Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Bijak Wang / Pembelian atas talian diantara kebaikan dan keburukan.

Pembelian atas talian diantara kebaikan dan keburukan.

Zik · Sep 3, 2023 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Kelebihan dan keburukan pembelian barang atas talian (online)
Dewasa ini, kebanyakan masyarakat hari ini lebih suka memilih pembelian barangan atas talian berbanding membeli di pasaraya secara kerap.Hal ini disebabkan perubahan keadaan masyarakat kini Yang memiliki Telefon bimbit Dan boleh melayari internet pada bila-bila masa (24 jam beroperasi) dan Di mana jua. Terdapat pelbagai aplikasi jualan atas talian Yang Kita boleh dapati, antaranya shopee,lazada, tiktok dan sebagainya.

Kebaikan pembelian atas talian.

  • Menjimatkan masa , tenaga dan duit minyak.
Pembelian secara atas talian memudahkan masyarakat membeli pelbagai barang Tanpa perlu keluar dari rumah. Malahan pelbagai barang kelengkapan rumah boleh didapati melalui aplikasi pembelian atas talian tersebut.
  • Harga yang  berpatutan dan banyak pilihan. 
Harga Yang dijual juga murah Dan berpatutan.Disamping itu,terdapat juga penghantaran percuma di aplikasi tersebut. Masyarakat boleh melihat pelbagai barangan jualan Yang terdapat Di aplikasi jualan atas talian Dan boleh membuat pilihan ketika membeli. Pembayaran Yang dibuat juga boleh dibayar apabila barang sampai Baru bayar. (COD). Pelanggan juga boleh membayar menggunakan perbankan atas talian,kad kredit Dan sebagainya. Masyarakat boleh melihat ulasan pembeli barangan Yang tersedia Di ruangan ulasan pembelian.Pembelian atas talian memberi kepuasan pada masyarakat untuk membuat pilihan barangan Yang hendak dibeli.
  • Tidak perlu beratur di kaunter.
Masyarakat tak perlu beratur panjang untuk membayar.Barang Yang sampai Akan dihantar didepan rumah Dan biasanya mengambil masa dua tiga Hari atau 2/3 minggu (luar negara).Barangan Yang dihantar elok Dan Dalam keadaan baik. Malahan apabila barang Yang sampai tidak elok pembeli boleh menghantar semula barangan tersebut.Pembelian atas talian lebih banyak kelebihan daripada kekurangan.

Keburukan atau kelemahan pembelian atas talian (online).  

 

  • Indah khabar dari rupa.
Biasa kita tengok gambar dekat shopee, fuh gambar molek elok. Sekali beli lah macam tuh rupanya. Biasa kita tersalah beli dari segi saiz yang tak sama macam kita beli, kan dia ada rate saiz asia, europe dan saiz tuh yang tak sama.  Biasalah penulis pun sama jugak kena banyak kali. Lepas tuh kena tengok barang jugak, dan chat seller terlebih dahulu. Confirmkan dari segi barang dia tuh macam mana. Lebih baik macam itu.
BARANG ORDER BARANG SAMPAI
  • Kekurangan komunikasi , hubungan peribadi. dan Ketidakupayaan untuk menguji produk sebelum membelinya

Yelah beza dengan kita pergi kedai, kita boleh borak bincang dengan yang jaga kedai , misalnya beli kasut, seluar, baju , dari segi saiz, warna fizikal dan keadaannya kita dapat tengok dulu berbanding dengan online barang tuh tak pasti ok ke tidak.

  • Anda memerlukan sambungan internet yang selamat

Sekarang zaman internet yang bahaya, nak kena secure betul. Kalau boleh nak beli barang gunakan internet yang selamat, jangan guna wifi percuma tuh kadang-kadang hackers boleh hack kita punya akaun. Kena hati-hati.

  • Takut pembayaran palsu, penipuan dan pencurian maklumat peribadi (penggodam)

Ini seperti yang sebelum ini, takut ada yang tipu. Sebab itu kalau nak beli barang online kena cari yang trusted (yang boleh dipercayai). Shopee , Lazada tuh kena tengok seller dia punya rekod , tengok komen rekod pembelian yang dari 5 star hingga ke 1 star tuh paling penting. Kadang-kadang ada yang faked akaun buat komen palsu bagi lima. Sebab tuh kena hati-hati.

  • Kesukaran atau bahkan ketidakupayaan untuk mengesan penipuan dan penipu

Ini lebih kepada scammer. Order barang, barang yang sampai takda atau barang tuh sikit. Macam-macam idea diaorang nak kenakan kepada pembeli nih. Scammer sekarang nih bijak. So sebelum beli barang kena deal terus beli dari direct shopee atau lazada. Jangan deal luar dari itu. Contoh dekat shopee dia jual Rm 50 barang tuh. Lepas tuh dia offer beli barang tuh dengan dia dengan kita bank in rm 40.00. Lepas dah transfer , dia pun lesap. Ko pun deal luar, shopee tak dapat nak tolong. Kalau kau bayar dekat shopee , lepas tuh dia hantar barang, tapi dapat barang lain atau tak dapat langsung. Boleh report dekat shopee , duit tuh korang masih boleh dapat lagi, masih selamat lah.

  • Terdapat kos tambahan yang, dalam kebanyakan kes, harus ditanggung oleh penjual. 

Kadang-kadang sakit juga bagi penjual. Sebab nak kena bayar kos pengangkutan yang dilihat kosnya tinggi juga. Lagi kalau barang tuh reject, dah lagi pening kena ganti rugi. Sebab tuh kena wrap betul-betul dan pastikan ambil gambar sebelum nak hantar kepada pelanggan. Uji barang itu terlebih dahulu (tengok jenis barang).

  • Ketidakselesaan untuk pulangan

Prosedur dia agak sukar dan ambil masa. Contohnya barang yang kita terima reject, kena hantar gambar dan video dan apabila disahkan oleh pihak mereka. Barulah kita boleh pulang semula, hantar ke pihak mereka. Dah nak kena bungkus balik pergi pejabat pos, jnt , minyak lagi.

  • Kelewatan dalam menerima produk (sekurang-kurangnya satu hari)

Ini biasalah masalah dari pihak ketiga, shipping , mungkin ada masalah dari segi lokasi tempat yang nak dihantar misalnya banjir, atau rosak masa dalam perjalanan contohnya ada satu barang tuh aku order dari china. Lepas tuh dapat tahu kapal tuh tenggelam dalam laut bersama-sama kontena tuh. Kira order tuh dibatalkan, tapi masuk dalam akaun shopee pay (e-wallet). Apepun semua, risiko tetap ada.

Kesimpulan

Secara kesuluruhannya memang ada kebaikan dan keburukannya.Meletakkan diri sebagai usahawan online untuk berjaya dalam perniagaan dalam talian, pengusaha mesti mengambil kira keadaan yang pelanggan anggap sebagai kekurangan untuk memudahkan proses pembelian dan meningkatkan penjualan.

Yang menjadi jelas ialah ada kelebihan dan kekurangan membeli secara dalam talian. Apa yang mesti dinilai ialah apakah perkara positif itu mengatasi yang negatif kerana itu satu-satunya cara untuk perniagaan berjaya dan pelanggan berpuas hati dengan pembelian mereka.

Share this on WhatsApp

Bijak Wang, Ekonomi, Global, Usahawan kebaikan beli barang atas talian, kebaikan beli barang secara online, kebaikan dan keburukan beli barang secara online, kelemahan beli barang secara talian, Pembelian atas talian diantara kebaikan dan keburukan.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.