
Tempoh moratorium kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini akan dilanjutkan sehingga Disember 2020. Sudah tentunya melegakan buat peminjam ptptn yang terbeban. Bagi mereka yang ada kemampuan untuk bayar, aku nasihatkan bayar jer macam biasa ok.
Membantu masalah kewangan peminjam.
Tindakan penangguhan ini akan melibatkan angka pinjaman keseluruhan sekitar RM1.125 bilion. Inisiatif ini juga bertujuan untuk membantu masalah kewangan yang dihadapi oleh para peminjam akibat krisis COVID-19 yang masih berterusan.
Automatik, tanpa perlu memohon.
Untuk makluman, tempoh lanjutan ini akan dilakukan secara automatik tanpa memerlukan sebarang permohonan penangguhan oleh para peminjam. Ok kerja mudah, tidak seperti morotarium yang baru sahaja perdana menteri umumkan beberapa hari yang lepas untuk peminjam yang ada kaitan dengan Bank, 3 bulan juga, tetapi ianya bersasar, kepada yang tiada pendapatan (gaji), diberhentikan kerja, gaji separuh dan ada masalah dari segi kotmitmen.
Lebih menarik pihak PTPTN turut menyatakan pihaknya sedia terbuka untuk melakukan penstrukturan semula bagi kaedah bayaran pinjaman sehingga maksimum 24 bulan. Itu semua kena kaji semula, sebab dari segi cas tuh macam mana ya?

Leave a Reply