Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Teknologi dan IT / Jenis-Jenis Penipuan Melalui Internet

Jenis-Jenis Penipuan Melalui Internet

Zik · Aug 30, 2011 · 17 Comments

Share this on WhatsApp

penipuan internet di zaman millenium, penipuan internet 2011, penipuan internet 2020,

Dizaman millenium ini yang serba canggih dengan teknologi terkini. Risiko untuk kena tipu dengan macam-macam helah yangd iaorang guna ini memang sukar untuk dipastikan. Jangan hanya bila dah terkena barulah kita akan memberi peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan agar berhati-hati.

1. Penipuan lelongan internet
Pengguna dikatakan akan menerima barangan yang kurang brharga atau berbeza daripada yang sebenarnya atau mereka tidak menerima barangan itu terus.

Tindakan: Tidak sewenangnya membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau kalau boleh, hanya bayar setelah mendapatkan produk yang dibeli. Pastikan produk yang dibeli ada jaminan wang kembali.

2. Penipuan penyedia perkhidmatan internet
Pengguna dikenakan kontrak penggunaan perkhidmatan yang lama dan dikenakan denda yang banyak sekiranya mahu membuat pembatalan.

Tindakan : Pastikan anda bertanya dan membaca kontrak dengan teliti sebelum bersetuju dengan sebarang perjanjian.

3. Penipuan promosi rekabentuk laman web
Pengguna ditawarkan pembinaan web dengan masa percubaan 30 hari tetapi mereka meminta membayar untuk perkhidmatan lain dan maklumat mereka disalahgunakan.

Tindakan : Sentiasa memeriksa bil anda terutama bil telepon. Pastikan tiada sebarang transaksi meragukan.

4. Penipuan maklumat internet dan lawan web dewasa
Maklumat pengguna kad kredit akan digunakan secara salah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab setelah melakukan pembayaran kepada laman web dewasa atau lucah.

Tindakan : Batalkan serta merta kad kredit anda dan buat aduan kepada bahagian customer service syarikat kad kredit anda

5. Penipuan pemasaran mutilevel atau piramid
Ada bermacam-macam program multilevel atau piramid yang tidak sah yang mengaut keuntungan dengan menipu orang ramai.

Tindakan : Pastikan corak pemasaran mereka dengan teliti. Tanya pendapat orang lain sebelum anda menyertai sesuatu program. Jika corak pemasaran mereka mengelirukan, jangan sekali-kali sertainya.

6. Peluang perniagaan dan kerja rumah
Pengguna dijanjikan wang yang banyak untuk melakukan kerja yang sedkit.

Tindakan: Biasanya bayaran yang banyak itu hanya umpan untuk anda ditipu. Kalau jelas mereka menipu, laporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.

7. Skim pelaburan dan cepat kaya
Pengguna ditawarkan pulangan yang tinggi dengan pelaburan yang sedikit.

Tindakan: Periksa dengan pihak berkuasa terutama kementerian kewangan dan suruhjaya sekuriti mengenai syarikat atau skim tersebut.

8. Penipuan percutian
Pengguna ditawarkan dengan percutian yang murah tetapi mereka tidak memberitahu harga sebenar dan keperluan lain sebelum mendapat percutian.

Tindakan : Rujuk kepada pihak tertentu dan baca dengan teliti tawaran yang diberikan.

9. Penipuan talian telefon
Banyak laman web dewasa dan lucah menawarkan talian terus kepada mereka dengan percuma. Tetapi sebenarnya ia akan menyebabkan moden anda mendail terus ke talian luar negara yang tersangat mahal.

Tindakan: Pastikan anda tidak memindah terima program tawaran percuma dan periksa bil telefon anda samaada terdapat sebarang rekod panggilan pelik yang berlaku.

10. Penipuan penjagaan kesihatan
Laman laman web yang menawarkan bekalan ubat atau pemulihan kesihatan untuk masalah kesihatan yang serius. Malangnya ubat yang ditawarkan langsung tidak berkesan.

Tindakan : Jumpalah doktor atau orang yang lebih arif yang bertauliah untuk mendapatkan sebarang pandangan pandangan sebelum membeli sebarang ubat/produk kesihatan.

Ah ha, semoga sedikit sebanyak dari jenis-jenis penipuan yang disenaraikan diatas (masih ada yang lain, sehingga hari ini) kita berusaha untuk memastikan tahap kesedaran kita dari terkena tipu dalam dunia internet yang semakin mencabar ini. Walaupun pada masa kini relevannya untuk akan datang mungkin tidak berasas. Namun, kita perlu tahu sekurang-kurangnya mana yang baik mana yang harus kita jauhi.

