• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Semua Bank tangguh 6 bulan bayaran balik hutang peminjam-Bank Negara Malaysia

Semua Bank tangguh 6 bulan bayaran balik hutang peminjam-Bank Negara Malaysia

Zik · Mar 25, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

bank negara malaysia

Sangat mencabar ekonomi untuk wabak covid19 kali ini. Ini bukan negara kita sahaja. Satu dunia terkesan dengan wabak ini. Oleh yang demikian, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan satu “kelonggaran” yang boleh mengurangkan beban hutang kita ini.

Bank-bank diarahkan untuk menangguhkan selama enam bulan bayaran balik hutang peminjam untuk semua pinjaman dan bayaran kewangan, kecuali untuk baki kad kredit, bermula 1 April.

Dalam surat kepada semua institusi perbankan hari ini, Timbalan Gabenor Bank Negara Jessica Chew berkata matlamat langkah tersebut untuk mengurangkan beban kewangan perusahaan kecil dan sederhana serta individu akibat wabak Covid-19. 

Untuk layak menerima kemudahan ini, pemberi pinjaman tidak boleh ada bayaran tertunggak melebihi 90 hari sebelum 1 April dan pinjaman tersebut mesti dalam bentuk mata wang ringgit.

Bank telah diarahkan untuk menyediakan pemberi pinjaman dengan maklumat yang mencukupi mengenai bagaimana pembayaran balik pinjaman yang digantung akan dikendalikan semasa tempoh penangguhan dan pilihan bagi peminjam untuk meneruskan pembayaran selepas itu.

“Institusi perbankan pada umumnya dijangka akan memudahkan proses pembayaran balik dimulakan semula selepas tempoh moratorium konsisten dengan kemampuan peminjam.

“Ini termasuk menawarkan pelan bersesuaian bagi melangsaikan pembayaran balik prinsipal (bayaran pokok) dan (bunga) faedah terakru semasa tempoh moratorium, dengan mengambil kira keupayaan peminjam untuk membayar balik.

“Institusi Lembaga perbankan juga perlu memastikan individu seta perniagaan kecil dan sederhana (SME) yang tidak ingin memanfaatkan penangguhan secara automatik ini boleh meneruskan membuat pembayaran dengan sedikit kesulitan,” tulis Chew.

Baki kad kredit  jadi pinjaman bersyarat, sekiranya…

Bank Negara juga “amat menggalakkan” bank untuk memudahkan permintaan moratorium oleh peminjam korporat melalui cara yang akan membolehkan syarikat itu berdaya maju untuk mampu mengekalkan pekerjaan dan dengan pantas dapat meneruskan aktiviti ekonomi apabila keadaan kembali stabil dan bertambah baik.

“Ini juga termasuk pertimbangan bersesuaian pembiayaan tambahan untuk menyokong aliran tunai serta penjadualan semula dan penstrukturan semula kemudahan sedia ada,” tulis Chew.

Bagi individu yang tidak dapat memenuhi pembayaran bulanan minimum untuk baki kad kredit, Bank Negara telah mengarahkan bank untuk mengubah baki itu menjadi pinjaman bersyarat.

Bank Negara akan menyediakan mudah tunai yang mencukupi untuk bank-bank dalam tempoh ini. Bank-bank juga digalakkan untuk mengelak daripada meningkatkan persaingan untuk deposit kerana ia akan menyebabkan pasaran dana tergendala dan pecah serta memberi kesan terhadap keadaan kredit.

Penerangan ringkas.

Tak tau nak kata apa. “This is the craziest circular” yang BNM in colaboration our own government buat in order to ease burden rakyat dikala krisis kesihatan sekarang. Ya menjawab persoalan awal anda semua, kene apply ke sebelum ni? Ya betul, tapi kali ini tidak perlu apply selagi anda adalah peminjam individual atau sme. Automatik bro!!  

Okay gua explain dulu apa maksud bende ni, maksudnya segala pinjaman termasuk kereta, rumah, ASB financing, pinjaman peribadi dan non-revolving credit akan di posponed 6 bulan AUTOMATIK (tak payah bayar 6 bulan, bukan free). Apa jadi pada total repayment tenure ialah, ianya akan bertambah 6 bulan kedepan dan mungkin lebih sikit sebab ada accrued profit charge.

—————————————————
SYARAT

1.Pinjaman tersebut tidak boleh melebihi 90 hari atau 3 bulan as at 1 April 2020 (ayat simple, jangan sedia ada tunggakan masa 1 april nnt melebihi 3 bulan)

2. Segala repayment dalam Ringgit Malaysia. Bayar loan bank singapore ke ape ke, tu negara sana punya cerita
—————————————————

Berbalik pada konteks “craziest circular by BNM & Malaysia Goverment”, perkara ni memerlukan suntikan fund yang sangat besar dari Government sebab.

Bayangkanlah :

1. Kalau 1 bank sahaja tak dapat collect 1 bulan instalment untuk semua fasiliti sahaja berjuta profit colection boleh hilang dan boleh lumpuh allocation untuk bayar overhead charges Financial instituition tersebut

2. Apatah lagi untuk 6 bulan pospone payment, untuk semua bank (individu dan sme) untuk semua bank. Berapa Billion BNM & Government kene suntik untuk kekalkan cashflow bank demi nak bayar gaji pekerja?

Kalau anda waras, anda sedar betapa besarnya effort ni pada kita, jangan tunjukkan ketaksuban anda pada parti politik dengan memandang ambil mudah tentang usaha kerajaan dan badan-badan yang terlibat yang dah diberikan ini. Ini bukan sesuatu yang kelakar atau troll. Sangat gila dan sangat bagus bagi sesebuah negara nak bertindak begini apatah lagi disaat goyahnya pegangan politik dan ekonomi serantau masa ini.

Kenyataan Perdana menteri.

penangguhan loan 6 bulan bank negara

penangguhan loan 6 bulan bank negara

penangguhan loan 6 bulan bank negara

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Ekonomi BACA: COVID-19: BNM umum penangguhan bayaran pinjaman sehingga enam bulan, Bank akan tawar moratorium sehingga enam bulan - Muhyiddin, penangguhan loan semua bank dari bank negara, Semua Bank tangguh 6 bulan bayaran balik hutang peminjam-Bank Negara Malaysia

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: