Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Video highlights Uitm 1 vs1 Kedah (sedikit ulasan)12.3.2020

Video highlights Uitm 1 vs1 Kedah (sedikit ulasan)12.3.2020

Zik · Mar 12, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super ,

SHAH ALAM: Kedah terus kempunan untuk meraih kemenangan pertama musim ini apabila diikat ‘budak baharu’, UiTM FC 1-1 pada aksi di Stadium UiTM Shah Alam, malam semalam. Uitm agak liat sebenarnya untuk musim kali ini sejak dibimbing oleh jurulatih baru Bernhardt, bekas jurulatih bawah u23 sebelum  datuk ong kim swee ambil semula bawah 23 tahun, kemudian sekarang ini belum lagi ada sesiapa yang menggalas tanggungjawab bawah 23 tahun.

Keputusan penuh.

UITM 1-1 KEDAH. 

Jaringan oleh:

  • Kpah Sherman 30″
  • Gustavo Almeida 81″

Baca juga: Keputusan penuh liga super 11 mac 2020.

Namun, satu mata yang diraih setidak tidaknya mungkin dapat melegakan sedikit tekanan buat skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu selepas mereka tewas dalam dua aksi terdahulu sementara UiTM FC mencipta sejarah tersendiri meraih mata pertama mereka dalam kancah Liga Super.

Pada aksi terbabit, Kedah terpaksa menunggu sehingga minit ke-30 bagi memecah kebuntuan apabila sepakan melencong Kpah Sherman daripada luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol UiTM FC, Muhd Norhaziq Mohd Aris untuk gol pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, Kedah beroleh peluang keemasan untuk melebarkan jurang apabila pengadil perlawanan, Ku Alauddin Ku Muhammad menghadiahkan sepakan penalti kepada pelawat pada minit ke-59 selepas bola terkena tangan pemain UiTM FC, Ousmane Fane.

Norhaziq memastikan UiTM FC terus berada dalam perlawanan apabila bijak melayangkan badan untuk menepis sepakan penalti yang diambil Sherman sebelum dia sekali lagi menyelamatkan percubaan Tchetche Kipre empat minit berselang.

Usaha UiTM FC yang menggandakan asakan akhirnya berbalas apabila hantaran jauh Shafiq AlHafiz disudahkan oleh Gustavo Almeida pada minit ke-81 sekali gus mengubah kedudukan kepada 1-1.

Selepas ini, Kedah akan melayan kunjungan Selangor di Stadium Darul Aman sementara UiTM FC akan menentang PDRM di laman sendiri.

 

Video gol highlights Uitm 1-1 Kedah 12 mac 2020. 

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan keputusan uitm vs kedah liga super 11 mac 2020, uitm vs kedah, Video highlights Uitm 1 vs1 Kedah (sedikit ulasan)12.3.2020, youtube gol uitm 1-1 kedah 11 mac 2020

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.