Bertemu lagi dalam rancangan bijak wang yang dah lama tak ke udara dalam zikrihusaini.com. Dulu memang ada bincangkan mengenai tips kawal perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan. Tetapi adakah anda benar-benar mempraktikkanya?? Sekadar bertanya jer.
Sebelum tuh juga, korang kena ingat mengenai 6 tips ketika membeli belah itupun salah satu tips yang telah aku kongsikan lima tahun yang lepas. Lama jugak tuh.
Kenapa perlu berbelanja dengan bijak??
Ini bertujuan menggalakkan rakyat yang berbelanja bagi merancakkan kegiatan ekonomi yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara. Sudah tentulah ramai pengguna yang mengambil kesempatan ini untuk berbelanja dan menikmati tawaran-tawaran harga yang menarik daripada setiap peniaga. Tambahan pula dengan keadaan sekarang kita generasi yang terpaksa menempuh dengan GST sedikit mencabar.
Bagaimanapun, dalam keseronokkan kita berbelanja, pengguna perlu ingat akan kemampuan masing-masing dan perlulah bertindak sebagai pengguna yang bijak dalam pasaran. Berikut dinyatakan beberapa panduan mudah tetapi penting untuk menjadi pengguna yang bijak semasa berbelanja;
Jom kita tengok apakah 15 tips mudah ini.
- Sentiasa menyediakan (list) senarai harga barangan yang hendak dibeli dan pastikan anda mematuhinya. Kalau tak follow, memang dah lari budget lah jawabnya. Huhu
- Jangan pergi berbelanja ketika anda tidak ada “mood”. Ini akan mendorong anda untuk membeli secara spontan (impulse) yang akan merugikan anda.
- Sentiasa membandingkan harga dan kualiti dahulu sebelum membeli. Kena rajin buat perbandingan, mungkin masa membeli belah kita akan banyak terbuang. Tetapi ini ialah hasilnya kita yang akan tentukan melalui resitnya nanti tuh ha.
- Jangan membawa terlalu banyak wang selain daripada yang diperlukan sahaja untuk membeli. Bawak duit cukup-cukup jer. Elakkan bawak budak-budak nih kang nak beli jajanlah, beli mainanlah. Tak salah, tetapi sediakan budget untuk anak-anak dalam list jajan.
- Sentiasalah memastikan dengan “cashier” dan resit belian anda untuk mengelakkan anda terlebih bayar (over-charged).
- Janganlah berbelanja jika anda hanya ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran. Belilah apa yang anda perlukan sahaja.
- Sentiasa membandingkan kos harga makanan berdasarkan kos satu unit mengikut berat, ukuran atau perkhidmatan daripada membandingkan mengikut satu bungkusan atau tin. Bawa kalkulator untuk memudahkan pengiraan anda. Handphone pun dah ada kakulater sekarang nih. Jangan bawak kakulator scientific sudah.
- Jangan membeli makanan dalam tin yang telah kemek dan berkarat. Pastikan tarikh luput untuk makanan berkenaan.
- Bacalah label dengan teliti, ketahuilah kandungan barangan itu, cara-cara penggunaannya dan bagaimana cara untuk menyimpannya.
- Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan. Bila ada time diskaun itulah yang paling sesuai untuk kita membeli belah.
- Belilah barangan cukup untuk seminggu untuk mengurangkan perbelanjaan anda sentiasa berulang-alik ke kedai. Semua tuh on cost, kena ambil kira. Melainkan kita nih peniaga, memang setiap hari pergi ke pasar membeli barang basah, dapur untuk kegunaan harian.
- Jangan membeli hanya berdasarkan jenama, terutama membeli barangan import yang dianggap “branded goods”. Belilah barangan yang berkualiti. Belilah barangan buatan Malaysia.
- Jangan terpengaruh dengan iklan. Biasa yang terpengaruh nih budak-budak jer. Kita selaku mak bapak kena mainkan peranan juga. Sukar untuk mendidik anak-anak nih.
- Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Ini menggalakkan anda berhutang. Bukan tak boleh, boleh bagi barang yang kita ras urgent boleh beli. Tetapi sebolehnya jangan cari penyakit. huhu
- Hanya berbelanja berdasarkan kemampuan anda dan kepentingannya. Itu semua kita sudah sedia maklum.
So itulah dia 15 tips mudah panduan apabila berbelanja yang boleh kita ambil kira.
kalau reti bajet.. tak mustahil pertengahan bulan, masih berduit..
yer mungkin kalau kita benar2 buat budget plan…
yang penting berbelanja ikut keperluan dan bukannya kehendak..
keperluan tuh penting… kalau tak nanti pergi beli barang lain yang kurang penting.. dah lari budget ..
cara paling selamat..bawa sekali senarai barang dan ikut satu persatu
Zaman gawat dan gst ni memang kena pandai dan bijak berbelanja. Kalau tidak akan berlaku banyak ketirisan pada poket kita..
mahu tak mahu kita kena audit perbelanjaan kita… huhu
Zaman sekarang bukan sahaja perlu merancang perbelanjaan dan juga perlu menambahkan pendapatan dengan tidak bergantung kepada satu sumber sahaja.
setuju… kena pelbagailkan pendapatan lagi… online boleh, offline pun ok jugak
kalaulah kita pandai kawal budget kita seorang bijak pada masa hadapan
boleh jadi setanding warren buffet
Betul laa tue kita kena kawal perbelanjaan…kalo tak alamatnya samaa laa macam nasib MASDO dalam citer do re mi tue…
Hari2 makan tulang jekk…boleh gak buat sup…. π
tulang sup korban ada lagi.,hehe
Sekarang ni buat sales apa pun tutup ja mata sebab bukan keperluan pun.Baik simpan duit dari boros berbelanja
sekarang banyak benda yang lagi penting… tak macam dulu.. macam terlebih2 duit pulak..hehe
kalau tak rancang nanti berbelanja sesuka hati la jawabnya π
setuju… sebab tuh kena plan awal2
no 2 dengan no 6 tu sangat win. hahahha
no 14 tu sangat setuju.. tak payah pakai kad kredit.. hutang2 ni susah hidup
kad kredit boleh jadi menguntungkan kalau kita betul2 pandai guna dan tepat pada masanya… jadi parah bila kita guna tanpa fikir panjang..
Belanja jangan ikut nafsu sangat. Kalau nak pergi shopping makan dulu, barulah kita tak ghairah sangat untuk berbelanja.
setuju tuh bro.. hehe
hehe saya selalu kalah bab ni, tapi kalah sebab suka beli model mainan je. lain2 boleh kawal π
kalau ada budget untuk beli model mainan nih takda masalah sebenarnya.. hehe
Sejak ada cukai GST ni, segala perbelanjaan kena pantau dan beli barang yang perlu sahaja. Kena jimat supaya tiada kebocoran wang..boleh pening kepala kalau duit xde π
pening kepala campur , kepala ligat fikir alternatif pendapatan yang lain
sekarang banyak kena catu mulai detik ini kena pandai berjimat cermat huhu..
zaman jimat cermat… nak kena pandai uruskan wang.. huhu
Selalunye perempuan la yang over shopping.. jangan marah ye
Terbaik 15 tips untuk berbelanja secara bijak ni, sambil berbelanja kita kena la ada sedikti simpanan untuk kegunaan pada kemudian hari dan waktu kecemasan
kalau nak simpan duit perlukan bajet yang lebih agresif
sebelum berbelanja memang perlu buat list barang apa yg perlu dibeli. kalau pergi je tanpa ada list, memang akan terbabas, barang yg tidak perlu pun dibeli. Menyesal dikemudian hari sudah tidak berguna lagi π
ya, bijak-bijak la berbelanja.
dan juga bijak-bijak menyimpan dan berjimat.
Saya pernah terbaca satu lagi tip untuk berbelanja. Dah tak ingat blog mana. Dia bagi tau sebelum berbelanja, isi perut dulu. Jangan biarkan perut anak, isteri kita lapar ketika nak membeli belah. Biasalah kalau dah lapar kan…
memang ada bro.. sebab semua tuh nafsu..haha