• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Sultan Ahmad- Perginya pejuang bola sepak negara

Sultan Ahmad- Perginya pejuang bola sepak negara

Zik · May 22, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

sultan pahang

Boleh dikatakan Bapa pembangunan Bola Sepak Negara.

Biarpun, negara kita prestasi bola sepak ada kala naik ada kala jatuh. Namun baginda sentiasa berdiri belakang bersama FAM dalam memberikan sumbangannya dalam badan bola sepak ini.

KUANTAN – Nama Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah begitu ‘sebati’ dengan sukan bola sepak kerana minat yang terlalu mendalam menyebabkan baginda mengabdikan diri dalam pembangunan sukan bola sepak negara.

Sejak mula menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 12 Ogos 1984, baginda tidak pernah jemu membangunkan sukan bola sepak, meskipun semasa skuad bola sepak negara menerima pelbagai kritikan. Dulu ultras memang lantang mengkritik FAM dan desak Presiden Letak Jawatan. 30 tahun dalam kegelapan bola sepak. Namun, Baginda tiada membuat sebarang press conference dan tiada media sosial untuk membuat sebarang bidasan apa yang mereka kritik.

Malah, dedikasi baginda terhadap badan induk bola sepak negara membolehkan baginda mengekalkan jawatan itu tanpa bertanding untuk beberapa kali, antaranya bagi penggal 2001-2003, 2007-2010, 2010-2014.

Sebagai individu nombor satu di FAM, almarhum sentiasa optimis skuad Harimau Melaya dapat kembali ‘mengasah taring’ di persada antarabangsa walaupun perit untuk menerima kedudukan tangga ke-159 pada ranking bola sepak dunia pada tahun 2013.

Almarhum teguh berdiri di belakang skuad bola sepak negara dan menasihatkan rakyat untuk tidak berputus asa, sementara pihak berkepentingan pula diingatkan untuk mencari formula bagi memastikan ranking itu tidak terus mengalami kemerosotan mendadak.

Reputasi almarhum sebagai Presiden FAM bagaimanapun agak ‘tercalar’ apabila sekumpulan penyokong skuad Harimau Malaya mendesak baginda untuk berundur dan memberi laluan kepada muka baharu yang dilihat mempunyai lebih banyak idea segar. Desakan itu semakin kuat apabila Malaysia tewas pada tahun 2013, ekoran kekalahan skuad bola sepak negara pada Piala Suzuki AFF, namun almarhum tetap tenang dan menegaskan tidak akan berundur selagi khidmatnya diperlukan.

Desakan itu semakin kuat pada pemilihan pemilihan sempena Kongress FAM ke-50 bagi pemilihan untuk penggal 2014-2018, dan spekulasi terus menyelubungi sama ada baginda akan terus menerajui badan induk itu atau melepaskan jawatan itu.

Sikap ‘gentleman’ baginda terserlah apabila secara terbuka mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mencabarnya, termasuklah semasa anakandanya Tengku Abdullah (kini Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) yang menerima sokongan ahli gabungan FAM untuk dicalonkan sebagai Presiden.

Bagaimanapun, kasih ayah dalam diri almarhum terserlah apabila mengambil keputusan untuk tidak bertanding dan Al-Sultan Abdullah dipilih untuk meneruskan perjuangan ayahandanya apabila memperoleh undi majoriti dua pertiga, menewaskan pencabarnya Tengku Mahkota Johor Tengku Ismail Sultan Ibrahim.

Tidak hanya berbakti dalam pasukan bola sepak negara, Sultan Ahmad Shah aktif menabur jasa di persada antarabangsa dan pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ketujuh dari 13 Mei 1994 hingga 10 Mac 2002. Di bawah pentadbiran baginda, Asia berjaya menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA di Jepun dan Korea Selatan pada tahun 2002, yang merupakan suatu sejarah kerana buat julung kalinya penganjuran kejohanan bola sepak nombor satu itu dilakukan secara bersama oleh dua negara.

Selain itu, baginda dipilih sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada 10 April 2011, dan ‘kapasiti’ itu digunakan sepenuhnya untuk mengukuhkan hubungan negara-negara di rantau ini menerusi sukan bola sepak.

Sebagai mengiktiraf sumbangan baginda yang mengangkat martabat sukan itu ke tahap yang lebih tinggi, Sultan Ahmad Shah menerima Anugerah Muhibbah ASEAN yang julung kalinya diadakan pada 4 April 2013.

Sikap kemanusiaan dan dermawan almarhum juga ‘disatukan’ dalam sukan itu dengan penubuhan Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN untuk mengumpul dana berjumlah AS$100,000 kepada mangsa bencana taufan Bopha yang melanda pulau-pulau Mindanao di Filipina, pada 2012.

Pengiktirafan demi pengiktirafan antarabangsa diterima baginda termasuk Aungerah Berlian AFC pada 23 November 2011, yang diberikan kepada individu yang memberikan sumbangan ke arah pembangunan dan promosi bola sepak di benua Asia.

Penglibatan baginda turut mendapat perhatian FIFA, apabila menerima anugerah berprestij FIFA – ‘Order of Merit’ – pada hari pembukaan Kongres ke-62 badan bola sepak antarabangsa itu di Budapest, Hungary pada 2012. – Bernama

Copy paste sinarharian.com

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan Sultan Ahmad- Perginya pejuang bola sepak negara

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Platform terbaik beli dan download games
  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021
  • Percubaan gutenberg editor
  • Live score badminton thailand open badminton 22.1.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Keputusan dan kedudukan terkini epl/bpl 13.04.2014

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG2 games yang penting malam tadi. Ia bakal mene…

Sukan

Live streaming Columbia vs England world cup 4 july 2018.

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Pasukan Sweden sudah menunggu untuk bertemu d…

Piala FA Sukan

Video gol highlights JDT 0-1 PKNS piala fa 17.4.2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG KEPUTUSAN PENUH : JDT 0-1 PKNS Jaringan oleh …

%d bloggers like this: