Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / FAM jangan lambat beri hukuman !!

FAM jangan lambat beri hukuman !!

Zik · Mar 29, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

natso insa tolak pengadil perlawanan

 

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) harus segera memutuskan sebarang bentuk hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan pemain bagi mengelak menjadi bahan kecaman peminat dan penyokong bola sepak tanah air.

Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad berkata, Jawatankuasa Tatatertib FAM harus bertindak proaktif dalam menentukan hukuman bagi setiap kes.

“Bagi saya selaku badan induk bola sepak negara, FAM khususnya Jawatankuasa Tatatertib perlu melakukan tindakan dengan cepat. Ini bagi mengelakkan timbul sebarang dakwaan tidak benar terhadap FAM.

“Apabila sesuatu kes itu dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib, maka sebaik-baiknya keputusan dibuat tidak mengambil tempoh yang lama. Jadi pemain itu sendiri tahu dia dikenakan hukuman atau sebaliknya.

“Sebelum ini keputusan akan diputuskan sebelum perlawanan berikutnya, itu tempoh masa yang sepatutnya. Maka kita dapat tahu lebih awal status pemain berkenaan sama ada dia boleh beraksi pada perlawanan seterusnya atau dikenakan penggantungan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Insa bertelagah dengan pengadil perlawanan ketika aksi Liga Super di Stadium Perak pada minggu lepas 21 Mac yang lalu.
Dalam masa sama, Ridzuan berkata, ada juga kemungkinan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang kini dipengerusikan Datuk Baljit Singh Sidhu bersidang mengikut aturan bagi mengelak sebarang pertindihan kes.

“Sudah tentu Jawatankuasa Tatatertib akan bermesyuarat dalam menentukan sebarang bentuk hukuman ke atas pemain berdasarkan ‘case by case’. Tetapi jangan sampai ambil masa yang lama sehingga menjejaskan kredibiliti mereka.
“Saya percaya apa yang dilakukan Jawatankuasa Tatatertib sudah mengikut aturan sebenar. Cuma nasihat saya sebaiknya kes itu diselesaikan dengan segera,” ujarnya.

Dalam aksi Liga Super menentang Perak FC di Stadium Perak pada 21 Mac lalu, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa dilihat ‘menyentuh’ pengadil Noor Azriel Baharudin.

Biarpun Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundaram memaklumkan kes Insa itu telah dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM, namun tiada sebarang keputusan dibuat ke atas pemain berdarah campuran itu sehingga kini.

Sebaliknya, Jawatankuasa Tatatertib FAM telah membuat keputusan terhadap empat kes membabitkan Jack Raymond Hindle (Kelantan FC); Alex Dos Santos Goncalves (Melaka United FC); Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (PJ City FC) dan Hein Htet Aung (Selangor FC).

“Bagi saya tindakan mesti diambil dan tidak boleh dikhas-khaskan atau ikut ‘pintu belakang’ kerana perkara ini serius dan boleh berulang lagi, mungkin lebih buruk,” jelas Ridzuan.

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan FAM jangan lambat beri hukuman !!, kes terkirni FAM hukuman denda

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.