Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / FRIENDLY / Harimau malaya menari K-pop di kota Singa, tundukkan azkal 2-0

Harimau malaya menari K-pop di kota Singa, tundukkan azkal 2-0

Zik · Mar 24, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

malaysia 2-0 filipina

 

Nampaknya Skuad KIm Pan Gon (KPM) memulakan langkah kanan apabila berjaya menundukkan skuad Filipina 2-0 di stadium Kebangsaan Singapura semalam.

TAMATKAN BADI KEMENANGAN DENGAN AZKAL TEAM SEPANJANG 17/18 TAHUN!! 

Lama beb, sebelum ini semua seri, kalah, takda jaringan langsung lawan team ini. Kemenangan itu menyaksikan pengendali dari Korea Selatan itu menamatkan ‘kitaran’ badi 18 tahun yang membelenggu pengendali skuad kebangsaan yang sebelum ini gagal meraih kemenangan dalam perlawanan pertama di bawah kendalian mereka.

Malah, keputusan itu membolehkan Malaysia meraih kemenangan pertama dalam enam perlawanan menentang pasukan di ranking ke-129 dunia itu selepas kali terakhir menang ke atas Filipina pada 2007.

BERMULA GARANG!! 

Bagaikan ‘harimau kelaparan’, hanya dua minit diperlukan untuk merobek gawang Filipina selepas hantaran trough pass dari Corbin Ong menemui Akhyar Rashid yang kemudiannya bijak memperdayakan pertahanan Filipina sebelum merembat deras menewaskan Neil Etheridge.

Malaysia terus ‘menggila’ dalam tempoh lima minit pertama namun percubaan Syafiq Ahmad terkena palang dan percubaan susulan R Kogileswaran dinafikan pertahanan Filipina di atas garisan gol.

Intensiti permainan yang mula perlahan corak permainan Malaysia separuh masa kedua, tidak menghalang Malaysia daripada terus mendominasi permainan dan Filipina tidak dibenarkan bermain dengan selesa. Bila KPG dah mula tukar pemain, ada beberapa pemain yang dilihat tidak perform mungkin next time tak perlu lah di masukkan semula dalam skuad ini, macam Liridon, Aidil.

Banyak lagi yang perlu diperbaiki, tetapi kemenangan ini sudah memberi kelegaan buat peminat susah mati , Harimau Malaya. SKuad ini akan bertemu dengan pasukan tuan rumah, Singapura pada hari sabtu ini 26 march 2022. Semoga berjaya buat skuad ini.

Share this on WhatsApp

FRIENDLY, Sukan Harimau malaya menari K-pop di kota Singa, malaysia tewaskan pasukan filipina 2-0 23.3.2022, tundukkan azkal 2-0

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.