Sumber rujukan linkbebas.com

Share this on WhatsApp

Teknologi dan IT cara untuk mengatasi penipuan internet, jenis penipuan di internet, penipuan yang berlaku di internet, program scam internet, scam alert

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    August 30, 2011 at 11:48 am

    Yang selalu terkena email phising supaya mengemas kini kata laluan.

    Reply
    • Zik says

      September 8, 2011 at 2:30 am

      kalau masukkan kata laluan..siappp

      Reply
  2. zulkbo says

    August 30, 2011 at 11:49 am

    Demi semangat setiakawan,
    Datang disambut tangan dihulurkan;
    Adat insan dalam pergaulan,
    Salah dan silap harap maafkan.

    ????????????????????????????
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
    ????????????????????????????

    Reply
    • Zik says

      September 8, 2011 at 2:31 am

      selamt hari raya bro zul…

      Reply
  3. FD says

    August 30, 2011 at 5:00 pm

    penipuan MLM lah yang hebat sikit kat internet…. nak2 kat facebook. cari stock photos yang pegang duit bnyk2. Tapi susah lah, sebab ada yang terkena. #lol

    lagi satu lah… in case kalau nak subscribe aper2 service, make sure jgn duk baca sangat review orang lain. telefon customer support dan tanya habis habisan.. aku pernah telefon dan cakap dengan 4 orang customer support dari Alliance Banking dan semua bagi info yang berbeza untuk service yang aku mintak…. sakit hati betol.

    Reply
    • muhammad fakhruddin says

      September 2, 2011 at 7:22 am

      Setakat tunjuk gambar pegang duit banyak boleh tahan lagi, ini siap invite ke event yang mereka reka sendiri (untuk promosi). Ini yang saya anti lagi.

      Reply
  4. Andy says

    September 1, 2011 at 9:45 am

    Phishing email tu,selalu juga kena,selalu yang m2u tu ,tapi memang dah tau email tu penipu tapi ada juga terkena

    Reply
    • Zik says

      September 8, 2011 at 2:37 am

      kena ingatkan berapa kali.. takut2 lupa juga…

      Reply
  5. Omar says

    September 2, 2011 at 6:09 am

    semua dekat atas tu membawa 1 maksud….

    penyalahgunaan internet…

    bahaya tol, terutama yang melibatkan kad kredit tu…

    Reply
    • Zik says

      September 8, 2011 at 2:40 am

      kad kredit kalau tak jaga betul2.. mahu melambung nak kena bayar… aisshh sakit sungguh

      Reply
  6. nizamghazi says

    September 2, 2011 at 2:46 pm

    Byk betol jenis penipuan ni.
    Sllu nye org yg buat servis penipuan ni tak tahan lama.
    Hackers pun tak bersikap mcm ni

    Reply
    • Zik says

      September 8, 2011 at 2:45 am

      macam2 hal sekarang nih… tak tahu akan datang.. kepala otak diaorang bergeliga berfikir nak tipu…. haishhh

      Reply
  7. ardzham says

    September 2, 2011 at 10:56 pm

    terlalu banyak teknik penipuan di internet, sebaiknya sebelum sesaorang pengguna menggunakan internet, patut diwajibkan mengambil ujian terlebih dahulu seperti ujian jpj masa nak ambil lesen memandu.

    jadi bila dah mula guna internet dah dapat bezakan mana yang betul dan mana yang tipu tujuannya agar tidak mudah tertipu. ada sokongan dengan cadangan saya?

    Reply
    • Zik says

      September 8, 2011 at 2:48 am

      boleh dipertimbangkan tuh bang ardzham

      Reply
  8. mancai says

    September 6, 2011 at 3:34 pm

    berhati2 dengan penipu… bukan di internet sahaja… offline pun banyak juga…

    Reply
    • Zik says

      September 8, 2011 at 2:48 am

      offline pun sekarang boleh tahan.. gores dan menang… grrr..

      Reply
  9. jurnal says

    September 20, 2011 at 12:00 am

    pernah juga terima panggilan telefon yang kononnya dari pihak bank..tapi nombor yang tertera adalah nombor handphone.. masa tu dorang kata nak minta pengesahan kad kredit dan surh kita bacakan 3 angka di belakang kad..sy buat tak tau jer..lepas tu pemanggil tu maki..hahaha..dah kantoi lah tu.
    berhati-hati dgn penipuan mcm ni..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.