• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Penyu buat harimau menangis di selatan

Penyu buat harimau menangis di selatan

Zik · Apr 25, 2021 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

harimau menangis

jarang kita tengok haiwan penyu boleh buat haiwan lain menangis. Lain pula ceritanya di johor malam semalam. Perlawanan liga super malam semalam, harimau selatan tersungkur  0-1 dengan pasukan penyu di stadium keramat jdt stadium sultan ibrahim. Walaubagaimanapun, jdt masih tangga pertama , cuma jurang mata tuh dah kurang sikit. 23-21. Jurang mata 2 je beb. JDT dan Terengganu masing-masing kena konsisten. Salah satu rebah, membawa padahlah jawabnya.

FT :

JOHOR DARUL TAKZIM FC 0-1 TERENGGANU FC

Jaringan oleh :

Mahammad Zain 56″

Skuad Penyu menangis kegembiraan apabila mencipta sejarah menjadi pasukan pertama menewaskan penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan Terengganu FC merapatkan jurang dengan skuad Harimau Selatan selepas mengutip 21 mata selepas 10 perlawanan, dua mata di belakang JDT di persada liga.

Lebur rekod tanpa kalah 21 perlawanan, dan stadium baru. 

Ini adalah kekalahan pertama JDT dalam aksi Liga Super pada musim ini sekali gus menamatkan rekod 21 perlawanan tanpa kalah.

Babak pertama menyaksikan aksi seimbang kedua belah pihak yang silih berganti mengasak kubu lawan bagi mencari gol pembukaan.

PENYERANG JDT, Bergson da Silva dikawal ketat pertahanan Terengganu dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam semalam. credit to utusan. 

Pasukan kendalian Benjamin Mora yang kebiasaannya menjaringkan gol pada minit awal permainan bergelut untuk merobek benteng pertahanan skuad Penyu.

Jentera serangan JDT yang diketuai Bergson Da Silva dan Gonzalo Cabrera dilihat tumpul pada separuh masa pertama apabila tidak ada percubaan berbahaya dilancarkan ke arah gawang lawan, semua percubaan itu tepat ke dakapan penjaga gol Suhaimi Husin.

Serangan balas Terengganu mengejutkan pasukan tuan rumah apabila David Da Silva yang sudah melepasi kawalan Farizal Marlias hampir mencipta jaringan namun rembatannya sekadar menggegar tiang gol pada minit akhir babak pertama. Kalau tak terengganu dah gol tuh. Memang koyaklah mental nak cari gol penyamaan.

Separuh masa kedua, Terengganu mula atur langkah. 

Bersambung babak kedua, pasukan Terengganu dan JDT masing-masing mengatur serangan bagi mencari gol pembukaan bagi meletakkan di kedudukan selesa.

Pasukan bimbingan Nafuzi Mahammad Zain akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-56 menerusi jaringan pemain pertahanan, Hakimi Abdullah.

 

Hakimi mencuri kesempatan hasil kesilapan pemain pertahanan, Adam Nor Azlin untuk membuang bola dari zon bahaya apabila ‘clearance’ dibuat terkena rakan sepasukan Natxo Insa.

JDT cuba mengasak!! 

Tersentak dengan jaringan tersebut, juara bertahan itu bagaikan harimau yang cedera bertindak garang menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan.

Bergson yang menjadi sandaran selaku mesin gol dalam perlawanan terdahulu kelihatan tidak mampu untuk mengubah kedudukan apabila pemain pertahanan lawan berkampung mempertahankan kelebihan jaringan yang dimiliki.

Jentera serangan dikuatkan, tetapi gagal dapatkan gol penyamaan.

Tiga bahagian serangan dijana, Safawi Rasid, Ramadhan Saifullah Usman dan Akhyar Rashid yang dibawa masuk dilihat bagi memperkuatkan jentera serangan juga tidak mampu mengubah kedudukan dan perlawanan berakhir JDT tewas buat kali pertama musim ini. Minit-minit terakhir, jdt banyak peluang terhidang, tetapi tidak disempurnakan dengan baik.

 

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan keputusan jdt vs terengganu liga super 24 april 2021, Penyu buat harimau menangis di selatan, ulasan jdt vs terengganu 24.2.201

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Live streaming Melaka united vs Perak liga suoer 25.4.2021 – Zikri Husaini says:
    April 25, 2021 at 5:54 pm

    […] ada satu perlawanan hari ini. 5 perlawanan Kelmarin dan semalam sudah habis berlangsung. Pasukan jdt tumpas dengan terengganu jadi perbualan hangat pada hari ini. Cerita ini sampai seminggu lah jawabnya. Apepun saingan liga […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: