• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Pengguna dan tanggungjawab part 4

Pengguna dan tanggungjawab part 4

Zik · Dec 8, 2011 · 5 Comments

Share this on WhatsApp

hak pengguna, pengguna dan tanggungjawab, hak yang perlu ada pada
pengguna, peranan pengguna dalam kepenggunaan

Sambungan yang terakhir siri kepenggunaan.

Pengguna seharusnya ada satu badan yang menjadi satu medium untuk dilindungi dari ditindas oleh mereka (peniaga) yang tidak bertanggungjawab. 

PERLINDUNGAN PENGGUNA

Pasaran pengguna mengikut pengharapan pengguna perlu memberi khidmat berikut di antaranya:

  1. Barangan-barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah selamat untuk makan atau diguna pakai;
  2. Maklumat yang diterima sama ada pada label barangan, pada risalah-risalah kerajaan/swasta adalah benar, cukup serta  mudah difahami supaya pengguna dapat membuat pertimbangan, pemilihan dan pembelian yang rasional berdasarkan   kepada maklumat yang ada;
  3. Pengguna diberi pilihan di pasaran untuk memilih dan membeli atau tidak membeli tanpa ada unsur paksaan atau ugutan;
  4. Pengguna ada tempat mengadu sekiranya berlaku penyelewengan dalam masa menjalankan proses jualbeli atau setelah  pembelian berlaku dan tindakan sewajarnya dibuat untuk menolong mereka sekiranya menghadapi masalah;
  5. Sistem perletakan harga yang bersesuaian dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diberi;
  6. Pengguna dilindungi melalui penguatkuasaan undang undang pengguna yang berkesan lagi adil; dan
  7. Pengguna diberi pendidikan berkaitan dengan kepenggunaan supaya mereka lebih bersedia menjalankan peranan dan  tanggungjawab di pasaran.

Apabila teknologi sudah semakin berkembang dinegara kita.

Perkembangan di bidang sains dan teknologi melahirkan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang menyebabkan pengguna menghadapi masalah untuk membuat pilihan. Kemudahan kredit dan  peningkatan taraf hidup mendorong pengguna mudah  berbelanja.

Bentuk dan sistem perdagangan telah menjadi bertambah kompleks sehingga sukar untuk difahami oleh pengguna. Bentuk pembungkusan dan penyampaian maklumat berhubung dengan barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan seringkali mengelirukan pengguna.

Permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan seringkali melebihi bekalan. Dalam berlumba-lumba   mengejar kekayaan dan kemewahan hidup, etika dan aspek kerohanian seringkali diketepikan.

Dalam keadaan begini, campurtangan pihak kerajaan adalah diperlukan. Justeru itu, berbagai undang-undang telah digubal dan dikuatkuasakan. Umumnya, undang-undang ini melarang, mengawal atau mengawal selia aktiviti yang dikenalpasti boleh memberi kesan buruk kepada perturnbuhan ekonomi negara atau merugikan pengguna.

Penutup.

Hak-hak dan tanggungjawab pengguna perlu berlaku seiring bagi membolehkan transaksi pembelian barangan atau perkhidmatan memenuhi aspirasi kedua-dua pihak iaitu pernbeli dan penjual.

Kegagalan melaksanakan tanggungjawab masing-masing akan mengakibatkan kepentingan hak kedua-dua pihak yang terabai. Undang-undang dan agensi penguatkuasa sahaja tidak mampu menjamin kepentingan pengguna dipelihara sepenuhnya tanpa tindakan dan pelaksanaan tanggungjawab oleh para pengguna sendiri.

Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha-usaha membendung inflasi dengan menguruskan perbelanjaan dengan berkesan yang boleh membantu pengurangan permintaan di pasaran dan seterusnya menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan.

Sebenarnya pecahan-pecahan dalam isu pengguna dan tanggungjawab itu luas. Banyak perkra yang masih tidak disentuh. Apa-pun ia akan dikupas dengan tajuk yang hampir sama. Cuma, ada sedikit penambahan.

Sumber pmr.penerangan.gov

Share this on WhatsApp

Akademik apa yang pengguna perlu tahu, isu kepenggunaan, isu pengguna, isu pengguna yang perlu diketengahkan, jadilah pengguna yang bijak, pengguna dan tanggungjawab, penguna dan tanggungjawab, perlindungan pengguna

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. hasni says

    December 8, 2011 at 9:03 am

    Terima kasih zik,baru tahu jer ne

    Reply
  2. zulkbo says

    December 10, 2011 at 2:25 am

    salam..
    terbaik..
    tanpa pengguna siapalah
    peniaga kan?

    Reply
  3. akubiomed says

    December 10, 2011 at 10:45 am

    Masih ada peniaga tidak membenarkan polisi untuk mengambalikn wang jika tidak berpuashati dengan barang yang dibeli. Begitu juga dengan caj kredit kad yang sepatutnya ditanggung peniaga dikenakan kepada pembeli.

    Reply
  4. esempoi says

    December 10, 2011 at 7:07 pm

    pengguna makin tahu dah sekarang ni

    Reply
  5. bEe says

    December 16, 2011 at 4:05 pm

    Pengguna skang dah tahu hak mereka 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss