Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Bijak Wang / Panduan Untuk ‘Clearkan’ Rekod CCRIS

Panduan Untuk ‘Clearkan’ Rekod CCRIS

Zik · Dec 10, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

apa itu ccris, ccris,

Ramai yang sudah terkandas, kerana tidak dapat nak selesaikan masalah yang membelenggu hutang terutamanya  Ramai di antara kita yang sedang buntu dan mencari jalan untuk membersihkan nama daripada CCRIS. Biasanya kita sedar yang kita mempunyai masalah kewangan pun, apabila pembiayaan yang dipohon tidak lulus.

Definisi.

Apa itu CCRIS? Singkatan kepada Central Credit Reference Information (CCRIS) merupakan satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Di dalam laporan CCRIS terdapat maklumat berkenaan Pembiayaan Tertunggak (Outstanding Balance) Semua orang mempunyai komitmen bulanan seperti pembiayaan kereta, kad kredit, pembiayaan pelajaran (PTPTN) dan lain-lain.

Baca juga : cara semak ccris secara online.

Laporan CCRIS memaparkan jumlah keseluruhan dan baki pembiayaan yang tertunggak, termasuklah kelakuan pembayaran dan status undang-undang. Berdasarkan laporan ini pihak bank akan mengira komitmen bulanan kita kemudian ditambah dengan komitmen yang baru. Sekiranya lebih daripada kemampuan pemohon, pihak bank akan minta tambah guarantor atau deposit untuk kurangkan komitmen.

Bagaimana rekod CCRIS ini boleh menjadi negatif? Secara asasnya ia disebabkan oleh kelewatan anda membuat pembayaran semula kepada pihak bank. Dan jika tunggakan bayaran menjadi lebih daripada 3 bulan, akaun anda akan berada di bawah pemerhatian khas.

4 Cara Nak Bersihkan Rekod CCRIS.

Ini yang basic (ass) Ini yang penting nih, untuk kasi clearkan (keluarkan) nama kita dari senarai hitam. Kalau tak susah dikemudian hari, nak keluar negara pun susah (sekarang zaman covid). Nak buat loan pun susah. Macam-macam hal lah akan timbul. Jadinya apakah cara nak bersihkan nama kita dari ccris ini?

1. Gabungkan Hutang Lakukan semakan pada senarai hutang-hutang yang anda miliki kemudian gabungkan hutang tersebut menjadi satu. Ini bagi memudahkan kita untuk membuat pemantauan bayaran semula pembiayaan terhadap hutang tersebut. Contohnya kita ada 2 kad kredit, apa kata kita buat Balance Transfer dan potong satu kad kredit. Fokus untuk setelkan satu kad kredit tersebut. Hah kan dah senang cerita. Ini ada dua kad kredit , dua kad nak kena bayar.

2. Dahulukan Pembiayaan Yang Tertunggak. Utamakan pendapatan untuk menyelesaikan jumlah pembiayaan yang tertunggak. Jangan biarkan pembiayaan tersebut terus tertunggak tanpa membuat sebarang pembayaran. Jika jumlah tunggakan adalah besar, nak taknak anda perlu menambah sumber pendapatan atau mengurangkan bagi. Salah satu cara terbaik dan mudah adalah menggunakan duit bonus yang diterima dengan melunaskan jumlah tunggakan hutang.

3. Buat Semula Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan. Sekiranya gaji yang anda ada tidak mampu untuk menampung pembayaran semula pembiayaan, anda boleh berbincang semula bersama pihak bank untuk membuat penjadualan baru pembayaran balik pembiayaan. Mungkin pihak bank tidak bersetuju dengan permintaan anda untuk membuat penjadualan baru, namun tidak salah jika anda bertanya. Tetapi daripada anda terus tidak membuat bayaran, lebih baik mereka terima sahaja berapa yang anda mampu bayar.

4. Berjumpa Dengan AKPK. Kalau dah hutang keliling pinggang dan daripada dibiarkan kita menjadi muflis serta disenaraihitam, adalah lebih baik sekiranya kita segera berjumpa dengan pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang boleh membantu anda cari jalan penyelesaian. Ini kerana tujuan AKPK ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia adalah untuk membantu individu-individu yang bermasalah untuk menstruktur semula hutang-hutang yang terkumpul dengan bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang beri anda pinjam wang tadi. Ini kira last choice lah. Klaau korang dah tak boleh nak tampung kotmitmen bulanan anda tuh. Apa boleh buat, nasi sudah jadi bubur.

Baru-baru ini juga kami telah menemuramah pihak AKPK bagi mengupas isu AKPK : Penyelamat Yang Ditakuti.

Kita dapat lihat bagaimana AKPK berjaya membantu 16,161 peminjam melibatkan jumlah hutang RM643.2 juta sehingga Mac 2018.

Perkhidmatan mereka juga percuma, jadi mengapa kita tidak berjumpa saja dengan mereka bagi mendapatkan khidmat kewangan? Semak Kedudukan Kewangan Dengan Laporan Kredit Dengan RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai kedudukan kewangan anda secara online. Laporan ini megandungi maklumat seperti i-Score (skor kredit), CCRIS, SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP): Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi?

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan. Bukan mahal pun, hanya RM19.50 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line.

Share this on WhatsApp

Bijak Wang, Ekonomi cara nak keluarkan rekod ccris, keluarkan dari rekod ccris, Panduan Untuk ‘Clearkan’ Rekod CCRIS

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.