Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Hoki / Malaysia juara piala Sultan Azlan Shah, tewaskan korea selatan 3-2 2022

Malaysia juara piala Sultan Azlan Shah, tewaskan korea selatan 3-2 2022

Zik · Nov 10, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

korea selatan 2-3 malaysia hoki

Tahniah buat skuad speedy tigar yang berjaya tundukkan pasukan korea selatan 3-2 di stadium Hoki Ipoh. Full house malam tadi, ramai yang datang memberikan sokongan kepada pasukan kita biarpun hujan turun diaorang semua tunggu memberikan sokongan padu. Kalau ada ultras lagi gempak nih,tapi yang penting ialah kemenangan pertama yang kita tunggu-tunggu selama ini kita jadi naib juara lebih kurang 5 kali beb.

Bukan mudah untuk menundukkan pasukan Korea selatan juara piala asia. Dah leading, dia kejar,1-1. Lepas tuh leading sekali lagi 2-1,3-1. Dia cuba kejar lagi 2-3. Mujurlah kita lebih solid defend.

FULL TIME

Korea Selatan 2 – 3 Malaysia

Jaringan oleh :
15′ FG Shello Silverius
16′ PC Jang Jonghyun
45′ PS Muhammad Razie Abd Rahim
48′ FG Muhammad Aminuddin Mohd Zain
58′ PC Jeon Byungjin

PENANTIAN 29 TAHUN BERAKHIR. !!!

Arena hoki negara meraikan malam penuh bersejarah apabila Malaysia muncul juara buat kali pertama Piala Sultan Azlan Shah 2022 selepas menamatkan penantian 39 tahun, sebentar tadi. Skuad Speedy Tigers seperti diramal beraksi seakan ‘harimau kelaparan’ di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Perak, menewaskan penyandang juara Korea Selatan 3-2 sekali gus membalut kekecewaan tewas 0-3 pada aksi pertama, sebelum ini.

Final edisi ke-29 kali ini bermula dengan langkah berhati-hati daripada kedua-dua pasukan pada suku pertama sebelum anak buah Arul Selvaraj membuka langkah dengan melakukan serangan namun percubaan Shello Silverius pada minit ke-13 berjaya diselamatkan penjaga gol Korea Selatan, Kim Jaehyeon.

Speedy tiger di depan

Tidak berapa lama kemudian, Shello berjaya membolos gawang gol lawan pada minit ke-15 selepas menerima hantaran Faiz Helmi Jali namun keputusan itu tidak bertahan lama dengan Korea Selatan bangkit menyamakan kedudukan selang seminit selepas itu.

Korea Samakan kedudukan 1-1

Korea Selatan menyamakan kedudukan pada minit ke-16 menerusi Jang Jonghyun yang berjaya meledak gol tuan rumah menerusi pukulan sudut penalti. Malaysia yang berada diranking ke-10 dunia, hampir berada di hadapan semula pada minit ke-23 namun hantaran Najib Abu Hassan tidak berjaya ditampan dengan baik oleh Norsyafiq Sumantri.

Malaysia didepan kembali.

Stadium kembali dalam senario penuh dramatik pada baki terakhir suku ketiga apabila Malaysia meraih penalti stoke sebelum ia berjaya disempurnakan Muhammad Razie Abdul Rahim untuk meletakkan skuad negara berada di depan 2-1 pada minit ke-45. Momentum itu seterusnya berjaya menaikkan moral pemain negara untuk terus memburu jaringan dan hasilnya, Malaysia berjaya menambah jaringan pada minit ke-48 menerusi Muhammad Aminuddin Mohd Zain menerusi jaringan padang.

Selang beberapa minit kemudian, Malaysia meraih pukulan sudut penalti namun tidak berjaya disempurnakan dengan baik oleh Aminuddin yang terus dahagakan jaringan. Pada baki empat minit terakhir, Razie dilayangkan kad kuning dan susulan itu, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu terpaksa melihat saingan dari bangku pemain. Korea Selatan terus melakukan serangan pada detik akhir perlawanan dan mereka berhasil menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Jeon Byungjin pada minit ke-58. Begitupun, jaringan itu agak terlewat untuk menafikan kejuaraan sulung negara dengan Malaysia meraih kemenangan 3-2.

Untuk rekod, pencapaian terbaik negara sejak kali pertama kejohanan ini dianjurkan pada 1983 adalah menduduki tempat kedua sebanyak lima kali iaitu pada edisi 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014. Pada edisi 2014, Malaysia tewas 8-3 di tangan Australia yang pada ketika ini mempunyai 10 koleksi kejuaraan dengan kali terakhir pasukan ranking pertama dunia itu meraih gelaran pada 2019 ketika menewaskan England, 2-1.

Selain itu, Malaysia turut pernah meraih tempat ketiga sebanyak dua kali iaitu pada 1996 dan 2019 dan tujuh kali penamat di tempat keempat, masing-masing pada 1983, 1987, 1994, 2000, 2010, 2016 dan 2018.

piala sultan azlan shah

Share this on WhatsApp

Hoki, Sukan juara piala sultan azlan shah 2022, Korea Selatan 2 - 3 Malaysia, Malaysia juara piala Sultan Azlan Shah, malaysia juara piala sultan azlan shah 2022, tewaskan korea selatan 3-2 2022

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.