Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Tengku Abdullah president FAM 2014-2018!!

Tengku Abdullah president FAM 2014-2018!!

Zik · May 25, 2014 · 5 Comments

Share this on WhatsApp
gambar tengku abdullah, president fam 2014 -2018 tengku abdullah,

Aiseyyy!! Tengku Abdullah menang pulak undian. tetapi sebelum itu, rentetan pengunduran sultan pahang, Penyandang presiden Persatuan Bola Sepak (FAM) Sultan Ahmad Shah hari ini mengesahkan menarik diri daripada mempertahankan jawatan itu pada Kongres Tahunan ke-50 FAM, hari ini. Ketika membuat pengumuman itu, baginda bertitah ia adalah atas faktor usia dan ingin memberi laluan kepada barisan pimpinan baharu untuk menerajui badan itu.

Mengakui 30 tahun menerajui FAM sebagai tempoh yang panjang, Sultan Ahmad Shah bertitah baginda telah mencuba sedaya upaya untuk membawa bola sepak negara ke tahap lebih gemilang. Yerla tuh!

“Keinginan untuk teruskan hasrat dan harapan ini masih terus membara. Namun, atas sebab usia, hakikatnya bola sepak memerlukan nafas baharu.

“Atas hakikat ini saya ambil keputusan untuk maklumkan menarik diri daripada bertanding jawatan presiden hari ini,” titah baginda dalam ucapan perasmian kongres itu di sebuah hotel di sini.

Menurut Sultan Ahmad Shah, 83, FAM kini memerlukan barisan kepimpinan baharu bagi menentukan masa depan dan hala tuju bola sepak negara untuk menjadi lebih dinamik. Baginda menerajui FAM sejak 1984.

Pengumuman penarikan diri baginda itu menjurus kepada pertembungan satu lawan satu antara anakandanya, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah yang juga timbalan presiden FAM dan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Pemenang akan diputuskan menerusi pengundian melibatkan 39 perwakilan daripada 14 persatuan bola sepak negeri yang diberi peluang membuat dua undi untuk setiap satu jawatan (28 undi), serta daripada Angkatan Tentera (2), Polis (2), FA Melayu Malaysia (2), FA Cina Malaysia (2), Majlis Sukan India Malaysia (2) dan Persatuan Jurulatih Malaysia (1).

Keputusan Undian :

EXCO WANITA FAM
– Normala Md.Yusof
– Bridged Jeneral Datuk Norhuda Ahmad

EXCO FAM
– Datuk Yusof Mahadi
– Datuk Osman Bin Salleh
– Abdul Aziz Yeop
– Datuk S.Sivasundram
– Alijus@Mohd Ali Bin Mohd Sipil
– Goh Ah Chai
– Datuk Mohd Junid
– Datuk Othman Aziz

NAIB PRESIDEN
– Datuk Zainol Padzi
– Datuk Rozabil
– Datuk Takiyuddin
– Datuk Surdasono

Undian utk Presiden FAM dijalankan semula selepas pemenang tidak mendapat 2/3 majoriti undi. TMP 25 undi, TMJ 14 undi.Undian kali kedua pulak. Macam banyak version pulak.

21-15, 21-12. mana-manalah. Yang penting tmj telah tewas.

Ulangan: Tahniah kpd Presiden FAM yang baru, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Semoga berjaya membawa keluar FAM ke era kemajuan bolasepak negara. Tahniah buat tengku abdullah. Semoga apa yang ditelah dimeterainya itu. Harus diterjemahkan dan memberi sinar baru buat fam !!! Jangan masih sama juga macam dulu-dulu juga.

Sebelum tuh:

“Semua perwakilan bersetuju melantik Sultan Ahmad Shah sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup”.

Share this on WhatsApp

Sukan siapa jadi president fam 2014??, siapa ketua fam 2014, tengku abdullah ketua fam 2014, tengku abdullah president fam yang baru 2014, X jumlah undian president fam 2014

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. sabree hussin says

    May 25, 2014 at 4:21 pm

    Bola Malaysia ni macam hak milik kerabat diraja pulak ye

    Reply
    • Zik says

      May 25, 2014 at 5:20 pm

      tiada siapa yang berani untuk kehadapan,agaknya??? entahla.. kalau diuruskan badan profesional swasta kan bagus..

      Reply
  2. Ammar says

    May 25, 2014 at 5:28 pm

    Harap-harap lepas ni mutu bolasepak negara semakin maju lah. Taknak lah makin merudum

    Reply
    • Zik says

      May 25, 2014 at 5:45 pm

      ye betul tuh bro…

      Reply
  3. azwan says

    May 29, 2014 at 2:56 pm

    track record tengku abdullah sangat baik. ramai yang mengundi mungkin disebabkan perbezaan pengalaman.

    tengku abdullah dah lama dalam FAM dan juga dikenali diperingkat asia. tunku ismail ‘orang baru’ dalam bola sepak. bagi tunku ismail kutip pengalaman dulu. penggal seterusnya dah boleh bertanding untuk jawatan presiden lagi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.