

UPDATE TERBARU MORATORIUM, BERAPA LEBIHAN INTEREST PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL?
Ramai yang marah nih termasuklah Mak Cik Kiah. haish. Ini bukan dari govenment sebenarnya, bank yang uturn. Huhu. Apepun, kita harap penjelasan dari pihak kementerian kewangan kenapa jadi macam ini?
Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan interest sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut.
Bermaksud yang terlibat adalah loan kereta dan juga personal loan. Hutang rumah tak ada apa-apa perubahan.
Beza yang dulu dengan sekarang?
Dalam kenyataan sebelum ini, moratorium untuk loan kereta dan personal loan tak akan ada apa-apa bayaran tambahan. Cuma panjangkan tempoh bayaran loan selama 6 bulan. Umpama dapat loan holiday selama 6 bulan.
Sekarang interest akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan cuti bayar tu.
Jadi berapa jumlah extra yang kita kena bayar kalau ambil Moratorium?
Boleh guna formula ni untuk kira lebihan interest yang perlu dibayar,
Extra Interest = (Jumlah bayaran bulanan x 6 bulan) x interest rate x (baki tempoh pinjaman dalam tahun + 0.5)
Contoh untuk loan kereta,
Bayaran bulanan = RM1,000
Interest rate = 3%
Baki tempoh pinjaman = 5 tahun
Extra interest = RM1,000 x 6 bulan x 3% x (5 + 0.5) = RM990
Lebihan interest sebanyak RM990 ini perlu dibayar samada:
1. Terus bayar lump sum instalment tertangguh 6 bulan itu sebaik sahaja habis tempoh moratorium 6 bulan (October 2020). Tak perlu bayar lebih instalment seterusnya dan tempoh pinjaman masih sama.
2. Bayar jumlah instalment seperti biasa bermula October 2020, tapi tempoh bayaran akan dipanjangkan untuk tampung lebihan interest.
3. Bayar dengan jumlah instalment yang lebih tinggi setiap bulan bermula October 2020, tetapi tempoh pinjaman akan kekal sama.
Boleh rujuk dengan bank masing-masing untuk kaedah bayaran yang lebih tepat.
Sebelum ini memang “no brainer” punya pilihan untuk kita ambil moratorium untuk loan kereta & personal loan sebab tak ada kena bayar extra.
Tapi memandangkan sekarang dah kena charge, adakah masih sesuai untuk kita ambil?
Kalau tanya saya personally, saya memang akan tetap ambil juga moratorium ni.
Pun masih atas sebab yang sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ni.
1. Kita perlukan tunai sebanyak mungkin sepanjang tempoh krisis ini.
2. Ada syarikat besar yang tersenarai dalam Bursa pun sudah mula potong gaji pekerja sebanyak 4%. Keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.
3. Lebihan tunai itu boleh kita guna untuk hapuskan hutang jahat seperti kad kredit.
4. Jumlah interest lebihan yang dikenakan masih lagi munasabah. Kita hanya perlu bayar RM990 untuk dapat lebihan tunai RM6,000 selepas 6 bulan (guna contoh di atas)
5. RM6,000 itu saya boleh gandakan sebanyak paling kurang 10% sebulan di pasaran saham. Lepas 7 bulan dah boleh berkembang 100% menjadi RM12,000.
Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak.
Ada orang malas nak pening-pening, dia bayar sahaja macam biasa.
Yang ada skill untuk melabur, memang dia akan ambil lebihan tunai tersebut.
Semoga pencerahan di atas mampu membantu anda membuat keputusan.
Perubahan terbaru prosedur untuk mendapatkan moratorium pinjaman selama enam bulan bagi perjanjian sewa beli nampaknya berlaku disebabkan oleh “kealpaan” Bank Negara.
Ekoran pengumuman mengenai moratoria “automatik” terhadap semua pembayaran pinjaman dan pembiayaan pada 25 Mac lalu, Bank Negara hari ini mengumumkan bahawa dokumentasi tambahan diperlukan untuk menangguhkan pembayaran sewa beli dan pembiayaan Islamik.
Dalam kenyataannya lewat malam ini, Bank Negara menjelaskan, peminjam untuk dua kategori pembiayaan itu tidak perlu membuat permohonan untuk penangguhan, namun masih perlu melengkapkan dokumen untuk memberikan kebenaran yang sah buat moratorium dilaksanakan.
“Selepas itu, pihak bank akan menghubungi peminjam mengenai langkah mudah selanjutnya,” kata bank pusat itu.
Katanya kenyataan media malam ini dibuat untuk menangani isu-isu prosedur yang mempunyai kesan undang-undang kepada moratorium yang dilaksanakan sebagai memenuhi keperluan Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan syariah.
Sementara itu sumber yang mengetahui hal tersebut memberitahu, untuk pinjaman sewa beli, prosedur tambahan itu dibuat ekoran “kealpaan” terhadap syarat-syarat yang dinyatakan dalam Akta Sewa Beli 1967.
“Hal ini dibangkitkan selepas pihak bank menjanjikan kepada pelanggan masing-masing bahawa tiada tidak akan ada caj tambahan kepada (penangguhan) pinjaman sewa beli mereka,” kata sumber yang enggan didedahkan identitinya itu.
Katanya undang-undang tidak membenarkan perubahan sepihak ke atas pinjaman sewa beli sebelum mendapat izin yang jelas daripada peminjam.
Seksyen 39 Akta Sewa Beli menyatakan setiap perubahan pada perjanjian “tidak akan berlaku kecuali penyewa atau ejennya bersetuju dengan perubahan atau perkara tambahan dengan menandatangani atau memulakan perjanjian”.
Seksyen itu menyatakan, pemimjam boleh menyatakan persetujuan dengan menandatangani perjanjian tambahan.
Penjelasan Bank Negara pada malam ini hadir selepas muncul spekulasi di alam maya berhubung kenyataan media terdahulu mengenai arahan kepada bank agar memaklumkan pelanggan masing-masing mengenai perubahan terma perjanjian mereka.
Secar ringkasnya :
3 Pilihan yang boleh dibuat adalah:
1) Bayar Penuh jumlah penangguhan (Lump Sum) terkumpul 6 bulan + ansuran Oktober pada bulan Oktober tanpa apa-apa pertambahan bayaran faedah. – Perlukan Pengesahan Penerimaan.
2) Sambungan 6 bulan bayaran kepada bulan akhir bayaran pinjaman/pembayaran, kadar faedah bergantung kepada kadar kontrak dan akan dicaj berdasarkan jumlah amaun tertangguh yang belum dibayar sehingga pembayaran penuh dilakukan. – Perlukan Pengesahan Penerimaan
3) Bayar seperti biasa mulai Mei, – Tidak memerlukan Pengesahan Penerimaan.
Harap maklum.
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply