credit fam page facebook
Skuad Harimau Malaya memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2023 dengan nota kemenangan apabila dapat menundukkan Turkmenistan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam semalam.
Anak buah Kim Pan-gon yang diletakkan dalam Kumpulan E nyata berada di landasan yang terbaik sepanjang 90 minit aksi yang turut mendapatkan sokongan padu hampir 21,591 (dinyatakan page FAM) penyokong termasuklah Ultras Malaya.
Kedudukan ranking Turkmenistan yang lebih tinggi di tangga 134 berbanding Malaysia di posisi 154 seolah tidak menggambarkan kelemahan tuan rumah yang memperagakan aksi cukup bertenaga.
Safawi Rashid peledak gol pertama.
Pasukan Harimau Malaya berjaya mendahului seawal minit ke-11 menerusi Safawi Rasid yang memanfaatkan hantaran Arif Aiman disebelah kanan follow up yang pantas dari Safawi apabila penjaga gol Turkmenistan bola muntah keluar, terus Safawi Rashid merembat bola ke gawang lawan.
Gol kedua, Faisal Halim, man of the match.
Gol itu nyata menyemarakkan semangat pemain yang berjaya menambah gol kedua lima kemudian hasil jaringan Faisal Halim.
Jaringan kedua itu berpunca daripada pressure Ariff Aiman merampas bola yang memaksa pertahanan lawan melakukan kesilapan di depan kotak penalti sebelum tenang di manfaatkan Faisal untuk menewaskan Orazmuhamedov di pintu gol. Position Faisal yang tepat pada waktunya , rembatan padu di sebelah kiri gawang berjaya menewaskan penjaga gol Turkmenistan.
GAWANG BOCOR, KESILAPAN SENDIRI.
Kita boleh terima kalau gol dari pihak lawan disebabkan gerakan skill individu atau rembatan yang padu. Namun gol ini berpunca kesilapan pertahanan sendiri. Pada minit ke 38, Sharul Saad terlepas dari gerakan laju, selepas Dion Cools tertanduk kebelakang yang gagal dikeluarkan Farizal Marlias dan ia mudah disudahkan Annadurdyyev Altymyrat (susah nak sebut namanya) untuk merapatkan kedudukan 2-1.
Corbin Ong , tambah derita Turkmenistan.
Sebelum menuju ke bilik persalinan, penyokong kembali bersorak apabila tonggak pertahanan Corbin Ong melakukan larian solo dari bawah sehingga ke kotak penalti pelawat sebelum dia melepaskan rembatan untuk gol ketiga yang juga jaringan keduanya di peringkat antarabangsa.
SEPARUH MASA KEDUA, TIADA JARINGAN DIHASILKAN.
Rentak pasukan negara separuh masa kedua bagaimanapun sedikit longgar dengan skuad kendalian Hojageldiyev Yazguly memiliki beberapa peluang keemasan namun semuanya gagal menewaskan Farizal.
Kim Pan-gon membawa masuk beberapa pemain termasuk Guilherme de Paula, Safiq Rahim, Syafiq Ahmad, Putra Nadir dan Mohamadou Sumareh tetapi gagal menambah jaringan hingga tamat aksi.
Petang sebelum itu pukul 5, dalam satu lagi aksi yang berlangsung di sebelah petang menyaksikan Bahrain menang 2-0 menewaskan Bangladesh. Malaysia kini berkongsi tiga mata dengan Bahrain namun berada di tangga pertama hasil kelebihan jaringan.
Selepas ini, skuad Harimau Malaya akan bertemu Bahrain dalam aksi kedua di Stadium Bukit Jalil, tempat yang sama.
Leave a Reply