Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / 40,000 Ribu tiket online dijual, final aff suzuki cup 2018!!

40,000 Ribu tiket online dijual, final aff suzuki cup 2018!!

Zik · Dec 7, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Sebanyak 40,000 tiket untuk aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, akan dijual secara dalam talian di laman sesawang www.tickethotline.com.my bermula har ini dan Sabtu ini 7 dan 8 haribulan disember 2018 .

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Michael Ramalingam dalam satu kenyataan memaklumkan 20,000 keping akan dijual esok, manakala baki 20,000 tiket lagi akan dijual pada Sabtu, dengan waktu penjualan bermula 9 pagi untuk kedua-dua hari berkenaan.

Beliau berkata tiket final pertama hanya akan mula dicetak di Bangkok, Thailand oleh syarikat tiket dilantik Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) selepas berakhir aksi separuh akhir kedua antara Vietnam dan Filipina di Hanoi, malam semalam. So keputusannya kita dah tahu kan yang mana malaysia akan bertemu dengan Vietnam pada 11 dan 15 ini nanti. 

Stuart berkata tiket yang siap dicetak nanti, dijangka tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu sebelum mula dijual kepada orang ramai pada Ahad ini.

Dalam perkembangan sama, Stuart memaklumkan FAM akan memberi keutamaan pembelian tiket final pertama untuk penyokong tempatan yang hadir menyaksikan aksi separuh akhir kedua antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, malam tadi.

“Sila simpan keratan tiket separuh akhir kedua bertemu Thailand malam tadi kerana FAM sedang berbincang untuk memberi keutamaan kepada anda semua dalam proses membeli tiket ini. Nantikan pengumuman rasmi mengenainya,” jelas Stuart.

Beliau berkata FAM menetapkan harga tiket lebih murah untuk aksi final pertama, RM40 bagi tempat duduk terbuka (RM10 lebih murah berbanding edisi 2014) dan RM5 bagi kanak-kanak (RM5 lebih murah berbanding edisi 2014), selain tempat duduk grandstand berharga RM50.

Ia sebagai menghargai sokongan padu penyokong skuad negara yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil ketika aksi separuh akhir pertama antara Malaysia dan Thailand pada 1 Dis lepas, jelas Stuart.

Sementara itu, beliau menjelaskan FAM akan menguruskan urusan pembelian tiket untuk aksi final kedua kepada peminat bola sepak negara yang berminat menyaksikan perlawanan berkenaan di tempat lawan pada 15 Dis ini.

Malaysia layak ke final walaupun seri 2-2 menentang Thailand pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Thailand, malam tadi.

Keputusan seri itu sudah mencukupi untuk skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe layak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, 1 Dis lepas.

Lawan Malaysia pada aksi final akan ditentukan pada separuh akhir kedua antara Vietnam dan Filipina di Hanoi, malam ini, dengan Vietnam meraih kemenangan tipis 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Bacolod City, Filipina, 2 Dis lepas, malam semalam pula Vietnam pun memang 2-1 keatas Filipina menjadikan aggregate 4-2. 

Share this on WhatsApp

Sukan tikel final piala af f suzuki 2018, tiket final habis dijual, tiket final piala aff suzuki 2018, tiket online aff suzuki 2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.