Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Piala ASIA / LIVE STREAMING MALAYSIA VS BANGLADESH 14.6.2022

LIVE STREAMING MALAYSIA VS BANGLADESH 14.6.2022

Zik · Jun 14, 2022 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

MALAYSIA VS BANGLADESH

LIVE STREAMING MALAYSIA VS BANGLADESH KEMPEN KELAYAKAN PIALA ASIA 14.6.2022

Perlawanan yang terakhir dalam kempen kelayakan piala asia 2023 hari ini diantara pasukan malaysia vs Bangladesh di gelanggan keramat kita sekali lagi, Stadium Bukit Jalil. Biarpun padang ini dikritik sebab cara penyelengaraan padang ketika lawan dengan Bahrain tempohari kita sangat mengecewakan. Yelah, petang dengan malam sebelum game hujan. Air dekat padang melimpah ruah. Sistemnya sangat mengecewakan. Terpaksa pakai manual semuanya, pakai penyeduk, getah paip, kadbod dan sebagainya nak kasi clear air dekat padang.

Nasib baiklah badan AFC tak membatalkan padang stadium bukit jalil ini. Kalau tak kena tukarlah venue lain yang lebih baik dari padang ini macam stadium sultan Ismail ke atau stadium di Terengganu. Lupakan duka pada perlawanan hari sabtu yang lepas diamana pasukan harimau malaya tewas 1-2 dengan pasukan pilihan Bahrain.

KITA MINTA PENONTON BANJIRI STADIUM, BUKAN STADIUM BANJIR!!

Apepun ketika artikel ini ditulis tiket telah terjual lebih kurang 26 ribu lebih. Hari biasa nih agak sukar untuk full house melainkan hari minggu. Perlawanan yang lepas dengan Bahrain lebih kurang 65 ribu tuh. Ramai juga beb. Aku menjangkakan lebih kurang 45 ribu yang akan datang ke stadium dalam perlawanan yang terakhir dalam kumpulan B ini pada malam ini nanti  jam 9 malam.

Secara ringkasnya pasukan malaysia pada perlawanan pertama kita berjaya mendapatkan tiga mata penuh menewaskan pasukan Turkmenistan 3-1. Kemudian sabtu yang lepas kita hampir seri dan boleh menang sebenarnya. Tetapi bila seorang pemain yang buat taik, memang lah mendapat kita semua. Penalti dari bahrain memusnahkan impian skuad Kim Pan Gon untuk mengikat pasukan Bahrain sekurang-kurangnya 1-1 dalam perlawanan ini.

Nasi dah jadi bubur, kita dah tak boleh nak menyesal. Perlawnanan yang sekarang ini kita kena fokus dan cepat move on. Perlawanan dengan pasukan Bangladesh ini bukanlah lawan team yang lemah biarpun pasukan mereka berada di tangga terbawah ,tetapi mereka tidak tewas dengan jaringan jurang yang besar. Mereka kata dah tak tertekan sebab dah takda apa yang nak dikejarkan sebab pasukan mereka dah tersingkir. Mahu membuat kejutan perlawanan terakhir ini menentang pasukan tuan rumah. Mereka kata pasukan malaysia berada dalam tertekan. Boleh jadi keputusan seri atau pasukan kita akan bungkus. Mahu tak mahu, kita kena dapatkan tiga mata sekurang-kurangnya. Masih ada peluang untuk dapatkan slot dalam kempen terakhir kelayakan piala asia 2023 ini. Cuma kita takut pasukan Bangladesh mahu seri, diaorang akan parking bus kaw-kaw. Kita takut terleka dihujung-hujung perlawlanan.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN E

  1. BAHRAIN 6 MATA
  2. MALAYSIA 3 MATA
  3. TURKMENISTAN 3 MATA
  4. BANGLADESH 0 MATA

Semoga berjaya buat skuad harimau malaya pada perlawanan malam ini bertemu dengan pasukan Bangladesh.

Jangan lupa :

MALAYSIA VS BAHRAIN

MASA : 9 MALAM

TARIKH : 14.6.2022

LOKASI : STADIUM , BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

TIKET : ONLINE DISINI, (MASIH OPEN) 

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS BANGLADESH 14.6.2022

 

 

LIVE STREAMING MALAYSIA VS BANGLADESH 16.4.2022

tekan butang tv9

 

Share this on WhatsApp

Piala ASIA, Sukan keputusan malaysia vs bangladesh, keputusan terkini malaysia bangladesh 14.6.2022, LIVE STREAMING MALAYSIA VS BANGLADESH 14.6.2022, malaysia vs bangladesh, siaran langsung perlawanan kelayakan piala asia malaysia vs bahrain 14.6.2022

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.