KEPUTUSAN PENUH :
MALAYSIA 4-1 BANGLADESH
Jaringan oleh :
- Safawi Rasid 16′ (P)
- Dion Cools 38′
- Syafiq Ahmad 47′
- Darren Lok 73′
- Mohammad Ibrahim 31′
Secara keseluruhannya kita berpuas hati dengan keputusan perlawanan malam semalam.
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas menundukkan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam semalam. Lebih kurang 50 ribu yang hadir datang ke stadium Bukit Jalil pada malam tadi. Perdana menteri, dan menteri belia dan sukan turut hadir memberikan sokongan padu.
SEPARUH MASA PERTAMA.
Awal minit ke 5 kita dah cipta peluang, Shafiq Ahmad terkena tiang gol apabila hantaran dari sebelah kiri kepada Shafiq Ahmad, masa sebelum gol pertama dalam awal 15 minit permainan kita dah high intensity, attacking kaw-kaw macam lawan dengan Turkmenistan dan juga Bahrain. Cuma bahrain lebih solid pertahanan mereka.
Gol pertama dan bolos juga.
Akhirnya skuad kendalian Kim Pan Gon berada di depan pada minit ke-16 menerusi Safawi Rasid yang menyempurnakan sepakan penalti selepas Matthew Davies dijatuhkan pertahanan lawan. Bangladesh bagaimanapun membuat kejutan apabila berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohammad Ibrahim pada minit ke-31 biarpun diaorang tak menguasai bola, tetapi diaorang dapat peluang melalui set piece dari hantaran bola ke dalam dan tiada follow up dari pemain malaysia yang hanya ball watching dari jauh Mohammad Ibrahim menerpa bola itu menanduk masuk ke gawang pasukan malaysia. Gamat seketika bukit jalil dibanjiri penyokong Bangladesh malam tadi sekejap.
Dalam selang lebih 7 minit selepas itu, skuad Harimau Malaya kembali di depan apabila Dion Cools meledak gol kedua pasukan negara selepas rembatan derasnya gagal diselamatkan penjaga gol, Anisur Rahman. Sebelah kiri gawang.
SEPARUH MASA KEDUA.
Hanya dua minit selepas bersambung babak kedua, Syafiq Ahmad mengukuhkan kedudukan buat skuad Harimau Malaya apabila menanduk masuk bola hantaran Faisal Halim. Malam gemilang skuad kebangsaan diteruskan dengan jaringan pemain gantian, Darren Lok selepas dia tenang menyudahkan hantaran Akhyar Rashid pada minit ke-73.
Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan E dengan enam mata dan berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima naib juara terbaik dari enam kumpulan yang mendapat tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Bahrain yang terlebih dahulu mengesahkan tempat ke pusingan akhir muncul juara Kumpulan E dengan mengumpul sembilan mata, sementara Turkmenistan di tangga ketiga (tiga mata) dan Bangladesh di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah.
Dion Cools Menjadi Man of the Pada perlawanan malam semalam.
Keputusan KUMPULAN YANG LAIN.
Kumpulan A: Palestin 4 – 0 Filipina
Kumpulan B: Yaman 0-2 Mongolia
Kumpulan C: Maldives 1-0 Sri Lanka
Kumpulan D: Afghanistan 2-2 Kemboja
Kumpulan E: Bahrain 1-0 Turkmenistan, Malaysia 4-1 Bangladesh
Kumpulan F: Myanmar 2-6 Singapura
Leave a Reply