaja perlu dilakukan. Beliau menolak amalan demokrasi Barat dan Parlimen Jepun yang mudah terjebak dalam amalan rasuah. Aliran ini menyebabkan berlakunya pergeseran antara parti pemerintah dengan golongan tentera.
  • Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 menyebabkan golongan petani dan rakyat Jepun dibebani kemiskinan. Petani yang tidak berpuas hati dengan pemerintah akhirnya telah menyatakan sokongan kepada tentera. Pada tahun 1936, golongan tentera memberontak dan berjaya menguasai kerajaan. Kerajaan Jepun kemudiannya berusaha mempersiapkan diri untuk menghadapi peperangan.
  1. Kepentingan Ekonomi
  • Dasar Pemodenan Meiji berjaya memacu ekonomi Jepun sehingga menjadi negara industri yang kuat. Bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun telah melaksanakan dasar imperialisme. China dan Manchuria menjadi sasaran Jepun. Belanda, Britain, AS dan Perancis bimbang dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain seperti Indo-China dan Asia Tenggara menjejaskan kepentingan mereka.
  1. Isu Keselamatan Negara Jepun
  • Kebangkitan Jepun sebagai kuasa ekonomi [penghujung abad ke-19] dan dasar imperialisme yang dijalankan menyebabkan Jepun berdepan tekanan kuasa Barat seperti AS, Britain dan Rusia. Yoshida Shoin, iaitu tokoh intelek Jepun menegaskan bahawa Jepun perlu memperkukuhkan pertahanannya.
  • Yamagata Aritomo iaitu salah seorang pemimpin kerajaan Meiji dan juga pengasas tentera Jepun moden mengetengahkan konsep garis kepentingan negara. Konsep garis kepentingan negara merujuk kepada kawasan bersempadanan @ berhampiran dengan Jepun dianggap mempengaruhi keselamatan Jepun. Oleh itu, garis kepentingan negara ini wajar diperkukuhkan.
  • Penekanan ke atas konsep ini menyaksikan Jepun cuba meluaskan garis kepentingan negara dengan menyerang Rusia [1905], Korea [1910], China [1895 & 1937], Manchuria [1932], Indo-China dan Asia Tenggara [1941].

Kesimpulan :

 

Berbeza dengan PD1, PD2 melibatkan lebih banyak negara dan kesan yang lebih dahsyat. Sikap saling curiga, nasionalisme yang melampau dan persaingan yang tidak sihat terutama dalam bidang politik dan ekonomi merupakan antara pencetus PD2. Terdapat negara seperti Jepun dan Jerman yang memang telah bersiap sedia dari awal untuk menghadapi sebarang peperangan. Faktor inilah yang menyebabkan sekali lagi sejarah perang besar dunia dicatatkan.

KESAN PERANG DUNIA KEDUA

Ini sudah tentunya terbentuknya 2 kuasa besar baharu iaitu AS dan Soviet union yang berada dalam satu pakatan yang sama semasa perang dunia kedua. Persaingan kedua-dua kuasa ini dalam kancah perang dingin menyebabkan dunia turut berpecah kepada 3 kawasan iaitu negara-negara pro-AS , negara-negara pro-soviet union , dan negara-negara berkecuali. Eropah terbahagi kepada dua blok , iaitu eropah timur yang pro-komunis dan eropah barat yang pro-demokrasi. Jermah terbahagi kepada dua dan tembok berlin memisahkan di bawah pengaruh komunis ( jerman timur ) dan pengaruh demokrasi ( jerman barat). PBB ditubuhkan secara rasmi pada 1945 , iaitu selepas perang dunia kedua apabila liga bangsa dibubarkan setelah gagal mengawal daripada berlaku nya perang dunia kedua. Selepas tahun 1945 , britain hampir bankrap dari segi ekonomi. British memberikan kemerdekaan kepada india pada tahun 1947 dan 1948 kepada myanmar dan sri lanka. Selepas menyerah kalah , jepun telah diduduki oleh pihak bersekutu . Pentadbiran ini dikenlai sebagai supreme commander for the allied powers ( SCAP) yang dipimpin oleh jeneral Douglas Mac Arthur. Pembubaran angkatan tentera jepun merupakan objektif utama SCAP  menjelang bulan disember 1945 , angkatan tentera darat , laut , dan udara jepun telah dibubarkan.

Bacaan tambahan.  Versi slide.

Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua from hasfazera hassan 
Sumber lain :

Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua from Noha Fiq

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik faktor tercetusnya perang dunia kedua, faktor-faktor tercetusnya perang dunia kedua, punca perang dunai kedua

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Manchester city vs Manchester united 8.3.2021
  • Live Score Badminton Swiss Open (final) 7.3.2021
  • Live streaming Perak fc vs Petaling jaya fc liga super 7.3.2021
  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akademik

Senarai Universiti cemerlang IPTA dan IPTS 2009

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGSalam semua. Berikut adalah senarai nama Insti…

Akademik Ekonomi Motivasi

Sajak merdeka 2015, Sehati sejiwa

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGSejak merdeka kembali lagi untuk tahun 2015. T…

Akademik

UPSR, PT3 tahun ini dibatalkan-Menteri pendidikan

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG KUALA LUMPUR: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah…

%d bloggers like this: