Hari isnin yang membosankan!! Adakah anda kecewa apabila hari anda berlalu begitu sahaja tetapi masih terdapat timbunan kerja yang belum disiapkan? Kadangkala kita berasa seperti kita macam terlalu“sibuk” tetapi end of the day, takda pulak hasil melalui kesibukkan kita. Persoalannya disini adalah, adakah kita produktif atau sekadar “aktif” sahaja?? cuba anda fikirkan sejenak??? Hurm..
Aktif VS Produktif
Dua perkataan ini mempunyai maksud yang berbeza. Aktif disini bermaksud “giat bekerja atau berusaha”. Produktif pula boleh diterjemahkan kepada “banyak mengeluarkan hasil”. Jika anda seorang majikan (bos), kualiti yang manakah yang anda mahukan dari pekerja anda? Seorang yang aktif atau produktif? Dua-dua memainkan yang penting, bergantung kepada jenis industri kita tuh.
Walau apapun pekerjaan anda, seorang yang produktif akan disenangi majikan. Ia merupakan kualiti yang diperlukan oleh setiap orang yang berdaya maju. Jika anda ingin berjaya dalam apapun yang anda lakukan anda haruslah menjadi seorang yang produktif.
7 cara meningkatkan produktiviti kerja:
1. Buat senarai kerja (things to do).
Sebelum anda memulakan hari anda tulis dahulu senarai perkara yang perlu anda lakukan pada hari tersebut. Tulis semua perkara dengan terperinci (tulis secara kasar pun ok dah!!) dan kategorikan tugasan tersebut mengikut tahap penting dia tuh (priority). Contoh kategori:
- penting (urgent),
- kurang penting
- (less urgent), dan sebagainya.
Senang cerita, sediakan buku kecil untuk disimpan didalam kocek atau di tangan kalau ada benda yang tiba-tiba kena salin/ task yang kena buat. Takut lupa pulak, atau hilang entah kemana. Perkara nih selalu terjadi pada diri sendiri. Hua hua.
2.Mulakan dengan tugasan yang paling mencabar
Waktu pagi merupakan waktu dimana otak kita berada di dalam keadaan yang paling segar. Ia telah berehat dengan secukupnya sekitar 6 hingga 8 jam apabila kita tidur. Maka perkara terpenting yang perlu kita lakukan pada waktu pagi adalah dengan melakukan tugasan yang paling memerlukan penggunaan kapasiti otak yang tinggi. Jika anda amalkan perkara ini bukan sahaja produktiviti anda meningkat, malah hasil anda juga akan lebih berkualiti.
Pada pendapat aku, kadang-kadang kena buat juga benda yang senang dulu, sebabnya kalau susah tuh mungkin memerlukan banyak kerahan tenaga atau otak untuk berfikir. Apepun ianya perlu ikut keadaan dalam industri kita itu.
3. Hadkan (kurangkan) memeriksa email dan laman sosial
Tidak dinafikan email dan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya menjadi penyumbang kepada penurunan kadar produktiviti jika tidak dikawal. Disiplinkan diri anda untuk memeriksa email dan laman sosial tersebut 2-3 kali sehari pada waktu-waktu tertentu sahaja. Kalau boleh, tak payah bukak langsung pun ok juga, untuk yang laman social jerla. Email tuh penting, untuk apa-apa maklumat atau conformation deal dan sebagainya.
4. Berhenti dari berkata “Ya” sepanjang masa.
Jangan salah sangka, bukan berniat ingin mengajak anda menjadi seorang yang negatif tetapi kadangkala anda perlu pandai berkata “tidak” untuk meningkatkan produktiviti anda. Sebagai contoh jika anda ada tugasan yang perlu dilakukan tetapi rakan anda mengajak anda keluar, terus tetap pendirian untuk katakan “tidak”. Tugasan tersebut adalah tanggungjawab anda bukan rakan anda, jadi anda berhak untuk menyelesaikannya.
5. Hilangkan semua jenis gangguan.
Bukan gangguan jin dan syaiton ketika mengantuk atau yang lain lain. Jika anda berada dalam “misi” menyelesaikan tugasan anda dalam masa yang agak singkat, adalah lebih baik anda hilangkan semua jenis gangguan yang boleh menjejaskan tumpuan anda. Ini termasuklah telefon, sms, instant messenger seperti Yahoo! Messenger, dan sebagainya. Berikan fokus 100% kepada tugasan di hadapan anda dan lihat produktiviti anda meningkat.
6. Susunatur dan kemaskan kawasan kerja anda.
Pastikan perkara atau alat yang anda mahukan boleh dijumpai dengan mudah. Elakkan dari membazirkan masa anda mencari dokumen atau alatan pejabat yang hilang dengan cara menyimpannnya ditempat yang khusus. Dengan ini anda boleh meningkatkan produktiviti dan pada masa yang sama mengurangkan stress anda.
Serius, mengikut pengalaman sendiri kalau meja kita tuh serabut dengan kertas-kertas tak bersusun ditambah lagi, dengan wayar yang berselirat. Fuhh kepala memang serabut dibuatnya. . Kesannya, dah menjajau nak mencari fail atau dokumen yang penting, kalau tiba-tiba bos dah mintak untuk meeting sebentar lagi. Oleh yang demikian, susun dan kemas meja itu elok-elok. Ikut fail, dan label dengan betul.
7. Berehat sebentar
Tidur pada waktu tengah hari merupakan sunnah Rasulallah s.a.w yang baik untuk diikuti. Ini kerana mengikut kajian, dengan tidur sekejap pada waktu tengah hari dapat memberikan kita tenaga pada waktu petang. Ia mempengaruhi kualiti kerja kita dan membantu meningkatkan produktiviti dengan berkesan.
Diharap artikel ini memberi manfaat untuk anda. Jika anda ingin menambah apa-apa sila berikan komen dibawah. Dan jangan lupa share artikel ini sekiranya ia betul-betul membantu hari bekerja anda yang sangat stress tu! Selamat mencuba!!
Sumber zon lelaki.com
anif says
Untuk jadi produktif perlu sentiasa kekalkan motivasi pada tahap tertinggi. 😀
akubiomed says
Pesanan yang bergunan. Jangan selalu culas. 🙂
tehr says
Tengahari memang bagus tidur sekejap
Cuma… jangan la terlajak sampai ke petang
Jaga kunci pintu nanti, naya je
Hehe
Jebeng Otai™ says
amalan 5s jgak leh bantu produktiviti..
zulkbo says
salam..
tips yang menarik..
bagus..bagus..boleh
cuba lepas nih 🙂