Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Lanjut moratarium, terhad pada golongan terjejas- Menteri Kewangan

Lanjut moratarium, terhad pada golongan terjejas- Menteri Kewangan

Zik · Jun 29, 2020 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

bank negara malaysia

KUALA LUMPUR: Hanya golongan sasar yang terjejas akan menerima moratorium sekiranya ia dilanjutkan dan bukan lagi automatik kepada semua orang yang perlukan jika seperti sebelum ini. Golongan bersasar itu merujuk kepada mereka yang memerlukan , bukan semua orang. Hal ini sebab ada beberapa sektor yang terjejas, hilang pekerjaaan dan juga pendapatan terjejas, dan simpanan kecemasan mereka habis terus menyebabkan mereka tidak dapat untuk membayar kotmitmen bulanan mereka.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kerajaan ketika ini sedang berbincang dengan bank-bank mengenai moratorium, dan terpulang kepada mereka sama ada boleh melanjutkannya atau tidak.

Katanya, kerajaan menerima banyak soalan mahupun permintaan daripada orang ramai yang memerlukan lebih banyak masa untuk moratorium ini.

“Bagi pandangan peribadi saya, kita perlu menolong orang yang perlu ditolong, sewaktu kita melaksanakan moratorium enam bulan ini, kita menolong semua orang sama ada yang mempunyai gaji atau mampu untuk membayar, tetap dapat nikmati manfaat ini secara automatik.

“Jadi saya fikir menuju ke depan, langkah terbaik ialah untuk memberi tumpuan kepada golongan sasar yang mana lebih memerlukan.

“Tetapi kita tidak boleh memaksa bank untuk melakukannya dan kami akan terus mengadakan libat urus dengan mereka mengenai perkara ini,” katanya.

Betul benda ini kena ambil pandangan dari bank juga, perbincangan yang lebih halus dan terperinci.

Morotarium pada mac yang lalu. 

BNM pada 25 Mac lalu mengumumkan pelaksanaan moratorium bagi semua pembayaran semula pinjaman oleh individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi tempoh enam bulan bermula 1 April 2020.

Sejumlah RM43.7 bilion telah dimanfaatkan oleh penerima moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan setakat 19 Jun lalu dengan sebanyak RM15.3 bilion dimanfaatkan oleh sektor perniagaan.

Tengku Zafrul turut menasihatkan semua pihak supaya segera berjumpa dan berbincang dengan bank mengenai penstrukturan semula pinjaman mereka dan jangan tunggu hingga saat akhir.

“Sila berjumpa dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) juga untuk membuat penstrukturan semula hutang jika anda mengalami masalah kewangan akibat dibuang kerja untuk mereka membantu.

Dalam pada itu, Malayan Banking Bhd (Maybank), bank terbesar Malaysia dari segi aset, pada Jumaat lalu berkata, ia tidak bercadang melanjutkan tempoh moratorium pinjaman yang akan berakhir September ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias, berkata tempoh penangguhan bayaran balik selama enam bulan sudah mencukupi untuk membolehkan Maybank tampil dengan pelan penstrukturan semula dalam menangani kesan COVID-19.

“Secara dasarnya, idea pelaksanaan moratorium adalah memberikan bank dan pelanggan masa untuk berdepan impak COVID-19 di mana kita tidak pernah hadapi sebelum ini.

“Dalam tempoh enam bulan (penangguhan), kita memerlukan masa untuk berbincang dengan pelanggan mengenai rancangan memperkemaskan semula kemudahan pinjaman mereka sebelum keluar dari tempoh moratorium dengan kedudukan yang stabil,” katanya.

Abdul Farid berkata, bank itu menjangkakan kesan penangguhan bayaran balik pinjaman membabitkan nilai sekitar RM1 bilion hanya akan dapat dilihat pada suku kedua tahun ini.

Walaupun moratorium yang diberikan kepada semua pelanggan runcitnya tidak menjejaskan keuntungan kumpulan perbankan terbesar Malaysia itu, ia dijangka memberi kesan kepada aliran tunainya.(cash flow).

Apepun kita semua mesti bersedia menghadapi kemungkinan kemelesatan ekonomi yang sangat teruk dalam dunia global kita. Kita pun tak tahu bila benar-benar ekonomi negara dan dunia akan pulih seperti biasa. Ianya bukan sehari dua punya kerja. Kita semua memainkan peranan yang penting dalam memastikan ekonomi negara akan mampu untuk kekal.

 

 

Share this on WhatsApp

Ekonomi Lanjut moratarium terhad pada golongan terjejas- Menteri Kewangan, morotarium bersasar 2020, pinjaman morotarium bersasar habis 6 bulan

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Zik says

    June 29, 2020 at 6:26 pm

    khusu untuk mereka yang terjejas itu yang lebih penting.. sebab kita nak stabilkan ekonomi. mana yang boleh go on teruskan. yang tak boleh survive kena mohon morotarium ini.

    Reply
    • Zik says

      June 29, 2020 at 10:35 pm

      testing bro.. ada error sejak kebelakangan ini

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.